Anakku Kembar

Sejak saya melahirkan anak sulung kembar, ramai yang bertanya pada saya, “ada sejarah keluarga kembar ke?”, atau begini “memang ada ahli keluarga lain yang kembar ke?” dan bermacam bentuk soalan yang sewaktu dengannya. Ada juga yang bertanya, “Ada makan pil kesuburan ke?”.

Sebelum saya mempunyai anak, tidak pernah terlintas di hati untuk saya menimang anak kembar. Namun, setelah dua tahun berkahwin, saya disahkan hamil kembar. Sewaktu kali kedua check-up dengan doktor pada usia kandungan 8 minggu, saya scan baby. Suami ada turut menemani saya. Masa scan, yang perasan dulu kandungan saya kembar ialah suami sendiri, bukan doktor. Saya masa tu mabuk teruk. “Doktor, kenapa baby macam ada dua?”, tanya suami. “A’ah lah, ada dua, insyaAllah kembar!” ujar doktor. Suami sungguh teruja, manakala saya terus mabuk sampai bulan ke 5. Bulan ke 6 baru lah saya dapat makan dengan berselera.

Kandungan kembar boleh berlaku kepada sesiapa saja baik kepada saya mahupun kepada semua ibu di dunia ini. Ia boleh berlaku atas kehendak Allah swt. Ia tidak mustahil. Bahkan peristiwa wanita pilihan Allah Maryam yang mengandungkan nabi Isa tanpa perantaraan lelaki pun boleh terjadi ats kehendak Allah swt.

Dia (Maryam) berkata, “Bagaimana mungkin aku mempunyai anak laki-laki, padahal tidak pernah ada orang (laki-laki)yang menyentuhku dan aku bukan seorang penzina!” (19:20)

Dia (Jibril) berkata, “Demikianlah.” Tuhanmu berfirman, “Hal itu mudah bagi-Ku, agar Kami menjadikannya suatu tanda (kebesaran Allah) bagi manusia dan sebagai rahmat dari Kami; dan hal itu adalah suatu urusan yang (sudah) diputuskan.” (19:21)

Sebenarnya, saya memang mempunyai sejarah kembar, begitu juga semua insan di muka bumi ini. Datuk dan nenek moyang kita kan punya anak-anak yang kembar iaitu pasangan Nabi Adam dan Hawa..:-).

*nukilan zaujati, UmmuFarhan di http://asopisi.blogspot.com/

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Anakku Kembar

  1. CReaTiVe SiFu says:

    Salaam ziarah kembali

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s