Susu

Susu

-Gambar Hiasan-

Saya perhatikan saja anak saya, si kembar adik itu menyusu. Menyusu hingga puas. Selagi dia belum puas, selagi itu dia tidak mahu tidur. Saya mahu dia tidur, kerna selain saya juga keletihan dan mahu melelapkan badan, dia juga harus beroleh tidur yang secukupnya.

Ya, dia sudah makan nasi. Tapi susu tetap tidak boleh dia tinggalkan. Tidak ada salahnya, lantaran susu memang berkhasiat, lagi berzat, selain menjadi makanan ruji untuknya.

Bahkan efek dan kesan buat para bayi yang kekurangan susu, boleh membawa penyakit yang bermacam-macam. Antaranya, yang sering tidak disedari oleh kebanyakan mak ayah, ialah tulangnya akan menjadi lemah, hatta tatkala ia sudah menginjak usia dewasa.

Nah, sebegitu penting susu buat sang bayi, maka sebegitu penting jugalah tarbiyah untuk sang dai’e. Kerna susu menjadi proses seumur usia bayinya, yang tidak bisa ditinggalkan atas alasan sibuk, banyak assignment, mahu periksa, dan seumpamanya, begitu jugalah dengan tarbiyah. Kurangnya tarbiyah, mengakibatkan penyakit osteroposis (entah camane mengejanya. Pokoknya, lemah tulang) terhadap jiwa dan pengalaman para aktivis.

Memang, tarbiyah bukanlah segalanya. Seperti seorang bayi turut disuapkan dengan nasi, atau kentang, atau sayur, atau jajan (cekedies bak kata sesetengah orang), tetap susu tidak boleh kita pingirkan. Terpulang anda mahu berpolitik atau berekonomi atau berteknologi, seperti juga susu, masakan tarbiyah bisa anda lupakan?

Maka kata Imam Mursyid Syaikh Musthafa Masyhur, tarbiyah iya memang bukan segala-galanya. Tetapi segala-galanya tidak akan pernah Berjaya, tanpa tarbiyah.

Hadamkanlah susu itu wahai anakku. Dan biarkan mata lena, agar tubuhmu sihat untuk menghadapi hari esok.



About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to Susu

  1. syaima' says:

    sekadar perkongsian..
    ia adalah osteoporosis, bukan “osteoroposis”.
    senaman menaiki tangga juga adalah baik untuk mengelakkan osteoporosis di samping menjaga sumber kalsium untuk tulang…

    • faridul says:

      Jazakillah khairan ukhti syaima’. artikel tu ana tulis secara spontan, tanpa membuat rujukan terlebih dahulu. memang kebelakangan ni artikel-artikel ana semuanya ditulis spontan lalu terus dipublish tanpa dibaca ulang.

      Input-input sebegini memang amat dialukan lagi dihargai.

  2. naili says:

    tarbiyah adalah merupakan ikan dan air.
    seseorang yang mendapatkan tarbiyah akan mengetahui bertapa tinggi nilainya sehingga tidak dapat ditukar ganti. sehinggakan merasa melihat orang lain yang tidak bersama dengannya adalah orang yang rugi. dan dia berusaha mengajak yang lain untuk bersama. khafilah tarbiyah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s