Isu “jual kucing”

“Meninggalkan ‘amal kerana manusia: riya’.

Beramal kerana manusia: syirik.

Tapi jika kita ikhlas, ALLAH akan menyelamatkankita dari keduanya.”

Kata-kata Fadhil atau Fudhail bin Iyadh –seorang ulama’ tasawwud asal Kuffah, wafat 187H- ini, sering disalah ertikan oleh ramai orang sebagai hadith, lantaran ianya disertakan di dalam syarah hadith “niat” oleh Mustada ‘Abdul Rahman. Walhal, kata-kata monumental al-Fudhail itu cukup indah dalam menyimpulkan kepentingan niat yang benar begitu kita memulakan sesuatu amalan.

Orang:  “Apa pendapat engkau tentang isu SELCAT?”

Saya:     “apa hujah mereka? Yang mengkritik (SELCAT) dan menyahut kritikan (yakni mengkritik sang pengkritik tadi)?”

Orang:  “Isunya, sang pengkritik mengkritik untuk kebaikan.”

Saya:     “Iya, tapi apa dasar hujah yang mewajarkan ia membuat kritikan?”

Orang:  “Apa masalahnya? Bila dop kritik kerajaan negeri, takde pun orang bising? Bila AA kritik menteri besar, takde pun orang nak bising? Kenapa bila mas’ul kritik, sibuk orang bising, bla, bla…”

Saya:     “ha…. di sini masalahnya. Adakah kita punya hujah, ialah sekadar membandingkan dengan orang lain?

Bila orang lain menghalang manusia daripada mengikut program kita, maka kita pun harus menghalang orang kita daripada turut serta dalam program mereka?

Bila orang lain kritik boleh, maka kita pun boleh mengkritik sewenang-wenangnya?

Ingatlah, beramal kerana manusia syirik, dan meninggalkan amalan kerana manusia, itu riya;”

Biarlah hujah melawan hujah. Bukan hujah melawan emosi.”

Orang:  “Habis, bagaimana pula dengan wala’?”

Saya:     “Apa dalil wala’?”

Orang:  “Ermm….”

Saya:     “Begini, dalil wala’ yang paling mudah, iya kalimah LA ILAHA ILLA ALLAH.

“La” itu kalimah nafi. Sedang “ilah” itu al-manfi, yakni objek yang dinafikan.

Sedang “Illa” itu kalimah istbat. Sedang “Allah” itulah “almastbat”, yakni objek yang diistbat, diteguhkan.

Kalimah penafian beserta objeknya, menggambarkan “bara’” seorang Muslim. Sedang kalimah peneguhan (istbat) dan objek yang diteguhkan itu, itulah yang dinamakan “wala’”. Maka, kenapa begitu seseorang itu mahu menjadi Muslim, dia harus mengucapkan syahdatain? Kerana ia harus melakukan “bara’” dan juga melakukan “wala’”.

Kenapa agaknya tidak wala’ saja, misalnya, cukup sekadar menyebut “aku beriman kepada ALLAH” atau “Tuhanku adalah ALLAH”, tapi harus bara’ dari Ilah-ilah lain dulu dengan menyebut “tiada ilah melainkan ALLAH”?

Orang:  Entah, tak tahu.

Saya:     Sebab, ALLAh tidak mahu orang Islam seperti Arab Quraisy. Mereka tidak ada masalah untuk wala’ pada ALLAH, tapi mereka merasa sukar untuk bara’ daripada selain ALLAH. Misalannya kita bancuhkan secangkir teh untuk ayah kita, dan kita gunakan teh serbuk untuk membancuh teh tersebut.

Bila ayah kita menolak meminum teh tersebut, sebab ia sukakan kopi, kita boleh saja langsung minum teh tersebut, lalu bancuhkan kopi di dalam cawan yang sama. Masalahnya, jika kita tidak “bara’ cawan” tadi, yakni basuh dulu cawan tadi, maka serbuk teh tu tak hilang, lalu bercampurlah kopi tadi dengans erbuk teh. Lalu tak jadilah lagi air kopi. Tapi, “koteh”.

Orang:  “Hmm…”

Saya:     Maka, untuk mengelakkan tauhid umat Islam tidak bercelaru seperti air “koteh” tadi, haruslah di cuci dulu gelas jiwa, cawan bekas teh tadi dibersihkan, barulah boleh tanamkan tauhid. Bubuh kopi dalam cawan tadi.

Bila tauhid telah murni, telah jernih, maka fahamlah kita “la taatan fi makluqin bi maksiatil Khaliq” “tiada ketaatan, wala’ kepada manusia dalam hal berbuat maksiat terhadap Tuhannya.” Juga, dia fahan bahawa “Athiullah wa athiur rasul wa ulil amri minkum..(surah 4:59)” itu, disebutkan TAAT pada ALLAH, TAAT pada rasul,DAN pimpinan-pimpinan. Pada pimpinan, disebutkan DAN saja. Sebab, bila berbeza pandangan, orang yang murni aqidahnya, tauhidnya, tidak akan cakap “syeikh, kena wala’ pada pemimpin,” tetapi dia akan habiskan ayat (4:59) tadi di mana ALLAH menyambung; “wain tanazaktum fi ysai’in farudduhu ilaLLAH war rasul” “dan bila kamu berselisih pendapat tentang sesuatu”, meaning boleh saja berbeza pendapat tapi, harus kembalikan kepada ALLAH dan Rasul. Maka, wala’ tu bil hujjah, bukan bil emosi…

Orang:  “oo…gitu..tapi… wala’ tu apa?”

Saya:     “Hahaaa… kena ikut balik kursus kahwin la engkau ni”

Orang:  “???”

Bersambung…

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

4 Responses to Isu “jual kucing”

  1. technicboy says:

    salam…
    hmmm…ana tak brapa pham crita nie pasal apa…?
    knapa tajuk dia sellcat…. jual kucing ker… psal wala tue apa…
    p/s:tak tercapai akal ku…

    hmm..akh leh tak bgtau sket pasal wahabi….
    apsal org ckp dia sesat.. contoh member ana ckp: wahabi nie ckp ALLAH bersemayam dia atas arys…
    pastu member ana ckp laa..yg ALLAH nie tak bertmpat..lebih kurang cam tue laa alasan dia… pastu pasl nie member ana ckp akidah wahabi nie tak btul..
    hmm….
    p/s:ana ada baca artikel akh pasal wahabi nie…
    tp tak clear lg… harap ada sdkit masukan…

    • faridul says:

      wa’alaikumus salam
      Afwan ye akh, cerita ni memang maqam tinggi punya. Mungkin hanya orang-orang tertentu aje yang faham.
      Apa pun, ianya penjelasan ringkas tentang maksud wala’. Mungkin lebih mudah faham kalau ada “rusmul bayan”nya..

  2. technicboy says:

    tak best plak kalo baca tp tak pham sgt..
    p/s:mudah2han satu hari ana capai maqam tinggi tue..
    leh lah paham nanti…..

    • faridul says:

      haha…afwan technicboy. Ana masih dalam proses belajar menulis pelbagai jenis tema. Artikel ni ana cuba berkias-berkias dan menegur secara halus. Kononnya.

      Jual kucing ni anta kena englishkan dia.
      Jual = sell
      kucing =??

      main piintnya ada 2:-
      1) Dalam berbuat dan bertindak, jangan gunakan alasan bertindak itu “orang lain buat boleh”
      2) Penjelasan tentang isu wala’

      Wallahu a’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s