Adakah kubah masjid itu Islam?

Saya ditanya tentang kubah, simbol yang terbiasa digunakan untuk melambangkan “keIslaman” seseorang, sesuatu tempat atau sesuatu produk. Tak percaya, perhatikanlah kedai Mamak. Semacam trademark, kubah dibubuh di sign board untuk menunjukkan akan keIslaman dan kehalalan kedai mamak tersebut.

masjidshahalam

Bahkan, banyak juga resit-resit derma yang berlogokan kubah, hingga pantas andainya kaum agama lain mula mengimplimentasikan kubah, tentu akan mendapat bantahan daripada masyarakat islam setempat. seperti yang terjadi dalam isu kaligrafi (baca: tulisan khat), tetapi menuliskan atau mengkhatkan ayat-ayat Bible.

Jika kita perhatikan, justeru kubah bukanlah trademark, logo, simbol atau hak milik islam semata-mata. Bahkan ia lebih kepada kesenian dan kemahiran arkitektual ilmuwan-ilmuwan islam, sehingga menjadikan kubah sebati dengan entiti Islam. saya berhujah sedemikian kerana beberapa faktor:-

Pertama, bukankah masjid-masjid terawal di dalam sejarah Islam, yang dibina oleh Nabi SAW dan para sahabatnya, titak beratapkan kubah seperti masjid-masjid dewasa ini (atau di Malaysia), tetapi bahkan hanya beratapkan langit? Untuk lebih jelas gambarannya, cubalah tonton filem “The Messenger” lakonan Antonio Quin yang menceritakan sirah nabi SAW. JIka itulah kesnya, ini bermakna implementasi kubah dalam binaan masjid-masjid hanya berlaku terkemudian. Maka, bagaimana pula kita menyatakan bahawa kubah adalah logo, entiti atau trademark milik orang islam sahaja?

Kedua, cubalah cari sejarah kubah. Yang paling mudah melalui wikipedia misalnya. benarnya masyarakat islam yang mula-mula mereka dan menggunakan kubah?

Oleh yang demikian, kubah sekadar merupakan warisan kesenian muslim-muslim zaman terdahulu daripada kita. Kerana ianya kesenian, seperti tulisan khat, tidak seharusnya menjadi isu andainya ada agama lain pula yang mahu menggunakan reka bentuk kubah dalam binaan-binaan mereka, apatah lagi mereka pun punya sejarah menggunakan kubah, seperti di dalam gambar di bawah:-

250px-StPetersDomePD

*gambar kubah St. Peter’s Basilica di Rome, dibina pada tahun 1590

Advertisements

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s