Orang kerdil

Saya ada satu sifat, yang oleh sesetengah orang, tentu merasakan ianya sifat yang negatif. Iaitu, saya tidak rapat, atau lebih tepat “malu untuk rapat” dengan tok syeikh-tok syeikh, para tokoh-tokoh agama yang bertebaran di tanah air kita. Namun, tiap kali berkesempatan, saya sering mengambil tempat yang sangat hampir dengan tok-tok syeikh ini, demikian tiba waktu untuk mereka memberikan pengisian.

Saya pernah hadir ke pengisian-pengisian atau ceramah-ceramah tokoh-tokoh seperti MAZA, UZAR, Ustz Hasrizal dan sebagainya. Terkadang saya cemburu melihat ramai anak muda rapat, bahkan mempunyai perhubungan persahabatan dengan tokoh-tokoh ini. Kagum saya ketika beberapa orang sahabat saya di UK misalnya, bisa bersahabat bahkan menyambut kehadiran kali pertama MAZA ketika di UK, seraya UZAR pun berkenan mengambil gambar kehadiran MAZA di UK daripada blog mereka.

Berapa banyak juga sahabat saya yang bukan sahaja mengenali, bahkan dikenali oleh tokoh-tokoh ini, hingga mereka pun salah faham bahawa saya turut “dikenali” oleh tokoh-tokoh ini. Hingga ke satu tahap, sahabat saya bekas orang kuat (level mas’ul) Dewan Ibnu Qayyim sahaja pernah menelefon saya supaya menegur kenyataan-kenyataan MAZA, walhal tidaklah MAZA mengenali saya, seperti mana MAZA mengenali dirinya.

Ustaz Hasrizal, sang “daie sejuta ummat” pun pernah kami jempur untuk megisi program untuk lepasan SPM yang kami anjurkan. Dengan perkenalan bersua muka serba singkat demikian, sungguh andai saya ketemu muka lagi bersama Ustaz Hasrizal, saya tidak akan memalukan beliau dengan soalan-soalan seperti “ustaz masih kenal ana? kita pernah berjumpa..sekian..sekian” kerana saya sedar, siapalah saya untuk diingati tokoh sehebat itu. Dengan mad’u-mad’u dan anak murid sedemikian ramai, siapalah “orang kerdil” ini untuk diingati oleh tokoh-tokoh ini.

kerdil

Hingga, saya bisa faham kenapa para Ikhwan begitu sayang dengan Mursyid mereka, Imam Hassan al-Banna. Beliau dikurniakan ALLAH kelebihan mengingati orang, hingga tiada Ikhwah yang terasa “kedil” di sisi beliau.Bagi orang-orang “kerdil” ini, tiada yang lebih membahagiakan berbanding diberi perhatian, dan mempunyai tempatnya yang tersendiri di sisi manusia-manusia “agung sebegini.

Lihatlah saja perjalanan sejarah. Berapa ramai Quraisy yang merasa begitu dihargai, dihormati oleh insan seagung Muhammad SAW. Hingga, penghargaan sebegitu besar buat insan sedemikian kerdil, sering membawa mereka kepada kepasrahannya: sujud layu dan bersyahadah di hadapan Nabi SAW.

Terus-terang, saya sudah beberapa kali “dikecewakan” oleh orang-orang “besar”, tokoh-tokoh, manusia-manusia “agung” sebegini. Biarpun sudah mengaturkan temujanji, sering pertemuan yang dijanjikan harus dibatalkan pada saat-saat akhir. Namun, terus-terang juga saya tidak berkecil hati, lantaran saya selalu menanamkan dalam diri saya “siapalah orang “kerdil” seperti saya, untuk merintih perhatian daripada manusia se”agung” mereka?”

Namun, bayangkan pula betapa bahagia dan besarnya penghargaan ketika ada orang-orang “besar” yang sudi berjumpa, sudi melayan, dan sudi mengenal manusia-manusia “kerdil” seperti saya. Ustaz “muntalaq” misalnya. Mungkin ia tidak sedar, tetapi sangatlah besar maknanya masa yang diluangkan oleh manusia seagung dia kepada manusia sekerdil saya.

Picture 076

Itulah saya. Maaf ini kelemahan, yang sering saya impikan bisa diperbaiki, agar saya bisa bersahabat dengan tokoh-tokoh, manusia-manusia “besar” seperti mereka. Sudikah anda menolong saya untuk berkenalan dengan mereka?

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

8 Responses to Orang kerdil

  1. masri says:

    Assalamualaikum wbt.

    Mungkin saudara perlu sekali sahaja bertemu dengan Ustaz Rasul Dahri di kuliah beliau, kenal-kenal sedikit, berbual.

    Dan tengok dalam 6 bulan selepas itu, Insya-Allah, dia masih mengenali saudara.

    Pengalaman pertama kali berjumpa beliau apatah lagi ketika itu juga beliau ditangkap amat mengujakan, kerana beliau menepuk paha saya seolah-olah mengenali saya, lalu saya sms anak-anak murid rapatnya, “Kalian ada cerita apa-apa tentang aku kah kepada Ustaz Rasul?” Mereka kata tiada, cuma kata mereka boleh jadi ustaz nampak gambar enta di internet.

    Dan beberapa bulan selepas itu bertemu lagi, dan dia masih mengenali dengan memanggil nama. Hatta beberapa kawan saya pun yang mungkin itu kali kedua bertemu, dia masih ingat nama hatta kursus pengajian yang diambil. Mana-mana yang takhasus bidang agama, beliau muliakan dengan memanggil gelaran ustaz walau belum tamat degree.

    Ini sedikit coretan perkongsian pengalaman bersama Ustaz Rasul Dahri, seorang dai’e senior yang sangat tegas tetapi pelembut apabila kita berjumpa secara jaga dengan beliau.

  2. faridul says:

    Wa’alaimus salam wbt. akhi Masri.

    Terima kasih berkongsi kisah dengan Ustaz Rasul Dahri. Seebtulnya antara kelebihan orang “besar”, ialah tiada orang yang “kerdil” di sisi mereka. Cuma, semacam manusiawi untuk orang-orang “kerdil” merasakan sedemikian.

    Ada seorang ikhwah berkongsi kisah tentang KH Rahmat Abdullah. Di dalam buku kumpulan Helvy Tiana Rossa itu, ikhwah tersebut, yang selalu mengikuti program selain kuliah suboh “Sang Murabbi” itu terkejut tatkala dia disapa oleh Ustz rahmat dengan memanggil nama penuhnya. Walhal, dia hanya sekali memperkenalkan dirinya pada Ustz rahmat (kalau tak silap ana, begitulah kisahnya).

    Kisah ana di atas sekadar coretan sekaligus bisikan hati insan-insan “kerdil” seperti ana, tanpa menjejaskan ke”agungan” orang-orang besar, tokoh-tokoh semisal yang ana sebutkan di dalamnya. 🙂

  3. kyokusanagi says:

    manusia gembira bile diberikn perhatian..lebih2 lgi dr orang2 yang kita hormati..kdg2 perbuatan manusia2 ‘hebat’ ini ie ingat nama kita,call kita out of a blue dpt meninggalkn ‘kesan’ yg mendalam pd hati insan2 ‘kerdil’ walaupun perkara tersebut hnylah berlaku sekejap shj..

    dan itulah yg sentiasa diajar dlm amal jama’i..ttg bagaimn menyentuh hati manusia..krn hati2 manusia yg tersentuh lebih mudah utk menerima seruan..bak kata org,sentuhan yg ‘basah’,bukan sentuhan yang ‘kering’..

  4. Faridul says:

    Akhi kyokusanagi, anda benar!

  5. tono says:

    akhi..

    iA dlm sedikit masa perlukan pertolongan enta..

    tts

  6. abu_affan says:

    Faridul,, nnt kita lepak TTS. kenal2 dengan sheikh2 dakwah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s