Membina “masjid Quba” di celah-celah Syahrul Ramadhan

“Sembahlah ALLAH dan janganlah kamu mempersekutukan-NYA dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh…”
(Surah an-Nisa’ [4]:36)

Imam Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tirmidzi meriwayatkan, bagaimana Nabi SAW menggambarkan peringatan Jibril untuk senantiasa memperhatikan kedaan bertetangga, “sampai-sampai saya mengira bahawa tetangga pun memiliki hak warisan,” begitu, sabda an-Nabi. Betapa pentingnya hak bertetangga ini, sampai-sampai ALLAH SWT menjelaskan di dalam ayat al-Quran di atas, setelah arahan penetapan aqidah, sama pentinglah juga hak untuk berbuat “ihsan”, berbuat yang terbaik, kepada kedua ayah bonda kita. Juga, tidak dilupakan, kaum kerabat, anak yatim, para masakin, juga jiran tetangga nan jauh mahupun dekat.

ertinya, memunaikan hak tetangga, merupakan suatu suruhan agung daripada langit, hingga ia di”pair”kan dengan suruhan supaya menyembah ALLAH dan jangan mensyirikkannya. Lantas, sangatlah dapat difahami kenapa Nabi SAW memulakan pembinaan sebuah tamadun baru yang dinaungi Islam, dengan meletakkan asas-asas masyarakat, kembali ke dalam tubuh masyarkat itu sendiri. Lalu dibinalah masjid. Dipersaudarakanlah Muhajirin dan Anshar, kerana di situ, dakwah akan dapat terbina dan dimulai.

Lantas, amal-amal seperti mesyuarat persatuan penduduk, rutin rukun tetangga, bersama dalam perlawanan bola sepak, dan lain seumpamanya, harus diambil berat sama pentingnya dengan halaqah-halaqah/ usrah-usrah, daurah-tamrin, dan lain-lain yang seumpamanya. Kerana justeru ini perintah ALLAH, suatu batu asas yang sedar tidak sedar, kita para daie Islam semakin jauh meluputkannya.

Itulah sebabnya, saya melihat tugas dan tanggungjawab menjadi AJK surau atau “pak siak” kepada surau kawasan setempat, biar pun untuk sementara, merupakan suatu tanggungjawab dan peluang besar untuk mengajak umat bersatu dalam panji perjuangan nan mulia ini. Biar pun terpaksa menjadi bilai serta imam sekaligus selain pak siak yang membuka, mengemas dan menutup rumah yang diconvert kepada surau itu, namun ia tetap pekerjaan yang mulia, biar kehadiran sering mengecewakan.

heroesummi (5)

Iya benar, saya turut merindukan bacaan merdu pada hufaza’ yang diupah khas oleh masjid-masjid yang mengembalikan semula memori hafazan saya, namun, mengimarahkan kembali “masjid Quba” di tempat saya, saya kira harus menjadi keutamaan. Biar taman ini disemarakkan dengan laungan azan dan bacaan al-Quran, jangan sampai para makhluk halus pula yang memain peranan hingga masyarakat setempat barulah “terpaksa” mencari al-Quran.

Jadikanlah semangat jemaah tabligh sebagai pedoman. Biar terkadang keseorangan, mereka tetap setia menghidupkan rumah-rumah ALLAH, hingga wajar ALLAH turunkan buat mereka ketenangan, dinaungi lembayung rahmat, serta para Malaikat berbaris beduyun-duyun bersama mereka, untuk bertasbih, berzikir mengingati ALLAH.

Moga semangat Ramadhan al-Mubarak ini, bisa membawa sayarakat setempat untuk solat bersama-sama. Dan tentunya, mengimarahkan rumah-rumah ALLAH, adalah medan yang paling utama untuk membentuh semangat muhibbah kejiranan yang sering diwawarkan.

Buat jiran tetangga yang bersama-sama mengimarahkan surau tadi (biar tak ramai), terima kasih…..

Advertisements

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Membina “masjid Quba” di celah-celah Syahrul Ramadhan

  1. Bunga Rampai says:

    Ramadhan Karim.

    Terima kasih tulisan ini.

    Selamat menyempurnakan amal ibadah pada bulan mulia ini. Mudah-mudahan mendapat sebaik berkat dariNya.

  2. faridul says:

    Terima kasih bunga rampai di atas kunjungan dan doanya.

    Moga kita semua beroleh keberkatan dari-NYA. Amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s