Belajar daripada Sulhul Hudhaibiyah (siri 1)

Belajar daripada Sulhul Hudhaibiyah (Siri 1)

Mari kita selak kitab-kitab Tafsir, pada surah ke-48 di dalam al-Quran, iaitu surah al-Fath. Juga tidak ketinggalan membelek kitab-kitab yang mampu belajar daripada sirah, seperti Fiqhus Shirah-nya Ramadhan al-Butty, atau Manhaj Haraki-nya Syaikh Munir Muhammad Ghadban, lalu kembali merenung dan kembali mengingat, betapa al-Quran itu justeru adalah mukjizat Nabi SAW yang kekal lagi relevan sepa njang zaman. Dek kerana keajaiban al-Quran ini –yang turut dirasakan “penangannya” oleh para Jin (surah al-Jin [72]:1)- kelak akan tampak betapa sirah nabawiyah telah ditentukan oleh ALLAh sebagai guideline sekaligus benchmark bagi umat kemudiannya, termasuk masyarakat moden yang kita diami hari ini.

 

Menyikapi Penghinaan Terhadap Islam

Saksikanlah sendiri sikap para Quraisy. Begitu mereka –yang ternyata advantage berada di pihak para mukminin- hendak mengajukan perdamaian Hudhaibiyah, mereka pulalah yang demand dengan tuntutan yang tentunya mengguris hati para mukminin. Penghinaan yang lebih dahsyat dari sekadar seorang ADUN cina membacakan ayat al-Quran, atau tulisan kaligrafi ayat-ayat Injil, atau terbinanya sebuah kuil buat masyarakat Hindu di kawasan setempat bermajoriti Melayu, dan lain-lain isu yang masyarakat kita dewasa ini menanggapinya sebagai sebuah penghinaan, iaitu ketika pemuka Quraisy, dikepalai Suhail, menolak untuk menuliskan kalimah “Ar-Rahman ar-Rahim” pada kalimah “Bismillah”, selain menolak menuliskan kalimah “Rasulullah”, pada kalimah Muhammad SAW. Betapa terlukanya para sahabat, demikian menanggapi penolakan dan permintaan ini. ”Jangan tulis kecuali Muhammad rasulullah” jerit Usaid B. Khudhair dan sa’ad Bin Ubadah –radhiyallahu ‘anhuma– selain Ali r.A sendiri sebagai penulis dokumen perjanjian, tidak sanggup untuk memadamkan tulisan “rasulullah” yang telah ia tuliskan. Lalu, siapakah yang kemudiannya memenuhi tuntutan para pemuka Quraisy ini? Rasulullah!

 

Sekali lagi, advantage berada di pihak mukminin. Sedang shaf musyrikin Quraisy di Mekah, sudah begitu tergoncang, mungkin ke tahap memerlukan EGM dilaksanakan. Dan permintaan para pemuka Quraisy itu, dengan penafian tentang sifat ketuhanan dan peranan kerasulan, sangat menghina kalau ditembakkan ke masyarakat kita hari ini. Lantas, apa-apaan yang membuat Nabi SAW mengalah sahaja? Jawapannya: kemaslahatan dakwah!

 

Apakah permintaan para Quraisy itu suatu “penghinaan” yang tidak boleh ditolak-ansurkan, berbanding peluang penyebaran dakwah yang terbuka luas, begitu “permintaan” kecil itu diperturutkan? Nah, apakah kes-kes “penghinaan” terhadap islam yang kita hingar-bingarkan itu memang merupakan isu pokok, atau justeru isu ranting, yang dengan pendekatan serba menghalang yang kita prefer, bahkan menjauhkan para non-Muslim daripada merasakan kenyamanan, keindahan, dan  ke”mesra rakyat”an Islam? Mungkin strategi dakwah Nabi Saw dalam isu sulhul Hudhaibiyah ini bisa kita simpulkan lewat sebuah kaedah fiqih yang sering diguna pakai: darul mafasid aula min jalbil masholih (menolah mudaharat itu lebih diutamakan berbanding mencari manfaat).

 

Daripada pengalaman saya, pertandingan-pertandingan menulis khat pun, tidak semestinya mencatatkan kaligrafi ayat Quran mahupun hadith. Bahkan, banyak kali kalimah yang diminta untuk dikaligrafikan, justeru sekadar pepatah melayu sahaja. Nah, adakah pepatah melayu yang dikaligrafikan juga termasuk penghinaan terhadap islam? Jika bukan, adakah kerana sifat nasionalis kita menyebabkan kita selamanya merasakan Melayu itu islam, hingga kita bising jika orang cina atau india atau omputih memilih mengekalkan nama asal mereka biar pun telah memeluk islam, atas alasan nama asal mereka itu tidak mempunyai makna, tetapi kita tidak kisah tatkala orang melayu pun ramai menggunakan nama tradisional yang tidak mempunyai makna? Apakah makna nama-nama seperti Awang? Tengku? Wan? Nik? Daeng? Dayang? Danielle? Dan sebagainya?

 

Nah, apakah masalahnya Bible dikaligrafikan seperti mana pepatah melayu dikaligrafikan, berbanding penolakan para Quraisy ketika sulhul Hudhaibiyah iyang menolak istilah “ar-rahman ar-rahim” dan “rasulullah” daripada digunakan?

 

Benarkan mudharat kaligarfi Bible lebih besar dan mampu membawa kepada kerosakan aqidah, berbanding mudharat sikap melarang ini yang bisa memberikan impak dan tanggapan yang lebih buruk tentang islam terhadap non-Muslim Negara ini? Manakah yang lebih membawa kemanfaatan dan momentum dakwah seperti kebijaksanaan Rasulullah SAW di Hudhaibiyah, yang kemudiannya membawa kepada acceleration dakwah dan fathu mekah?

 

Ternyata banyak yang relevan, yang mampu di offer sirah nabawiyah kepada kita. Sudikah kita belajar daripadanya?

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Belajar daripada Sulhul Hudhaibiyah (siri 1)

  1. nurlailiyusof says:

    baru-baru ini di turki mahasiswa ditangkap kerana melempat telur kepada duta besar israel.
    Aksi itu mereka lakukan sebagai bentuk protes atas kejahatan Zionis Israel terhadap rakyat Palestina.
    apakah ini tindakan tidak wajar.?
    apa cara sebaiknya menghadapi mereka?

    leilyusof

  2. faridul says:

    ukhti nurlaili,

    pandangan peribadi saya, tindakan mahasiswa tersebut tidak memberi efek dari segi dakwah kerana:-
    1) duta besar israel, adalah kafir harbi, yang sedang diperangi
    2) saya tidak nampak bagaimana tindakan itu boleh membantutkan usaha dakwah atau memberi imej tak elok pada islam, sebab umum tahu (termasuk non muslim) siapakah zionis israel

    sekadar pandangan peribadi yang still open for discussion.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s