Muslim Wikipedia

Salam semua. Maafkan saya, tetapi saya tidak bisa menyembunyikan rasa lucu saya terhadap persoalan di sebuah web Islami, berkenaan hukum bermain bola sepak. Apa yang melucukan, dan bagaimana persoalan hukum ini bisa timbul? Maka saya teringat akan cerita-cerita yang saya sendiri pernah dengar ketika masih kanak-kanak, iaitu sukan bola sepak berasal daripada kepada cucunda Nabi SAW saydina Hussein, yang kepalanya dipancung di Karabala, dan pantas dijadikan bahan sepak-sepakan, lalu itulah asal usul bola sepak.

Huh, itulah yang melucukan saya. Alhamdulillah, semakin hari, semakin waktu, dengan semakin matangnya gaya berfikir saya -terima kasih di atas pengaruh ayahanda saya, murabbi-murabbi saya, para ustaz-ustaz pendokong sunnah dan sebagainya- saya nampak jelas akan kekarutan cerita sebegitu, dan cerita-cerita seumpamanya. Jangan sebut mosque, sebab mosque berasal dari perkataan mosquito, ceritanya ketika Sepanyol (kalau tak silap saya) masuk ke Andalusia (kalau tak silap saya), mereka membunuh umat islam secara besar-besaran, seperti mereka membunuh mosquito. Lalu diberilah oleh mereka gelaran mosque kepada masjid, sebagai mengejek betapa umat Islam, nyawanya seumpama/semurah mosquito.

Jangan minum air mineral sekian-sekian, jika tidak anda tidak akan bisa mengucap, lantaran air itu sudah dicampur dengan Holy water. Jangan sebut perkataan Mecca, kerana Mecca di dalam bahasa hebrew bererti sekian-sekian.

Itulah sebabnya, saya cadangkan agar umat islam yang “sebegitu concern”, atau justeru pada hemat saya “yang suka menyulit-nyulitkan” agar membuka sebuah web baru ala Wikipedia, “muslim wikipedia” mungkin. kerana tentang asal usul bola sepak, saya tidak jumpa langsung kaitannya dengan saydina Husin di dalam wikipedia. Maka itulah sebabnya “kita” harus “betulkan” fakta ini di dalam “Muslim Wikipedia” kita.

berkenaan “mosque”, saya tidak jumpa kisah umat Islam disembelih bak nyamuk sama ada dalam Google lewat “define”mosque”, mahu pun di dalam wikipedia. maka “kita” harus “betulkan” fakta itu di dalam “Muslim Wikipedia” kita, agar umat islam tidak tertipu dan berhenti menyebut masjid sebagai “mosque”.

begitu juga perkataan “mecca”. Biarpun En. google turut mendifinisikan New York pun sebagai salah satu penafsiran untuk perkataan Mecca, tapi karut-marut berkenaan maksud perkataan itu di dalam hebrew, tidak pula dinyatakan.

Dan banyak lagi cerita karut marut yang popular di dalam masyarakat kita. malam lailatul qadar adalah malam yang semua doa pasti di makbulkan. Tanda-tandanya pokok akan sujud, air akan mengerak bak ais, dan seumpamanya. Itu pun harus dimasukkan di dalam Muslim wikipedia, lantaran lailatul qadar sebagai “malam doa pasti dimakbulkan” tidak dinyatakan di dalam nash.

Nah, apa lagi. Ayuh tubuhkan Muslim wikipedia!!

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s