Pelajaran wala’ rukun nikah

Masih ingat apakah rukun nikah? Rukun nikah di Malaysia ada 6: suami, isteri, wali, saksi dan ijab qobul. Maaf…ini baru 5. Apakah yang ke-6 itu?

Siapakah wali yang dimaksudkan di dalam rukun nikah ini? Pada kebiasaan kes, wali sang wanita itu ialah ayahnya. Tetapi, dalam kes yang mana sang ayah tidak dapat menjadi wali, seperti sang ayah sudah meninggal dunia, atau sang ayah hilang tanpa berita, dan lain-lain kes yang seumpamanya, maka darah-daging wanita tadi yang lain, -daripada kalangan yang lelaki- harus menjadi walinya. Mungkin abangnya, atau pakciknya, atau datiknya, bahkan juga mungkin adik lelakinya.

Nah, apakah itu wali? Wali itu –mufrad atau singular kepada perkataan auliya’ yang banyak dijumpai di dalam al-quran- ialah individu yang kepada dialah diberikan wala’. Maka, dalam kes wanita yang ingin bernikah tadi, wala’ sang wanita itu dicurahkan kepada walinya, siapa lagi jika bukan sang ayah.

Tetapi, begitu berlaku ijab dan qobul, apa pula yang berlaku. Sang ayah “memindahkan” wala’ sang wanita tadi kepada suaminya, yang kini sudah menjadi walinya. Hingga, keutamaan ketaatan dan pencurahan segenap hati, perasaan dan juga khidmat bakti, perlu diberikan buat sang suami, bukan sang ayah lagi.

Nah, inilah konsep mudah tentang wala’. Tapi, apa pula peranan sang wali pula. Jika ketika sang ayah menjadi wali sang gadis, ia mempunyai keutamaan melindungi sang gadis. Mendidiknya. Menolongnya. Bersahabat dengannya dan sebagainya, kini sang suami pula yang berkewajipan melindungi, menolong, berteman dengannya, dan seumpamanya, sesuai dengan kewajipan sang wali, yang kepada dialah dicurahkan wala’ itu.

Kerana sang gadis berkewajipan mencurahkan wala’nya pada sang ayah, betapa banyak ayat Quran dan hadith yang menerangkan keutamaan mentaati dan menyayangi sang ibu ayah, diringkaskan dalam pepatah “Syurga di bawah tapak kaki ibu.” Sebegitu juga wala’ kepada sang suami, membawakan sekian banyak hadith tentang kemurkaan suami bisa membawa bersama kemurkaan ALLAH. Hatta at-Tirmidzi meriwayatkan, betapa kalau saja manusia dibenarkan sujud pada selain ALLAH, nescaya Nabi kita SAW akan menyuruh para isteri supaya sujud kepada suami. Atau, laknat ALLAH buat sang isteri yang menolak panggilan asmara sang suami tanpa alas an yang haq, kerana sudah mengguris hati walinya tadi.

Namun, di sebalik semua ancaman ALLAH itu, bagaimana pula pendapat anda terhadap sang ayah yang masih merupakan wali anak gadisnya, tetapi membiarkan saja anaknya tanpa perlindungan daripada jantan-jantan miang dan menggatal? Atau ayah yang tidak member anaknya makan? Atau ayah yang tidak memberikan hak bersuara kepada anak gadisnya tatkala memilih jodoh untuknya?

Atau sang suami yang sudah “mengambil hak kewalian” daripada sang ayah, tapi sering menyakiti dan memukul isterinya? Atau curang dan bermaksiat tanpa mempedulikan isterinya? Mengabaikan nafkah zahir dan batin buat isterinya? Apakah anda tetap bertegas menasihati aduan sang gadis yang menghadapi masalah-masalah sebegini supaya tetap dengan wala’ yang membuta tuli?

Maka bayangkan saja wala’ kepada wali yang sah saja, tidaklah dalam konteks membuta tuli, adakah munasabah wala’ kepada sekadar pemimpin sebuah gerakan, bukan khalifah, lebih “special” berbanding wala’ kepada mwali yang diungkap dalam hadith dan Quran tadi?

MAsih tertanya apakah rukun nikah Malaysia yang ke-6? Yang ke-6 adalah “kursus kahwin.” Tanpanya, tak sahlah nikah anda. Hahah….

Advertisements

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Pelajaran wala’ rukun nikah

  1. tono says:

    salam..

    betol..kt msia ade rukun ke-6..

    tension

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s