[serial ukhwah]: Man In The Mirror

I’m Starting With The Man In The Mirror,
I’m Asking Him To Change His Ways
No Message Could Have Been Any Clearer
If You Wanna Make The World A Better Place
Take A Look At Yourself And Then Make The Change

-Michael Jackson  “Man In the Mirror”

Antara kebaikan rancangan reality t.v ialah, ia memaparkan realiti masyarakat kita dewasa ini. Sebuah komuniti yang teramat kemaruk terhadap hiburan. Sebuah masyarakat yang teramat sangat perasan. Dan, sebuah umat yang pantang diberi peluang, mereka akan menggalas tugas dan peluang itu semacam merekalah pakarnya: itulah peluang menjadi pengkritik!

Itulah sebabnya, oleh al-Quran, ALLAh Azza wa Jalla telah memperingatkan kepada umat Muhammad, jangan sampai seruan kepada kebaikan itu, bersifat hanya “memancar”, tetapi tidak pula berperanan untuk “memantul” (al-baqarah [2]:44). Juga, amaran betapa kebencian ALLAH itu cukup besar, andai kritikan yang diberikan oleh kita, justeru akan turut kita terima andai kitalah peserta rancangan reality t.v tersebut (as-Shof [61]:2-3). Lantas, ALLAH SWT pun memperingatkan kita, betapa jika yang kau harapkan adalah perubahan, mulakanlah dengan dirimu sendiri;

“ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”

(Surah ar-Ra’d [13]:11)

Nah, mengkritik memang mudah, tetapi kesiapan dan kesedian untuk menerima kritikan, itu berat lagi perit sekali. Sebabnya mudah: kita tidak siap berubah, tapi sering mengharapkan perubahan itu disiapkan untuk kita. Kita tidak sedia berjuang, lantaran perubahan itu memerlukan kita hidup dalam sebuah perjuangan. Natijah ketidak siapan untuk berjuang ini mudah: matilah kalian, sebelum Rabb-mu kelak menghidupkan generasi baru daripada kalian (al-Baqarah [2]:243).

Mungkin itulah sebabnya ada doa yang indah ketika kita menghadapkan wajah kita di hadapan cermin: Ya ALLAH, sebagaimana Kau perindahkan wajahku, perindahkan pula akhlaqku! Kerana tanpa doa sedemikian indah, wajah-wajah di cermin itu kekal perasan, lalu dengan keperasanan itu, mereka tidak mahu melakukan perubahan.

Maka doa sedekian itulah “message”nya. Mesej yang, sedemikian jelas, tertuju buat “man in the mirror.” If you want to wanna make the world a better place, jangan hanya tahu berkata atau menyuruh, tapi take a look at your self, and make the change! Terima kasih “raja pop” kerana mengingatkan kami tentang cermin itu!

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s