“Tangan Kosong”: Strategi menggagalkan sebuah kebersamaan

Buat mereka yang meninggalkan sebuah kebersamaan dan memilih untuk bersendirian, hanya atas alas merasa “terpinggir” atau “tidak dihargai” oleh warga-warga yang berada di dalam “kebersamaan” itu, atau dek kerana merasa tidak beroleh apa-apa keuntungan atau kepuasan, baik dari segi pangkat mahupun harta, atau, ia kira kebersamaan itu bakal meragut segala keuntungan duniawi yang bakal ia miliki daripada bergelumangnya ia di dalam alam pekerjaan, dengarkan apa pesan Ilahi Rabbi kepada mereka:

“Mereka(orang-orang Munafik) yang berkata (kepada orang-orang Anshar): Janganlah kamu bersedekah kepada orang-orang (Muhajirin) yang ada di sisi Rasulullah sempai mereka(Muhajirin) bubar (meninggalkan Rasulullah)…”
(Surah al-Munafiqun [63]:7)

Sebetulnya, Mutawalli Sya’rawi sedang membahaskan ayat ke-37 daripada surah an-Nisa’, iaitu ayat tentang orang-orang Bakhil, dan tidak sekadar bersendirian dalam kebakhilan mereka, bahkan mengajak menyuruh insan-insan lain agar sudi menjadi “Haji Bakhil” seperti mereka juga. Demi menghuraikan tentang orang-orang Bakhil ini –orang-orang yang rimas dengan sifat pemurah dan suka member- maka Sya’rawi mengaitkan ayat surah al-Munafiqun di atas ini.

Orang-orang Munafiq menyangka, bahawa para Muhajirin, teman-teman setia Rasulullah SAW ini, adalah selayaknya manusia biasa seperti kita semua. Yang, demikian mereka tidak beroleh pertolongan daripada sahabat mereka para Anshar, lalu dengannya mereka tidak lagi memiliki apa-apa, lantas akan berpalinglah mereka, meninggalkan “kebersamaan” dalam perjuangan yang digalas oleh ar-Rasul al-Musthofa ini.

Tapi, mereka tersilap. Justeru para Muhajirin tidak sama dengan kita. Kita, demikian merasa tidak dipedulikan dan tidak diendahkan, cenderung meninggalkan kebersamaan dalam perjuangan ini. Sikap manja yang menjalar dalam tubuh kita, mengakibatkan kita lebih rela “mengecewakan ALLAH” tatkala kita dikecewakan oleh kebersamaan tadi. Tapi, berbeza bagi Muhajirin kesayangan ar-rasul. Para Munafiqun menduga bahawa orang-orang di sekeliling ar-Rasul akan kembali murtad demikian tidak diberikan bantuan dan sedekah kepada mereka. Bukankah realitinya bahawa kaum Muhajirin telah terlebih dahulu merelekan harta mereka ditinggalkan, “kerjaya” mereka dikorbankan, keluarga mereka dipisahkan, demi memenuhi tanggungjawab sebuah “kebersamaan” dalam menanggung panji perjuangan?

Bukankah pada mereka, asal ALLAH dan Rasul-Nya selamat, biar jiwa mereka yang harus menjadi “sumbu” yang menyalakan pelita yang menyelamatkan keduanya? Asal agama yang telah diredhai-Nya terdaulat, biar titisan darah dan nyawa mereka menjadi “harga” untuk memiliki “ketinggian” itu?

Wahai mereka yang meninggalkan kebersamaan dan memilih untuk berseorangan, apakah strategi para Munafiq ini akan berhasil menjauhkan dikau dari ar-Rasul, andai dirimu sudah tidak memiliki apa-apa selain keredhaan berada di atas jalan perjuangan?

“Ya ALLAH, sesungguhnya engkau tahu, bahawa hati telah bertemu di atas kecintaan terhadap-Mu, bertemu kerana ingin mentaati-Mu, bersatu dalam kebersamaan di atas jalan dakwah kepada-Mu, hati-hati telah memeterai “MoU” untuk senantiasa bersama menolong agama-Mu, maka erat paterikanlah ikatannya ya ALLAH…”

-Faridul Farhan Abd Wahab “moga hati tidak miskin zikir di dalamnya”

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s