Qadha’ tidur yang bid’ah

Peluang bercuti pada pagi Sabtu ini, sudah di”jadual”kan oleh saya untuk dimulai dengan suatu pekerjaan yang utama: tidur! Tapi, ini bukan sebarang tidur, atau suka-suka tidur, tetapi tidur yang merupakan Qadha’ kepada waktu-waktu lena saya yang terlepas dek tugasan dan tanggungjawab, selain kelesuan dek penatnya membanting tulang dan memerah otak demi memenuhi tugas sebagai senior engineer yang sungguh membebankan.

Pagi Jumaat sudah saya mulakan dengan aktiviti khidmat masyarakat, iaitu “Rukun tetangga.” Konon, saya mahu lena sekejap selepas Subuh, ternyata, hajat itu tidak kesampaian. Saya tetap hadir awal ke pejabat, sekaligus mengekalkan rekod “lewat sifar” dari segi kehadiran ke pejabar ba’da Ramadhan ini. Terus, otak saya dikerah habis-habisan untuk memikirkan business plan dan score kadnya bagi tahun 2010, selain menyiapkan purchase requisition untuk tool yang telah dibeli dan bahkan diterima in advance. Ba’da solat Jumaat, keringat saya di”masak” habis-habisan di tengah panas, untuk menyaksikan kerja-kerja alignment motor dengan pam, yang ternyata tidak juga siap biar pun larut petang. Langsung tidak berpeluang untuk menjenguk anak isteri di rumah, saya langsung ke destinasi halaqah, bagi melepaskan dendam rindu pada ikatan cinta di jalan da’wah. Biarpun hanya sampai di rumah pagi-pagi buta, letih dan mengantuk yang teramat membuatkan saya tidak larat untuk bertahajud, biarpun yakin keletihan ini tentu menyulitkan saya untuk bangun tahajud di sepertiga malam yang akhirnya. Mujur, isteri tercinta sempat menggerakkan saya untuk solat subuh di waktunya. Dan nah, hari ini sudah masuk hari Sabtu, tidakkah wajar saya merencanakan perasmian hari ini dengan mengqadha’kan waktu lena dan lelah yang terlepas itu?

Saya masih ingat, ketika saya ke India atas urusan kerja, bos saya ditanya oleh engineer India itu, apakah yang diperbuat oleh bos saya begitu datangnya hari hujung minggu? Jawab bos saya, dia akan memenuhi pagi hari itu dengan tidur dahulu di rumah, sampai ke tengah hari, barulah kemudiannya menjayakan rancangan-rancangan hujung minggu yang lainnya. Menariknya, sahut sang engineer India itu, ternyata sebegitulah kisahnya di seluruh dunia (qadha’ tidur dulu sebagai merasmikan hari cuti hujung minggu).

Biarpun orang India itu senada dengan rakyat Malaysia dalam urusan merasmikan cuti hujung minggu, bahkan ramai lagi pekerja di Negara lain pun tentu sama kisahnya dengan mereka, tetapi tidaklah sebegitu kisahnya di dalam al-Quran. Ini kerana, di dalam surah yang sering dibaca dalam solat Subuh berjemaahn di hari Jumaat –itulah surah as-Sajadah- ALLAh SWT telah menggambarkan para perindu cinta-NYA sebagai “lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa kepada Tuhan-NYA dengan rasa takut dan harap..” (Surah as-Sajdah [32]:16). Atau, di dalam surahnya yang lain; “mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun (kepada ALLAH).” (Surah az-Dzariyat [51]:17-18)

Sahabatku,

Sekarang marilah kita perhatikan rahsia perbezaan antara “sunnatullah” mengqadha’kan tidur pekerja-pekerja seanterio dunia, dengan kekuatan mental para perayu cinta ALLAH. Mereka yang tidak merasakan lagi tidak menjadikan kurangnya waktu tidur ini, justeru mempunyai sebuah kekuatan yang pasti akan membolehkan mereka memimpin umat mengharungi masa hadapan yang gemilang. Seperti ketika Umar Abdul Aziz dinasihati oleh anaknya yang bimbang akan workaholicnya seorang Umar, pantas saja sang khalifah itu menjawab; “bagaimana aku bias tidur sedang umatku masih ada yang terlantar?” Inilah sebenarnya pemimpin yang dinanti-nanti, sesuai dengan peringatan ALLAH; “dan KAMI jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang member petunjuk dengan perintah KAMI, ketika mereka sabar..” (Surah as-Sajdah [32]:23) sebagai kelanjutan kisah lambung-lambung yang memenuhi malamnya dengan tahajud cinta kepada ALLAH.

DSC00246

Maka inilah batu ukurannya. Ertinya, senior seorang engineer sekaligus best engineer seperti saya, yang masih menagih waktu-waktu tidur untuk diqadha’kan, bukanlah merupakan pemimpin ummah yang didambakan. Bagaimana pula dengan anda, dan pemimpin-pemimpin di luar sana?

Advertisements

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Qadha’ tidur yang bid’ah

  1. naili berkata:

    ruh yang kuat akan menyebabkan kita akan terus berkerja, walau badan keletihan.

    ikhwan yang sejati adalah muka mereka yang pucat dan badan yang cengkung akibat kurangnya tidur malam dan banyak puasa..

    Kekuatan hanya daripada Allah shj.
    kebanyakan kita susah untuk disiplin , bagaimana ya?
    wallahua’alam.

  2. faridul berkata:

    benar ya akhi/ukhti(?) naili. Doakan moga ana tak “membuat bid’ah” dengan kerap qadha’ tidur..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s