Kontroversi sempena Ramadhan..?

Salam semua.

Seperti yang anda lihat, saya ada problem dalam posting artikel, di mana jenis font, saiz, format dan warna font, tidak lagi mampu saya kawal entah kenapa.

Satu hal lagi yang seakan saya tidak boleh kawal, ialah menimbulkan isu-isu “panas” dan “kontroversi”, terutama di dalam posting-posting mutakhir ini.

Saya yakin ramai yang terbaca artikel saya (yang belum habis) tentang kempen boikot KFC akan tidak senang duduk. Begitu juga dengan isu kubah (sebab isu kaligrafi dulu pun teruk saya kena hentam). Dan, artikel-artikel cedok daripada UZAR (www.zaharuddin.net) tentang wanita bekerja, dan saya yakin biarpun hasil cedok daripada UZAR, ramai yang akan melenting, tak puas hati dan sewaktu dengannya.

Cuma, saya harap anda akan lebih rasional dan terbuka membacanya. Tidak semestinya anda terima, tetapi setidak-tidaknya punyailah sikap ingin mengevualuasi pendapat terkini anda.

Juga, moga saya lebih berhikmah dalam menyampaikan fikrah. Kebetulan malam tadi saya diminta untuk lead bacaan tahlil khas buat jiran yang kematian emak. Saya kira, sebagai tok siak merangkap bilal merangkap imam (bukan saya gila kuasa, tapi kuasa yang gila kat saya, sampai-sampai saya takde 2 hari, maka 2 harilah surau tempat saya tak bukak) maka inilah kesempatan untuk saya betulkan mana yang sedikit terlencung, dan agar masyarakat setempat akan kembali kepada landasan sunnah yang sebenar. Ini punya tugas yang mudah, namun tetap harus dicuba. Alhamdulillah, saya tidak tahu respon sebenar kariah tempat saya, tetapi setidak-tidaknya tidak ada (atau belum ada) yang langsung memboikot atau memuncungkan mulut pada saya di atas teguran-teguran yang saya lakukan. Satunya tentang kenduri arwah; bahawa menurut semua Imam mazhab -termasuk Syafi’e- tidak dibenarkan keluarga si mati yang mengelolakannya. Namun saya cadangkan alternatif, jiran-jiran atau persatuan penduduk harus meng-organize kenduri tiap kali ada ahli kariah yang meninggal dunia.

Yang keduanya tentang “sampaikah pahala Yasin dan tahlil pada si mati”? Maka saya terangkan tentang 2 pandangan, Yang pertama tidak sampai berdasarkan hadith “apabila mati anak Adam, putuslah segala amalannya melainkan 3…”, sedang ada pula pandangan yang mengatakan sampai. Maka, berpegangkan kaedah fiqh yang diperkenalkan oleh Imam kita al-imam asy-Syafi’e “khuruju min ikhtilaf mustahab” “keluar daripada perbezaan pandangan itu dianjurkan”, saya mengesyorkan agar dibuat bacaan tahlil sahaja, Yasin tidak payah. Dan tahlil pun dibuat atau dianggap sebagai doa, di mana kita mendoakan untuk arwah-arwah yang telah meninggalkan kita. Mendoakan orang lain itulah semangatnya, seperti qunut nazilah dan sebagainya, terang saya. Cuma, seperti kita berucap atau bersyarah, harus ada kata aluan (yg dihormati saudara pengerusi majlis, YB ADUN sekian-sekian, dsb), maka dalam berdoa pun kita ada “kata aluan”, itulah tahmid, tasbih, takbir, tahlil, serta selawat buat junjungan kita Muhammad SAW. Maka anggaplah tahlil ini semacam “kata-kata aluan” tadi yg memuji ALLAH dan rasul, sebelum “main agenda”nya iaitu mendoakan si mati itu dilaksanakan. Alhamdulillah, moga semua ahli kariah faham.

Doa saya, moga isu-isu kontroversi yang saya post kan ini akan lebih aman seperti amannya respon jiran-jiran saya terhadap isu tahlil yang saya utarakan malam tadi.

Wassalam…

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s