PENYOKONG FANATIK

PENYOKONG FANATIK

HantuHKC_1.png

Apa pandangan anda terhadap seorang penonton yang hadir dalam sebuah perlawanan yang membabitkan pasukan kesayangannya, Manchester United, dengan berpakaian serba merah, berjersi merah, berkasut merah, wajahnya turut dicat warna merah, dan rambutnya juga sampai ke tahap ditegakkan ala punk, dan dicelup dengan warna merah? Tentu, di antara istilah dan gelaran yang biasa kita gunapakai bagi menggambarkan penonton sedemikian, adalah bahawa dia, merupakan seorang “penyokong fanatic.”

Begitulah, ketika fanatic mengambil tempat, mengisi relung-relung hati, hingga ke tahap meresap dalam segenap perasaan, sedaya yang terupaya, orang-orang yang terkena penangan “fanatic” ini akan menampilkan dirinya dalam keadaan yang setiap mata yang memandangnya, sudah boleh tahu pasukan bolasepak mana yang diwakilinya.

Seperti itulah juga, mukmin-mukmin pilihan, mujahid-mujahid hebat, para pejuang agama nana gung, menampilkan kecintaan mereka terhadap Tuhannya. Fanatik mereka terhadap kecintaan terhadap ALLAH, menjadikan mereka rela berkorban apa saja, asal “Sang Pencinta” itu menerima balas cinta luhur mereka.

Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambanya.”

(Surah al-Baqarah [2]:207)

Lantas, ketika fanatisme ketuhanan telah sebati dengan diri, jadilah mereka seumpama “celupan Tuhan”, yang seperti penyokong fanatic Man Utd tadi, yang seakan-akan telah tercelup jasadnya dengan cat dan warna merah, maka insan yang punya fanatisme ketuhanan ini justeru memancarkan celupan kehendak dan suruhan Rabbnya di dalam kehidupan.

Celupan ALLAH  dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat.”

(Surah al-Baqarah [2]:138)

Seperti inai, ia tentu berbeza dengan pewarna kuku. Pewarna, hanya bisa mewarnai bahagian luar kuku, sedang bahagian dalamnya tidak se”merah” luarannya. Tetapi, begitu banda menyebut inai, celupan itu menghasilkan kemerahan luar-dalam, lantaran celupan meresap masuk ke dalamnya, hingga jadilah luar-dalamnya sama. Dan begitu ia telah meresap ke dalam, tidak ada yang bisa menghalang dan mengeluarkannya lagi.

Anak-anak Nasrani yang dibaptis, mereka hanya di”nasrani”kan bahagian luarnya, sedang dalamnya belum tentu tenang dalam keimanan terhadap kepercayaan bertuhankan manusia. Tetapi, orang yang sudah menjadi celupan ALLAH, bukan sekadar jasad dan perilakunya berbuat sesuai  yang diperintahkan, bahkan jiwa sanubari, perasaan dan hatinya, sudah lestari dengan kehendak ALLAH tersebut. Maka datanglah keredhaan, timbullah ketenangan, dan tercapailah kemenangan. Jika ketenangan bukan dalam episode kehidupan dunia, sekurang-kurangnya ia terjamin sebuah kejayaan di alam Akhirat sana.

Diriwayatkan daripada Anas R.A, daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka

-faridul farhan abd wahab  “hidup dakwah, tidur dakwah, boikot jahiliyah”

Advertisements

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s