Saham Pahala: Nikmat buat para penulis

Tiada yang lebih bermakna, buat mereka yang berlegar di alam maya untuk tujuan dakwah, berbanding seruannya itu diterima atau dimanfaatkan oleh para pembaca. Ini mungkin berbeza dengan mereka yang menulis sekadar kerana hobi, atau untuk mengisi masa terluang: kepuasan mereka terkadang bersifat “syok sendiri.” Mereka boleh berhenti bila tiada ilham. Atau tidak istiqamah lantaran dilanda kesibukan. tetapi tidak bagi para daie Islam. Setiap kritikan, kutukan, hinaan, justeru menjadi bahan muhasabah buat mereka memperbaiki tulisan mereka, guna menjadikan para pembaca menerima fikrah yang mereka tawarkan, atau setidak-tidaknya mengambil manfaat terhadap perbincangan yang mereka kemukakan.

Masakan tidak, andainya seruan mereka menjadi ilham atau petunjuk buat seseorang, itu lebih baik dari unta merah (lihat hadith mutafaqa ‘alaih). Serta, ALLAH, malaikat, para penduduk langit serta bumi, hingga semut yang ada di dalam lubangnya, dan ikan-ikan yang ada di laut -dalam hadith yang diriwayatkan oleh Tirmidzi- berselawat ke atas orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia. Kita juga tidak lupa saham pahala buat mereka yang menunjukkan “sunnah hasanah” “menjadi trend setter kepada pelakuan kebaikan”?

Nah, maka anda para pembaca, terutama para pengkomen, benar-benar membawa kebaikan buat saya, seperti moga-moga tulisan saya membawa secebis manfaat buat anda. Komen atau kritikan menghina, menjadi bahan muhasabah buat saya guna merenungi kalau-kalau ada dosa yang saya lakukan, sambil belajar dan terus belajar bagaimana mahu menulis menembusi hati anda. Dan anda yang menyebarkan artikel saya, termasuk yang mengambilnya sebagai input assignment dan sebagainya, benar-benar menjadi saham pahala untuk saya. Terima kasih semua.

Agar perjalanan saya dipermudahkan ke Syurga, teruskanlah membaca, teruskanlah mengambil manfaat, teruskanlah menyebarkannya, teruskan memberi “saham pahala” buat saya…

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to Saham Pahala: Nikmat buat para penulis

  1. Pingback: Sebiru hari ini… « gold…

  2. Bunga Rampai says:

    Salam,

    Saya hanya berdaya mengucapkan terima kasih atas kewujudan blog ini. Alhamdulillah. Semoga Allah SWT memberkati usahamu.

    Teruskan menulis.

    Wassalam.

    • faridul says:

      Wa’alaikumus salam warahmatuLLAH. Terima kasih. Pohon doa moga istiqamah.

      “Allahhumma a-inni ‘ala zikrika wa tho-atik” “Ya ALLAH, kekalkanlah aku dalam keadaan berzikir dan mentaati-Mu”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s