Boikot KFC: suatu penilaian semula (bahagian 1)

Ketika di medan Badar, sedang Nabi SAW dan para sahabatnya sekitar 313 atau 317 orang sedang mencari posisi yang paling sesuai dan paling strategis untuk meletakkan base camp mereka, tampillah al-Hubab bin al-Mundzir sebagai layaknya seorang penasihat militer.

“Wahai Rasulullah, bagaimanakah pendapat engkau tentang keputusan berhenti di tempat ini? Apakah ini tempat berhenti yang diturunkan ALLAH kepada engkau? Jika begitu keadaannya, maka tidak ada pilihan bagi kami untuk maju atau mundur dari tempat ini. Ataukah ini sekadar pendapat, siasat dan taktik perang?”

Baginda SAW menjawab; “Ini adalah pendapatku, siasat dan taktik perang.”

Maka al-Hubab pun memberikan saranannya yang bernas; “Wahai Rasulullah, menurutku tidak tepat jika kita berhenti di sini. Pindahkanlah orang-orang ke tempat yang lebih dekat lagi dengan mata air daripada mereka (orang-orang Musyrik Mekah). Kita berhenti di tempat itu dan kita timbun kolam-kolam di belakang mereka, lalu kita buat kolam yang kita isi air hingga penuh. Setelah kita berperang menghadapi mereka, kita bisa minum dan mereka tidak bisa.”

Sahut Nabi SAW; “engkau telah menyampaikan pendapat yang jitu.”

Saudaraku,
Kisah di atas adalah antara sekian banyak kisah tentang betapa rendah dirinya nabi kita Muhammad SAW, terutamanya ketika berhadapan dengan pandangan dan pendapat daripada sahabat-sahabat baginda yang tercinta. Di sini jelas, betapa Nabi SAW seorang yang open minded dan sentiasa sudi mendengar pandangan lain, lalu selalu siap untuk merubah pendapat dan pandangannya yang sebelum ini.

Sikap sentiasa mengevualisasi keputusan dan tindakan yang telah kita ambil, justeru merupakan suatu sikap yang sangat mulia di sisi Islam. Andai Imam asy-Syafi’e tidak mempunyai sikap sebegini, tentu ia tidak akan pernah merobah fatwa terdahulunya (dikenali sebagai qoul qadim) untuk memberikan pandangan dan keputusan yang 180o berbeza di kemudian harinya (atau, kita kenali sebagai qoul jadid).

Bahkan sikap rendah diri ini –yang membawa kepada sikap suka mengevaluasi dan muhasabah diri- turut dipertontonkan oleh para sahabat. Hatta khalil atau teman setianya Nabi, Abu Bakar ash-Shiddiq pun, turut risau andainya ia pun melakukan kemunafikan, seperti yang dinukilkan Imam Nawawi di dalam Riyadhus Sholihinnya, hasil pertembungan dan perbincangannya dengan Handzalah. Begitu juga seorang lagi tokoh Syurga, Umar al-Khattab R.A, seperti yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Kata Sa’id Hawwa di dalam Tazkiyatun Nafsnya, Umar R.A selalu berlebihan dalam memeriksa hatinya sehingga ia bertanya kepada Hudzaifah R.A –yang merupakan ‘setiausaha peribadi” Nabi SAW, terutama dalam hal-ehwal kemunafikan- akan apakah ada pengaruh kemunafikan di dalam diri seorang Umar.

Nah, bukanlah syarat seorang yang terbaik itu bebas daripada melakukan kesalahan (rujuk surah 3:135), tetapi seorang yang hebat itu justeru harus punya sikap ini: rendah diri, sering bermuhasabah, dan tidak segan silu menarik kembali keputusan lalu, untuk memberikan keputusan yang lebih baik, biar ia bertentangan dengan keputusannya yang terdahulu.

Saya harus mulakan artikel ini dengan cerita ini, agar kita boleh memilih sikap yang betul, hingga kita pun bisa menilai dengan betul, atau setidak-tidaknya menilai dengan lebih terbuka, resolusi saya yang terbaru tentang kempen boikot barangan US dan Israel.

kempen Boikot US dan Israel 10 tahun lalu

Di awal tahun 2000-an, kempen boikot ini tidak mendapat sambutan, biar pun turut difatwakan oleh Syeikh kita Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Hingga, jangankan orang awam, aktivis-aktivis gerakan Islam sahaja turut memandang sepi akan kempen ini.

Ketika sepinya sambutan terhadap kempen inilah, saya dan rakan-rakan begitu bersungguh-sungguh memboikot bahkan berkempen pada masyarakat kampus supaya memboikot barangan yang berkaitan dengan US dan Israel, seperti yang diutarakan website Boycott Israel. Hatta, begitu masuk ke alam pekerjaan pun, kempen ini masih saya teruskan. Lantas, bukan sedikit konflik yang terpaksa saya hadapi dengan keluarga, masyarkat setempat dan di tempat kerja, hanya kerana solidarity yang ingin dibangunkan terhadap masyarakat Palestin, juga dunia Islam tertindas yang lainnya.

Antara kejadian yang mungkin paling kritikal dan kemuncak, ialah ketika saya dan rakan-rakan sekerja ke Johor, menumpang dengan kereta kawan saya itu. Sudahlah saya menumpang, kami lewat untuk pulang pun kerana menunggu test yang melibatkan saya seorang sedangkan urusan sahabat-sahabat lain di Johor sudah selesai, kami bertengkar pula pasal makan malam, hanya kerana saya berkeras tidak mahu makan di KFC. Hingga diugut untuk diturunkan daripada kereta di tenga-tengah hutan, mereka ungkit betapa saya hanya menumpang dan mereka lewat pulang kerana saya, dan lain-lain seumpanya. Namun, kerana komitmen kita terhadap kempen tersebut, saya tetap istiqamah dan rela berhadapan dengan apa sahaja. Mujur mereka kemudian mengalah dan berlembut hati akhirnya.

p-cl-shrimp

Suatu Penilaian Semula

Sungguh pun begitu, saya tidak pernah menutup pintu untuk sebarang diskusi dan perbincangan berkenaan kempen boikot ini. Biarpun kempen ini kini sudah lebih memasyarakat, lanatarn islam mengajarkan kita untuk terbuka dan open for discussion, saya sedia mendengar hujah-hujah mereka yang tidak memboikot. Malangnya, saya sering tidak boleh bersetuju dengan hujah-hujah rapun, terutama saudara-saudara bermanhaj salafi kita tentang kenapa tidak perlu memboikot.

Namun, segalanya berubah ketika saya dikhabarkan dialog yang terjadi antara seorang ustaz terkenal dan sedang naik namanya, yang juga seorang wartawan web palestinkini, dengan wakil HAMAS tatkala HAMAS berkunjung ke Malaysia. Konon ceritanya, ketika wakil HAMAS itu dating ke Malaysia, ustaz ini melihat beliau memiliki handset NOKIA, lalu menegurnya; “eh, Nokia. Bukan boikot ke?” Lantas, wakil HAMAS itu menjawab; “mana anta tahu NOKIA tu support Israel dan harus diboikot?” lebih kurang begitu ceritanya, dan saya sahkan cerita itu setelah saya bertanya sendiri kesahihan kisah itu kepadanya lewat Yahoo Messenger.

Ustaz ini sendiri, jika isu-isu berkaitan dengan HAMAS dan sebagainya, wajar diiktiraf sebagai “rawi yang sahih”, ertinya maklumat tentang palestin yang diperolehi daripadanya boleh dipercayai. Ini lantaran keakrabannya dengan pejuang-pejuang palestin,s elain bukti-bukti bergambar pertemuannya dengan tokoh-tokoh HAMAS, melalui tugasnya sebagai wartawan web palestinkini.

Sedang HAMAS, siapakah yang lebih prihatin isu Palestin kalau bukan HAMAS? Siapakah yang tentunya pasti bersungguh-sungguh memboikot Zionis jika bukan HAMAS? Namun, ada wakilnya yang menggunakan handphone Nokia, produk yang selama ini diwawarkan menyumbang kepada Zionis, menurut web Boycott Israel yang tersohor itu.

Kejadian ini menyebabkan saya melakukan pandangan semula dan kajian semula terhadap kempen ini, terutamanya tentang maklumat-maklumat yang diberikan berkenaan produk-produk yang harus perlu diboikot kerana terlibat dengan Zionis atau pun US. Apakah hasil kajian saya itu, dan apakah pandangan dan sikap mutakhir saya terhadap kempen ini? Bersambung di keluaran akan datang, insyaALLAH

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to Boikot KFC: suatu penilaian semula (bahagian 1)

  1. Sharfan says:

    assalaamu’alaikum. akhi farhan. semoga anta sekeluarga dan ‘keluarga’ di dalam rahmat Allah. jadi, berkenaan dengan boikot ni, apakah hasil kajian anta?

  2. faridul says:

    insyaALLAH, akan saya sambung akhi Sharfan bila berkesempatan…
    Saya kena tulis secermat yang mungkin supaya oarng rasional membacanya dan tidak dibuai emosi…

  3. abu redha says:

    Adalah lebih bagus dijelaskan terus siapa ustaz itu, supaya pembaca tidak terkeliru dan tiada yang tersembunyi, Insya Allah ini tidak membuka aib ustaz tersebut, bahkan lebih menyanjung peribadinya, Mungkin ramai sudah dapat mengangak, tetapi adalah lebih baik saudara kemukakan juga supaya agakan mereka yang mengagak itu tepat dan tidak keliru

    Afwan, ini sekadar pandangan saya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s