MATI RASA

MATI RASA

Gembirakanlah orang-orang munafik: Bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya” (Surah an-Nisa’ [4]:138)

Gembira buat orang Munafik?[1] Begitulah Hamka menimbulkan persoalan, tatkala ALLAH menyebutkan azab Neraka yang menanti sang Munafik, justeru sebagai sebuah khabar gembira buatnya. Walhal, janji betapa azab nerakalah yang menanti kalian di kemudian hari, justeru sewajarnya menjadi amaran, sekaligus berita mengecewakan buat sesiapa saja yang dijanjikannya Neraka oleh Dia Yang Maha Menunaikan Janji. Kalimat redaksi –seperti yang disebutkan oleh Sya’rawi- semisal “andzirhum bi ‘azabin alim” “berdukalah dengan azab yang pedih”[2] tentunya lebih tepat dalam menyampaikan informasi buat para Munafik, yang selama ini “bermuka-muka” dengan para pejuang islam, walhal merekalah “gunting dalam lipatan”, yang justeru menyiapkan konspirasi, hasil “khalwat” mereka dengan geng-geng syaitan bertopengkan manusia mereka.

“Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: Kami telah beriman dan manakala mereka berkhalwat kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula: Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman).” (Surah al-Baqarah [2]:14)

Tapi, kenapa ALLAH menyebut betapa berita akan azab pedih yang tersedia buat mereka di Neraka, justeru menjadi sebuah khabar yang bakal menggembirakan hati sanubari mereka? Sedangkan, hakikatnya, mereka sendiri kelak pasti akan membenci hidupan Neraka, hatta melutut merayu memohon belas daripada ALLAH, agar diberikan sedikit kesempatan untuk kembali semula ke kehidupan dunia (karma?), agar bisa mereka menebus segala dosa-noda yang telah menyebabkan mereka “digembirakan” dengan azab Neraka. “Ya Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedekah dan aku akan termasuk orang-orang yang soleh  “ (Surah al-Munafiquun [63]:10) Jawabnya, kerana inilah cara ALLAH mem”perli” mereka, setelah sekian lama mereka terlampau degil terhadap amaran-amaran yang telah dibawakan oleh ar-rasul, guna memperingat dan menginsafkan mereka. Inilah caranya ALLAH meng”hidup”kan kembali hati, makhluk-makhluk yang telah “mati rasa” ini.

Seperti seorang anak yang diperli ibunya “sedap kan?”, lantaran kesakitan yang ia alami akibat jatuh pokok, biarpun telah dilarang berulang kali oleh ibunya. Begitulah dengan spesies manusia penghuni Jahannam ini, merekalah sebuah spesies, yang –meminjam istilahnya K.H. Rahmat Abdullah- berani melakukan pembangkangan keimanan, perilaku anti social, kesombongan terhadap nilai-nilai kemanusiaan atau kemasyarakatan, justeru memberi makna sang pemilik telah mati rasa. [3]

“Mereka itulah yang membeli kesesatan dengan petunjuk dan azab  dengan ampunan. Maka alangkah beraninyamereka menentang api neraka!” (Surah al-baqarah [2]:175)

Bukan, bukan sekadar “berani” yang ingin digambarkan oleh para penerjemah al-Quran terjemahan[4], justeru, secara harfiyahnya, perkataan النَّارِ عَلَى صْبَرَهُمْأَ فَمَا membawa maksud “alangkah sabarnya mereka atas Neraka!” أَصْبَرَهُمْ “sangat sabarnya mereka” , begitulah al-quran terjemahan secara harfiah[5] menerjemahkannya.

Ketika ribuan anak-anak muda di Barat sudah tidak sudi mempertahankan kesucian mereka, bahkan merasakan status “dara” dan “teruna” sebagai menjelekkan mereka, anak-anak muda di sini yang telah mebesar dengan mengenal apa itu Syurga, apa itu Neraka, seakan “kebal” untuk menghadapi azab Api Neraka, lantaran meniru budaya seks bebas dan seks di usia muda, sebagai budaya sekaligus trend terkini yang diimport daripada Barat.

Biar perselisihan dan perpecahan itu mebawa kepada azab (surah 3:105), para aktivis dakwah tetap tegar “mengharungi” azab itu, hanya kerana keenggan mengalah dan berlapang dada. Bagaimana sampai mereka mati rasa?

Para pencinta Sunnah lebih rela mengaplikasikan sunnah seorang-seorang, dan menganggap masyarakat yang mereka dakwahi sebagai pembenci sunnah, walhal merekalah yang tidak mengenalkan “rasa” cinta terhadap sunnah itu ke dalam jiwa masyarakatnya, lantaran mereka sendiri tiada “rasa” cinta ummah seperti mendalamnya cinta an-Nabi dan para sahabatnya.

Sungguh, ummah kita sedang mati rasa. Dan sungguh, ummah kita seolah-seolah begitu sabarm begitu berani, fear factor terhadap azab Neraka. Maka janganlah kita turut mati rasa, dalam menyedarkan, dan mengembalikan “perasaan” kepada mereka semua.

-Faridul Farhan Abd Wahab “Tuhan, perhaluskanlah perasaanku..”

p/s – maaf, saya mempunyai masalah meletakkan teks-teks arab al-Quran di sini. Sedangkan, teks-teks arab itu penting guna memahami point-point yang saya kemukakan di sini.

–          Boleh berikan pendapat seberapa kerap harus saya update blog saya ini. Currently, saya khuatir jika saya kerap mengupdate blog, makin banyak artikel saya yang tdaik dibaca. Apa pendapat anda?

RUJUKAN

[1]          Prof. Dr. Hamka, “Tafsir al-Azhar (Juzu’ 5)”, Pustaka Panjimas, ms. 323

[2]          Syeikh Muhammad Mutawalli Sya’rawi, “Tafsir Sya’rawi (Jilid 3)”, Duta Azhar, ms. 395

[3]          Artikel bertajuk “La Tahzan (Jangan Bersedih)” oleh KH. Rahmat Abdullah, ruangan “Pilar (Asasiyat)”, majalah Tarbawi EDISI 89 Th. 5/ Jumadil Ula 1425H/ 22 Juli 2004 M, ms. 54

[4]          Al-Qur’an dan terjemahannya, PT Syamil Cipta Media, ms. 26

[5]          Al-Qur’anulkarim: Terjemahan per-kata, Syamil International, ms. 26

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

12 Responses to MATI RASA

  1. technicboy says:

    salam.. afwan ana suka baca blog antm nie… cara antm mengolah ayat dan merelatekan ayt quran byk memberi masukan kpda ana.. sekaligus mematangkan ana dlm berdakwah… harap antm dpt megupdate slalu blog nie…jazakalah..

  2. faridul says:

    Jazakallah khairan technicboy.
    Ana masih mempertimbangkan tempoh paling sesuai utk update blog, coz kalau selalu sangat update, ana takut org tak baca. Untuk sementara, ana mensasarkan minimum 1 artikel sebulan, berbanding target asal masa mula buat blog minimum 1 artikel seminggu.

    • technicboy says:

      hmm..kalo gitu terpulanglah pada antm.. tp knapa perlu takut kalo takder org baca artikel antm…

      • faridul says:

        idak. Kita menulis agar mudah-mudahan memberi manfaat pada orang. Bukan sekadar memuaskan hati sendiri, atau mengisi masa lapang (sebab tak lapang pun), dan seumpamanya. Maka tulisan yang tidak diendahkan seakan-akan tulisan yang tidak memberikan manfaat kepada ummah.

        Afwan, ana berpandangan sedemikian. Itu sebab ana suka juga muhasabah balik tulisan2 ana lepas ana publish di sini. Termasuk komentar-komentar yang tidak bersetuju dengan tulisan ana. Biar pun terkadang ana rasa tulisan ana betul, tapi bila ada komentar yang negatif, at least ana melihat perlunya ana perbaiki tulisan ana agar lebih berhikmah agar bisa memberikan manfaat.

        jazakallah khairan tecnicboy

  3. aldohas says:

    Lebih dekat dengan Al-Quran, dengan Al-Quran terjemahan perkata, InsyaAllah kita bisa lebih

    semangat dan termotivasi untuk terus lebih dekat dengan Al-Quran. Selain membaca kita juga bisa

    memahami apa yang kita baca sekaligus belajar bahasa Al-Quran

    Lebih lengkapnya ada di http://www.sobatmuslim.com

  4. laili says:

    ana setuju dengan akh faridul

    bukan kuantiti yang diperlukan tetapi kualiti.
    setiap kali ana bace mana2 blog yang bermanfaat bagi ana, ana akan baca 2 3 kali dan cuba memahami dan tadabbur isinya.

    tak perlu banyak tetapi cukup untuk memberi manfaat kepada yang lain..

    tapi ana rasa sebulan lambat sangat.. mungkin semua pembaca akan tertunggu2. sebaik – moderate is the best way.

  5. faridul says:

    Jazakumullah khair aldohas dan laili di atas komennya. amat bermakna sekali.

    Baiklah, ana akan cuba sasarkan minima 2 kali sebulan untuk update. Tapi itu sasaran minima, tak semestinya begitu. alhamdulillah, biar pun sebelum ni ana dah down grade sasaran kepada satu artikel sebulan, rasanya lebih satu artikel ana publish dalam sebulan.

    Bila ada orang membaca artikel ana, tercapai juga matlamat menulis. “sebaik-baik manusia, adalah yang bermanfaat buat orang lain.” sekali lagi, biarlah kita menulisa untuk niat “memberi”, bukannya niat sekadar kepuasan peribadi, hobi, mengisi masa lapang, dsb.

  6. technicboy says:

    hmm.. kalo 2 kali sebulan tu ok…
    coz tak best laa kalo asyik2 msuk takder artikel baru..
    bagi ana tulisan antm, memg berkualiti.. tp tak tau plak kalo ader org bg respon negatif..
    hmm…

  7. faridul says:

    Komen positif dan negatif tu biasalah technicboy.

    Artikel lama ana yg banyak sentuh tentang engineering pun, pernah ana hantar ke sebuah syarikat penerbitan, konon mahu dijadikan buku. Tapi kena reject. Bahasanya sastera sangat. Haha..

    artikel-artikel tu adalah artikel-artikel awal ana dalam blog faridul.blogspot.com. Tapi secara peribadi, artikel sebegitulah (yang dikatakan terlalu sastera sampai orang tak paham) yang ana minat

  8. technicboy says:

    hehe..pasal artikel akh yg kena reject tue ana dah tau lama.. coz tak silap ana akh ader crita kat blogkan…

    ana pon suka gak pasal artikel akh yg sentuh bab2 fizik tue.. coz masa matrik dulu ana buat taklim gna bahan2 tue laa.. ramai jgk laa yg tertarik, biasalakn budak2 fizik..hehe..
    yg kat blogspot tue plak..dah bpr kali ulang2 baca.. coz ana jadikan modal buat tazkirah..hehe..
    p/s:biasa la kan..org tahap amatur..

  9. faridul says:

    jazakallah khairan technicboy kerana mengikuti perkembangan blog ana. Ana terharu…

    sebenarnya ana selalu jugak lupa posting apa yang sudah dan pernah ana update kat wordpress ni. Artikel pun, sebab selalu tak siap separuh jalan, ana sering terlupa sama ada ana pernah publish atau tidak.

    Moga dikurniakan ALLAh ilham untuk istiqamah di jalan-Nya..

  10. Pingback: Rupanya mesin pun punya perasaan…. « Tadabbur al-Engineer (faridul.blogspot.com)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s