Rupanya mesin pun punya perasaan….

Saya pernah menulis tentangnya di sini [1]. Tentang sekumpulan atau segolongan manusia, yang telah “mati rasa”. Hilang kewarasan, hilang pertimbangan. Hilang perikemanusiaan, hilang segala macam perasaan. Hilang segala macam pertimbangan, sehingga wajar bulan ini dijoloki “bulan mati rasa”, lantaran deretan-deretan berita tentang pembuangan bayi dek sikap ibu bapanya, yang awalnya “terlalu mengikut perasaan” (baca: syahwat), kemudiannya “langsung hilang biar secumit perasaan.”

Nah, kelompok manusia ini, seakannya mahu mengganti kelompok daie, yang hidupnya “tidak layak mempunyai perasaan, atau sebetulnya “tidak dibenarkan” untuk mempunyai perasaan, persis sebuah robot, seperti yang pernah saya sentuh suatu masa dahulu[2]. Malangnya, evolusi kelompok manusia yang “mati rasa” ini, daripada daie pejuang agama-Nya, kepada para remaja yang lena leka dalam percintaan tanpa batasan, berlaku bukan dalam nada yang sepatutnya. Di pihak daie, mereka sudah mula “memiliki rasa”, tapi malangnya dalam konteks memikir dan mementingkan hanya diri sendiri, berbanding memikir dan mementingkan urusan umat. Apakah sudah mereka lupa slogannya sang “bapa daie”, as-syahid Hassan al-Banna? “Betapa inginnya kami agar umat ini mengetahui, bahawa mereka lebih kami cintai daripada diri kami sendiri. Kami berbangga ketika jiwa-jiwa kami gugur sebagai penebus bagi kehormatan mereka, jika memang tebusan itu yang diperlukan. Atau menjadi harga bagi tegaknya kejayaan, kemuliaan, dan terwujudnya cita-cita mereka, jika memang itu harga yang harus dibayar. Tiada sesuatu yang membuat kami bersikap seperti ini selain rasa cinta yang telah mengharu-birukan hati kami, menguasai perasaan kami, memeras habis air mata kami, dan mencabut rasa ingin tidur dari pelupuk mata kami. Betapa berat rasa di hati ketika kami menyaksikan bencana yang mencabik-cabik umat ini, sementara kita hanya sanggup menyerahpada kehinaan dan pasrah oleh keputus-asaan.

Seungguh kami berbuat di jalan ALLAH untuk kemaslahatan seluruh manusia, lebih banyak dari apa yang kami lakukan untuk kepentingan diri kami. Kami adalah milik kalian wahai saudara-saudara tercinta..”[3]

Di pihak remaja, “mati rasa” mereka bukan dalam konteks itsar dan mementingkan saudaranya melebihi dirinya, tetapi “mati rasa” mereka lebih kepada hilangnya sifat perikemanusiaan, hatta lebih dahsyat dari perikebinatangan, dengan meninggalkan anak yang baru dilahirkan di dalam mangkuk tandas (Kedah), membuang di tepi jalan untuk menjadi habuan biawak (Pahang), serta menyorokkan anak di dalam beg (Terengganu), semuanya kerana sibuk melayan “perasaan” kasih saying dan cinta, yang sebetulnya lebih layak di panggil syahwat pembuat dosa, lantaran kasih sayang itu gagal berterusan untuk dilayarkan kepada perjuangan dan kecintaan merebut keredhaan Tuhannya, atau untuk menjaga, membesar dan membelai zuriat keturunan yang dilahirkannya.

Mereka berubah menjadi mesin atau robot, yang konon tidak mempunyai perasaan. Walhal, rupa-rupanya mesin itu pun sebenarnya ada mempunyai perasaan. Lihat sahaja kenderaan anda. Begitu anda tidak “melayani”nya dan “menunaikan hak”nya untuk diservis secara regular, ia mula memberontak lalu membuahkan pelbagai macam perasaan kepada anda. Atau, computer anda yang tidak “disuntik” dengan anti virus sebagai sebahagian imunisasinya untuk “membesar”, kelak membalas dengan kerosakan dek serangan anti virus, dek kerana merasa “kurang kasih saying”. Seribu satu simpton yang ditunjukkan oleh mesin-mesin di sekeliling kita, adalah sebenarnya luahan dan rintihan sang mesin, yang dahagakan “perhatian” dan “kasih saying” kita. Yang, begitu dibiarkan, mereka memberontak dengan kemusnahan.

Apakah remaja-remaja di luar sana tidak tahu bahawa mesin sahaja punya perasaan? Nah, sampai begitu kejam dan tergamak mereka buangkan sekeping “perasaan”, hanya kerana kesilapan mereka menyalurkan perasaan itu, dengan zina dan seks bebas, yang menjadi harga diri merka sebegitu murah, biarpun sudah diangkat oleh Tuhannya dengan sebaik-baik dan semulia-mulia ciptaan?

Kerana mesin itu pun, punya perasaan…..

-Faridul farhan Abd Wahab  bekalkanlah  kami dengan  sebaik-baik perasaan..”

[1]          rujuk https://faridul.wordpress.com/2009/07/08/mati-rasa/

[2]          rujuk https://faridul.wordpress.com/2008/02/01/daie-islam-umpama-robot%E2%80%A6-penghargaan-buat-para-pembaca/

[3]          Risalah “Dakwah Kami”, Hasan Al-Banna, “Risalah Pergerakan Ikhwanul Muslimin 1”, Era Intermedia(1998), ms. 30

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s