Pelajaran ikhlas restoran Wazer Maju

“Dan sesungguhnya, pada binatang-binatang ternak itu, terdapat ibrah (iktibar) buat kalian..” (Surah an-Nahl [16]:66)

Binatang ternak, dari sudut pandangan masyarakat Arab, merupakan suatu harta yang teramat bernilai untul dimiliki, namun, pada masa yang sama, teramat hina ketika kita disamakan dengannya. Pantas, ALLAH SWT ketika menyelar golongan yang “mati deria” –penglihatan, pendengaran dan hati mereka sudah hilang nilai dan sensitivity terhadap kemaslahatan ummah dewasa ini- dengan menggelarkan mereka “bak binatang ternak”, seperti yang dinukilkan-Nya dalam ayat ke 179 surah al-A’raf.

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai”

Tentu, andainya ALLAH menyebut golongan-golongan lalai yang telah “mati deria” ini sebagai “Mereka umpama Cristiano Ronaldo”, bukan keinsafan yang diperoleh, bahkan keseronokan dan kesombongan, kerana justeru dijoloki sebagai bintang bola sepak terhebat itu. Tetapi, justeru panggilan “binatang ternak” yang diguna pakai oleh al-Quran, seharusnya cukup untuk mereka untuk menjauhi sikap “mati deria” yang disentuh oleh al-Quran, lantaran itu adalah antara seburuk-buruk dan sejelek-jelek gelaran.

Tapi, seburuk-buruk, sejelek-jelek, sekeji-keji dan sekutuk-kutuk لْأَنْعَامِا binatang ternak ini, ALLAh tetap menyebut padanya (sang binatang ternak), masih bisa kalian beroleh ibrah. Beroleh pelajaran. Beroleh keteladanan. Keteladanan tentang apa-apaan? Keteladanan, pelajaran dan pendidikan tentang makna dan pengertian “al-ikhlas”, itu pun jika kalian punya secebis ketawadhukan yang seharusnya menyerikan setiap jiwa insan yang mengaku betapa mereka mencintai keimanan. Kerana ALLAH menyambung ayat surah an-Nahl itu, dengan menyebut tentang susu yang خَالِصًا bersih, suci, murni, “ikhlas”, yang justeru muncul tidak dipengaruhi oleh kekejian, kekotoran, dan rosaknya persekitaran yang melingkari dirinya.

Ya, pada binatang ternak itu pun, terkadang kalian bisa pelajari keteladanan tentang ikhlas. Lantaran binatang ternak, sejelek mana pun ia, tetap ikhlas dalam bersaudara. Tetap ikhlas dalam memberi susunya. Tetap ikhlas dalam menyebarkan semangat setia-kawan dan kasih saying sesama mereka. Tidak kira jemaah, bangsa, kelompok, atau apa saja “asabiyah” yang sering membataskan semangat keikhlasan di dalam kelompok makhluk bernama manusia.

“janganlah seseorang daripada kalian menjadi orang yang “imma’ah” (ikut-ikutan). Ia berkata, “aku, ketika bersama manusia, kalau manusia baik, aku pun ikut baik. Kalau manusia jelek, aku pun ikut jelek sama…” (Hadith riwayat at-Tirmidzi).

Perhatikan wahai saudaraku, kalau pada mahkluk yang kita rasa terhina seperti binatang ternak itu pun, kita bisa beroleh secebis pelajaran, apatah lagi pada makhluk bernama manusia, biar seberapa hina, biar seberapa normal, biar seberapa awam diri mereka itu.

Semalam, ketika saya sedang menunggu untuk di-discharge daripada wad, saya memilih berbuka puasa di sebuah kedai mamak berdekatan dengan hospital tempat saya ditempatkan. Kedai yang sudah sedemikian sikit meja itu, di”sedikitkan” lagi dengan meja yang dirapatkan atau dikhususkan untuk sekumpulan orang, yang ternyata kumpulan orang itu adalah pekerja kedai itu sendiri!

Ketika kita asyik sibuk membayangkan betapa “jahatnya” kedai mamak lantaran ada sebahagian maple ini menipu masyarakat Islam dengan gambar Ka’bah dan ayat-ayat suci al-Quran biarpun mereka sebenarnya bukanlah orang Islam, restoran Wazer Maju –kedai mamak di mana saya berbuka puasa itu- seakannya lebih sanggup “kehilangan” pelanggan dek berkurangnya kerusi meja untuk pelanggan, asal mereka bisa “memuliakan” pekerja mereka, dengan reserve-kan kerusi meja itu buat para pekerjanya, berbuka puasa bersama-sama. Ternyata, di sana, semangat “kekeluargaan” seakannya lebih mereka titik-beratkan, berbanding semangat “keuntungan” yang bukan saja menguasai para peniaga kita, tetapi juga para aktivis dakwah kita, hingga “keuntungan” dari segi keahlian sering lebih bernilai daripada ukhwah dan kekeluargaan sesame gerakan Islam.

Dan ada lagi. Bukan semua mereka adalah mamak. Ada juga pekerja Indonesia yang saya yakin, diambil bekerja di situ bukan kerana ia punya segulungan degree atau diploma dalam bidang “pelayanan” atau “kajian kedai mamak” atau yang sewaktu dengannya, tetapi, ukhwah Islamiyah, sifat ingin membantu saudara seIslam yang kesusahan dan memerlukan, telah melangkaui sempadan bangsa –mamak, india, Pakistan, segala, keturunan, kasta, jamaah, management, wehdah, atau apa saja sempadan-sempadan lain yang mewujudkan perpecahan dan pertelagahan di alam “malaikat” –atau, tepatnya, manusia yang merasa diri mereka adalah Malaikat!

Di sana, “kita” adalah sama. Bos atau pun kuli, menjamah juadah buka puasa yang sama: bubur jagung dan cucur sahaja. Serba sederhana. Tetapi, ukhwah itu membuatkan “kita” saling berbahagia. Tetapi, di alam “malaikat”, wujudlah sebuah kasta. Pemimpin veto sentiasa. Pandangan ahli dan anak buah tidak berharga. Kumpulan “malaikat” lain seakan tiada kebaikannya. Apakah mereka lupa, bahawa Malaikat (yang sebenar) sahaja ditegur oleh ALLAH untuk belajar daripada manusia?

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. 31. Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar. 32. Malaikat itu menjawab: Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. 33. Allah berfirman: Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?.”
(Surah al-Baqarah [2]:30-33)

Iya, di alam manusia, saya pelajari yang namanya ukhwah. Yang namanya persaudaraan. Yang namanya kesamaan. Yang namanya ketawadhukan. Tetapi, di alam “malaikat”, saya disogokkan dengan kebencian (sesama kumpulan). Keangkuhan (bahawa “kita” dan hanya “kita” yang terbaik lagi benar). Kesombongan dan kasta, sehingga sesalah dan sejelas mana pun kesalahan sang pemimpin, tetap anak buah yang harus menghadap. Keangkuhan itu bukanlah milik malaikat sejati, tetapi justeru miliknya individu yang menjawab pada ALLAH “aba wastakbar” “ia enggan (untuk sujud), dan takabbur (rasa besar diri).” (Surah 2:34)

Terima kasih restoran Wazer Maju, kerana anda mengajarkan saya erti persaudaraan, persahabatan, kesederhanaan dan kerendahan (tawadhu’), bukan dari sekumpulan “malaikat”, tapi pelajaran daripada sekumpulan “manusia”.

p/s – kenapa posting wordpress ni hilang langsung format artikel saya: warna untuk ayat al-Quran, page layoutnya, dsb?
p/s – saya punya masalah nak paste perkataan arab dalam artikel saya. Ada cadangan website yang boleh membantu (ayat-ayat al-Quran)?
p/s – buku-buku rujukan saya banyak yang dipinjam ala “pergi tak kembali”. Sesiapa yang terasa, bolehkah anda membantu, kerana sulit untuk saya membuat rujukan?

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

6 Responses to Pelajaran ikhlas restoran Wazer Maju

  1. Abu Hanifah says:

    Salam.
    Bila masuk wad? Kenapa akh?
    Baguslah kedai mamak yang begitu, majoritinya muslim sbb mereka berbuka bersama2. Cuma dibimbangkan kalau majoriti, pekerja Hindu…
    Ana dah tgk mata kepala sendiri, mmg x lalu lah.
    Ok. Syafakallah akhi.

  2. faridul says:

    wassalam.

    Kalau sesetengah kedai mamak, misalnya yang di Putrajaya, dia ada punch card. Ternyata, kedua-dua kedai mamak tersebut (yang dekat ngan hospital tu) banyak gak non-Muslim pekerja dia.

    Tetapi, harus kita ingat, tukang masak non-Muslim tidak bererti makanan tidak halal.

    Apa pun, pelajaran buat gerai-gerai Melayu, supaya lebih tawadhuk untuk belajar dan memperbaiki servis juga masakan, agar lebih gah berbanding reputasi kedai mamak.

  3. ii says:

    salam,
    harmstring lagi ke?
    anta tpon ana ari tu?
    ada gapo?…

  4. Moga Ust diberikan kesembuhan dan perlindungan ALLAH,

  5. faridul says:

    Amin. Terima kasih semua…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s