[serial ukhwah]: Jin Notti

[serial ukhwah]: Dakwah Tanpa Paksa

 

Ada satu kisah berharga yang harus diperhatikan buat mereka yang belum bisa berdakwah dengan rela. Itulah kisah para Jin, yang demikian Nabi SAW berqiamullail dalam perjalanan dakwah pulang daripada Thaif, mereka justeru turut serta mendengarkan bahasa indah al-Quran yang dilantunkan oleh baginda.

 

Iya, mereka mendengar, bahkan khusyuk mendengar. Kerana pada mereka, bahasa al-Quran itu “ajabaa” ajaib (al-Jin [72]:1). Bukan kerana ia dilafaz semerdu Mari Bertarannum TV9, atau diserikan selingan jenaka Mari Mengaji, tetapi kerana keindahan bahasa dan mesejnya justeru membawa kepada “ar-Rusyd” petunjuk dan pedoman, yang jelas lagi mencerahkan (al-Jin [72]:2). Hingga, kekaguman para Jin itu membawa mereka kepada sebuah kesimpulan, betapa jalan keimananlah yang harus mereka raih, dan segala macam kesyirikan yang diadat tradisikan kepada mereka (al-Jin [72]:4), justeru sudah sampai ke tarikh luputnya.

 

Bukankah menarik, betapa Nabi SAW, di dalam qiamul lailnya itu, tidak menyedari akan kehadiran para Jin itu. Jika bukan kerana wahyu ALLAH  (lewat Surah Jin dan al-Ahqaf), mungkin ar-Rasul sekadar mengulangi kenikmatannya sehari-harinya: berteduh mengadu kepada rabbnya di malam hari. Jelas, betapa para Jin itu beroleh tarbiyah atas usaha dan inisiatif mereka sendiri, tanpa harus menerima arahan mahupun sebarang bentuk paksaan, seperti yang sering dilaku arahkan dalam kelompok masyarakat manusia dewasa ini. Bahkan, tanpa perlu disuruh, mereka lantas menyampaikan Qur’anan ajaban ini kepada sahabat taulan mereka.

 

Mereka, para kroni Jin Notti ini, benar-benar hidup dalam kenikmatan. Kenikmatan mendengarkan ayat-ayat tarbiyah penyejuk hati, dan kenyamanan mewarisi tugas para anbiya’ wal mursalin: itulah dakwah tanpa paksa! Ertinya, mereka tidak memerlukan masa yang lama untuk berkongsi keindahan mukjizat al-Quran bersama teman-teman mereka. Juga tidak perlu ilmu dan ijazah panjang berjela untuk memahami keajaiban al-Quran, hingga pantas Kitab itu membimbing dan menunjuk jalan pada mereka. Yang mereka perlukan hanya satu: hati yang penuh dengan cinta, dan kerana cinta itu mereka merasakan nikmatnya berukhwah. Dan kerna ukhwah itu, mereka harus berkongsi. Lalu, timbullah kisah ini: dakwah tanpa paksa.

 

jin

Hingga, dek kerana dakwah di belahan bumi mana pun, atau di celahan alam mana pun, tak kan pernah kenal erti mudah, para Jin pun harus meredah semak duri kesulitan, demi memahatkan cinta mereka pada kanvas bernama “istiqamah.”

 

Dakwah tanpa paksa, itulah rahsia istiqamah. Dan penuh rela itu justeru lahir dari hati yang cinta. Cinta pada ayat-ayat ALLAH dahulu, kerana ALLAH jualah yang kelak mengilhamkan kepada jiwa-jiwa agar berkongsi mesej cinta ini pada yang lainnya. Mahukah anda menjadi lawannya “Jin Notti” yang bernama “Jin Da’ie”?

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to [serial ukhwah]: Jin Notti

  1. nurlailiyusof says:

    kecintaan kepada dakwah perlu dipupuk.
    menerangkan kepentingan dakwah kepada diri serta orang lain akan membangkitkan semangat dan keimanan dalam diri. insyaAllah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s