[email]: jawapan berkenaan isu Salafi, sufism dan Wahabi

Di kesempatan kali ini, saya akan cuba menjawab soalan yang dikemukakan kepada saya berkenaan isu Wahabi. Soalannya berbunyi seperti ini:-

1)      Betulkah golongan Salafi menolak sufinism

2)      Apakah perbezaan antara Salafi dan Wahabi

Baiklah, untuk menjawab soalan berkenaan isu Wahabi, saya memilih untuk tidak mengambil jawapan daripada pihak yang dicop sebagai wahabi atau salafi, tetapi saya memilih untuk memetik jawapan daripada pihak yang, oleh salafi extreme di Indonesia, diserang habis-habisan- iaitu www.syariahonline.com, yang diterajui oleh ulamak-ulamak yang bergiat aktif dengan parti Islam terkemuka Indonesia, siapa lagi jika bukan Partai keadilan Sejahtera (PKS).

Secara ringkas, syariahonline menerangkan bahawa istilah wahabi bukanlah istilah yang “baku” dalam literature Islam. Bahkan, menidentifikasikan atau menggelar wahabi kepada sebahagian umat Islam pun tidak tepat.

ASAL USUL ISTILAH “WAHABI”

Kata “wahabi: sebenarnya merujuk kepada seorang tokoh ulama’ tanah Arab yang lahir sekitar tahun 1115-1206H/ 1703-1791M iaitu Syeikh Muhamad bin Abdul Wahab at-Tamimi al-Najdi. Beliau lahir di Uyainah dan belajar Islam dalam mazhab Hanbali. Belliau telah menghafal Al-Quran sejak usia 10 tahun. Dakwah beliau banyak disambut ketika beliau datang di Dir`iyah sehingga dijadikan guru dan dimuliakan oleh penguasa setempat iaitu Raja Muhammad bin Su`ud yang berkuasa dari 1139-1179H. Oleh sang raja, dakwah beliau ditegakkan dan akhirnya menjadi semacam gerakan nasional di seluruh wilayah Saudi Arabia hingga hari ini.

LATAR BELAKANG MUNCULNYA DAKWAH SYEIKH MUHAMMAD ABDUL WAHAB

Muhammad bin Abdul Wahhab menjadi pelopor gerakan ishlah (reformasi) yang muncul menjelang masa-masa kemunduran dan kebekuan berpikir pemikiran dunia Islam sekitar 3 abad yang lampau atau tepatnya pada abad ke-12 hijriyah. Dakwah ini menyerukan agar aqidah Islam dikembalikan kepada pemurnian erti tauhid dari syirik dengan segala manifestasinya. Sementara fenomena umat saat itu sungguh memilukan. Mereka telah menjadikan kuburan menjadi tempat pemujaan dan meminta kepada selain Allah. Kemusyrikan merajalela. Bid`ah, khurafat dan takhayyul menjadi makanan sehari-hari. Dukun, ramalan, sihir, ilmu ghaib seolah menjadi alternatif untuk menyelesaikan berbagai persoalan dalam kehidupan umat Islam. Muhammad bin Abdul Wahhab saat itu bangkit mengajak dunia Islam untuk sadar atas kebobrokan aqidah ini. Beliau menulis beberapa risalah untuk menyadarkan masyarakat dari kesalahannya. Salah satunya adalah kitabuttauhid yang hingga kini menjadi rujukan banyak ulama aqidah.

Dakwah Muhammad bin Abdul Wahhab ini kemudian melahirkan gerakan umat yang aktif menumpas segala bentuk khurafat, syirik, bid`ah dan beragam hal yang menyeleweng dari ajaran Islam yang asli. Mereka melarang membangun bangunan di atas kuburan, menyelimutinya atau memasang lampu di dalamnya. Mereka juga melarang orang meminta kepada kuburan, orang yang sudah mati, dukun, peramal, tukang sihir dan tukang teluh. Mereka juga melarang tawassul dengan menyebut nama orang shaleh sepeti kalimat bi jaahi rasul atau keramatnya syiekh fulan dan fulan. Dakwah beliau lebih tepat dikatakan sebagai dakwah salafiyah. Dakwah ini telah membangun umat Islam di bidang aqidah yang telah lama jumud dan beku akibat kemunduran dunia Islam. Mereka memperhatikan pengajaran dan pendidikan umum serta merangsang para ulama dan tokokh untuk kembali membuka literatur kepada buku induk dan maraji` yang mu`tabar, sebelum menerima sebuah pemikiran. Mereka tidak mengharamkan taqlid namun meminta agar umat ini mau lebih jauh meneliti dan merujuk kembali kepada nash dan dalil dari Kitabullah dan sunnah Rasulullah SAW serta pendapat para ulama salafus shalih. Di antara tokokh ulama salaf yang paling sering mereka jadikan rujukan adalah :

  1. Imam Ahmad ibn Hanbal (164-241 H)
  2. Ibnu Taimiyah (661-728 H)
  3. Muhammad Ibnul Qayyim Al-Jauziyah (6691-751H)

Oleh banyak kalangan, gerakan ini dianggap sebagai pelopor kebangkitan pemikiran di dunia Islam, antara lain gerakan Mahdiyah, Sanusiyah, Pan Islamisme-nya Jamaluddin Al-Afghani, Muhammad Abduh di Mesir dan gerakan lainnya di benua India. Paling tidak, masa hidup Muhammad bin Adbul Wahhab lebih dahuku dari mereka semua. Dalam penjulukan yang kurang tepat, gerakan ini sering dijuluki dengan wahabi. Namun istilah ini tidak pernah diterima oleh mereka yang ikut mengembangkan dakwah salafiyah[1].

Sebagai kesimpulan, istilah “wahabi” adalah istilah yang kurang tepat digunakan. Walau bagaimana pun, dapat difahami adalah, ketika masyarakat menggelarkan sesetengah kelompok sebagai “wahabi”, justeru mereka sedang merujuk kepada golongan “salafi.”

SOALAN KEDUA: SALAFI MENOLAK SUFISM

Berkenaan isu golongan Salafi menolak Salafism, harus kita fahami dulu kelompok sufi, tasawuf dan tariqat yang bagaimana yang harus ditolak oleh bukan sahaja golongan Salafi, bahkan oleh kita semua umat Islam yang mengaku berpagang kepada ajaran ahli Sunnah wal jamaah. Tanpa ingin memperpanjangkan definisi Sufism, tasawuf dan tariqat, factor-faktor yang membwa kepada penolakan Sufism, tasawuf dan tariqat ini adalah seperti berikut:-

Faktor pertama: sikap tidak bertanggung jawab terhadap fakta-fakta mengenai Islam. Sedangkan nabi kita SAW telah mengingatkan:

“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya di Neraka.”

(Hadith Mutawatir, Ibn al-Salah, ‘Ulum al-hadis, m.s. 239)

“Pada akhir zaman aka nada para dajal lagi pendusta. Mereka membawa kepadau hadith-hadith yang tidak pernah kamu dan bapa-bapa kamu mendengarnya. Kamu hendaklah berhati-hati dengan mereka agar mereka tidak menyesatkan kamu dan memfitnah kamu.”

(Hadith riwayat Imam Muslim dalam muqaddimah shahihnya)

Mereka mudah sekali menyandarkan sesuatu , doa atau ucapan kepada Nabi Muhammad SAW tanpa memastikan adakah ianya benar-benar hadith Nabi SAW atau bukan. Contoh:- fadhilat solat tarawikh, solat-solat sunat tertentu pada hari-hari tertentu, dan banyak lagi.

Faktor kedua: Kecacatan dalam manhaj al-Talaqqi (kaedah dalam memilih sumber dan cara mengambil maklumat dalam agama). Rujukan kita dalam memahami sesebuah dalil tentunya adalah al-Quran, as-sunnah, dan syarah ulama’ ulama’ muktabar terhadap keduanya. Maka dua kesalahan berikut sering dilakukan oleh golongan sufi dan tariqat:-

i)                    Berhujah hanya dengan akal semata atau dengan perbuatan manusia yang dianggap wali atau orang soleh, dalam masa yang sama meninggalkan apa yang dinyatakan oleh al-Quran dan as-Sunnah

ii)                   Menjadikan mimpi, ilham, kasyaf dan khayalan sebagai sumber agama.

iii)                 Berpegang kepada cerita-cerita dongeng yang menyanggahi hakikat Islam

Faktor ketiga: Membuat tafsiran-tafsiran pelik terhadap nas-nas agama. Contohnya tafsiran mereka terhadap “al-yaqin” dalam surah al-Hijr [15], ayat 99.

Faktor keempat: Bersikap “ghuluw” (ekstreem, lebih-lebih) dalam memuliakan syaikh atau guru mereka. Seperti beriktikad guru mereka adalah maksum dan menghalalkan perkara haram dan salah yang dilakukan oleh syaikh mereka, meletakkan kedudukan sang syaikh/ guru sama taraf dengan Nabi, atau lebih tinggi daripada Nabi, hingga ke tahap meletakkan kedudukan syaikh/ guru sama taraf dengan ALLAH SWT.

Nah, jika inilah Sufism yang dimaksudkan, adakah anda juga tidak mahu menolaknya? Dengan anda menolaknya, adakah bererti anda juga seorang Salafi atau Wahabi?

SIKAP KITA

Maaf, berkenaan sikap kita, saya sambung lain kali, insyaALLAH. Tapi justeru sikap kita inilah kesimpulan kepada artikel saya…

RUJUKAN

[1] Dipetik daripada http://www.syariahonline.com/pencarian.php?mod=view&id=11997&key=wahabi dengan pengeditan oleh saya sendiri

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to [email]: jawapan berkenaan isu Salafi, sufism dan Wahabi

  1. abu idris says:

    Tuan bukankah wali allah pun ikut al-quran dan sunnah sebab tu sampai. bukankah mereka lebih arif soal agama dari org kebiasaan. bukankah imam syafie pun seorang wali begitu juga imam2 dan para sahabat bukankah kasyaf tu antara tanda sampai die pada allah. kalau tak betul takkan boleh kasyaf kot.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s