Belajar daripada Sulhul Hudhaibiyah (Siri 2)

Belajar daripada sulhul Hudhaibiyah (Siri 2)

Seperti belajarnya Parti Islam untuk melakukan tahalluf siasi (kebijakan politik?) daripada peristiwa ini, maka seperti itu jugalah Parti Islam serta gerakan islam harus belajar untuk menjauhi salah satu sifat yang menonjol daripada sikap masyarakat Quraisy, begitu Rasulullah Saw dan sekitar 1400 sahabatnya berangkat menuju ke Makkah: sikap suka berperang yang tidak berkesudahan.

 

Ta’addud Jamaah

Alangkah baik lagi mulianya andai gerakan Islam di Malaysia belajar daripada “sumber rujukan” mereka –siapa lagi jika bukan ulama’-ulama’ al-Ikhwan- akan bagaimana menyikapi ta’addud atau kepelbagaian jamaah dan gerakan islam di Negara ini: apa lagi jika bukan kaedah Rasyid redha “kita bekerjasama dalam hal yang kita saling sepakati, dan saling berlapang dada dalam hal yang tidak kita sepakati.”

 

Kerana sikap anti dan dendam kesumat, yang menatijahkan sikap saling memburuk-burukkan, saling haling-menghalangi anggota daripada turut serta dalam program yang bukan anjuran jamaahnya, serta sikap meng-claim bahawa betapa merekalah jamaah Islam yang dimaksudkan oleh rasulullah, justeru adalah ungkapan hina pasukan quraisy, yang bersikap “reaktif” dan “offensive” terhadap keberangkatan umat Islam untuk berumrah. Walhal, umat Islam sudah pun memakai pakaian ihram. Walhal, umat Islam tidaklah menggendong pedang. Walhal, sudah sedemikian jelas betapa umat islam tidak menghendaki peperangan melainkan memasuki Makkah secara aman, namun, fobia Quraisy terhadap “aura” umat islam inilah (izzah ‘alal kafirin, seperti disebut surah 5:54) yang –oleh Nabi SAW- berkata: “rupanya orang-orang quraisy sudah semakin surut dan menjadi buta kerana peperangan.”

Nah, bukankah jika yakin akan mantapnya tarbiyah kita, betulnya niat dan tujuan jundi kita dibentuk, serta jamaah kita sendiri solid dan berupaya, tentu hanya kerana sebuah program, jundi kita bisa beralih ke jamaah lain? Tapi, andainya kita sendiri sedar berlaku “kebocoran” di dalam jamaah kita, atau “penyimpangan” dalam tarbiyah kita, maka itulah yang mendorong kita fobia kerana merasakan betapa jundi kita akan “menemukan kebenaran”.

 

Atau, adakah justeru kita sudah ‘semakin surut dan menjadi buta” kerana pergaduhan, perbalahan, dan pertentangan, sehingga untuk bersama gerakan islam di dalam shaf lain, adalah satu kemustahilan yang telah kita sendiri cipta di dalam mind-frame pemikiran kita, sejak daripada awalnya?

 

 

Akhlaq dan hikmah tidaklah bereti berlemah lembut

Biasakah anda dengar, para “pengkritik AF” dunia dakwah, yang melihat sebarang perkataan kasar, ataupun penegasan bahasa, sebagai pendakatan tidak berhikmah, atau tidak berakhlaq? Mari kita lihat kata-kata seorang sahabat Nabi yang lemah-lembut –itulah Abu Bakar R.A- tatkala Nabi Saw berunding dengan salah seorang wakil quraisy, Urwah bin Mas’ud ats-Tsaqafy, tatkala ia mendatangi baginda memulakan perundingan.

 

Demi mendengar Urwah cuba memprovokasi Nabi dengan mempertikaian kesetiaan para Muhajirin, pantas Abu Bakar yang mulia berkata: “Hai Urwah, hisaplah darah batu berhalamu si Latta hingga mati! Kau kira kami akan lari meninggalkan dia?”

 

Aduh, tidakkah kalian merasakan ayat abu Bakar itu justeru kasar, wahai para “pakar” dakwah hikmah? Atau, ketika Nabi SAW menerima cabaran Abu Rukanah untuk bergusti dengannya, yang jika ar-rasul menang, barulah ia akan memeluk Islam, sebagai kaedah dakwah yang tidak berakhlaq? Walhal, Nashiruddin al-Albani pun turut merakamkan kisah itu di dalam sahih sirah nabawiyah-nya!

 

 

Jadikanlah keseluruhan pendekatan dakwah Nabi SAW sebagai panduan, demi memahami apa itu Islam. Kerana bukan hanya ada kisah Nabi SAW menyuguhkan makanan kepada wanita Yahudi yang sering menghinanya, tetapi ada juga ketegasan nabi Saw yang ingin membakar rumah-rumah orang yang tidak mahu menunaikan solat secara berjemaah, di dalam lebaran sirah junjungan yang mulia. Maka hikmah itu terletak pada kondisi yang mana untuk kita gunakan pada kehidupan kita.

Advertisements

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s