[mari membela islam]: Jauhi Wahabi?

Jauhi Wahabi?

Entah apa yang difikirkan oleh “ahli-ahli” agama tatkala menulis. Atau berkata. Atau bertindak. Konon tindakan mereka untuk mengelak masyarakat umum menjadi keliru dengan kenyataan sesetengah “ahli agama”, tapi mereka mungkin tidak sedar, tindakan mereka itulah yang justeru menjadikan masyarakat umum semakin keliru. Lihatlah saja kontroversi yang melanda Dr. Asri (MAZA) baru-baru ini.

 

Apa pun alasannya, tentu semua orang akan setuju bahawa isu penangkapan MAZA bukan sekadar kerana beliau tidak mempunyai tauliah, tetapi yang lebih menggusarkan, beliau membawa pemikiran Wahabi yang tidak sesuai kepada masyarakat umum yang belum mengerti.

 

Lalu, penangkapan ini kemudian disoroti dengan artikel tentang bahaya Wahabi oleh akhbar. Kemudian, yang lebih malang lagi, bekas presiden sebuah gerakan islam turut masuk campur dengan artikel yang senada, konon niatnya baik lantaran ajaran MAZA dianggapnya mengelirukan orang, mungkin mereka “ahli agama” tidak sedar bahkan tindakan-tindakan mereka itu jugalah yang lebih memeningkan rakyat marhaen kini.

 

Yang saya tertarik, adalah kenyataan sekitar Wahabi. Satu mengatakan bahawa Wahabi itu bertentangan dengan ahli sunnah wal jamaah. Entah tang mana yang bertentangan, saya pun tidak pasti. Mungkin maksud dia ialah, Wahabi bertentangan dengan “ahli sunat-menyunat” kot.

 

Yang satu, di sebuah syarikat O&G tersohor, mengulas, bahawa MAZA ditangkap kerana beliau Syiah! Yang lebih lucu, ada yang tidak pandai menyebut MAZA kena tangkap kerana dia wahabi, lalu menyebut MAZA kena tangkap “kerana dia imam mahdi!” Huhu… umat oh umat.

 

Saya tertanya, justeru apakah ciri-ciri Wahabi? Lalu orang jawab, Wahabi ni mereka yang menolak tahlil arwah, menolak baca Yasin malam Jumaat, menolak berzikir jahar selepas solat, menolak qunut solat Subuh. Semua itu, menurut puak Wahabi, adalah bid’ah yang terlarang. Saya Tanya lagi, apakah cirri-ciri Syaikh Muhammad Abdul Wahab, sang pengasas wahabi? Setahu saya, beliau berjuang menolak perkara khurafat yang sedang hangat mempengaruhi masyarakat, seperti puja kubur dan sebagainya. Berdasarkan scenario itu, maka dapat difahami kenapa dia tegas sedemikian. Ada pun tentang Yasin, tahli dan sebagainya, setahu saya dia tidak membid’ahkan orang lantaran dia bukan mazhab kita Syafi’e yang mengamalkan semua itu, bahkan masyarkat sekitarnya pun tidak bermazhab syafi’e yang mengamalkan hal itu, hingga boleh marah andainya Syaikh Wahabi melarang masyarakat melakukan semua itu. Lalu, siapa pula yang mengatakan ciri-ciri Wahabi yang disebutkan tadi, memang adalah cirri-ciri khusus dakwah Syaikh Muhammad Abdul Wahab?

 

Itulah masalahnya kita. Jika kita kaji betul,betul, seseorang itu tidak menjadi Wahabi sekadar tidak berzikir lepas solat, atau berqunut, atau bertahlil. Tetapi, dia pasti dilabel Wahabi andai dia ingin beramal dengan Islam, berdasarkan dalil. “Apa hadith untuk buat benda ni?” “Ulamak mana yang kata sunnah buat perkara ini?” dan sebagainya. Nah, apakah kerana mahu beramal berdasarkan dalil, dia menjadi Wahabi? Adakah berhujah berpandukan dalil Quran dan Sunnah, bertentangan dengan ahli Sunnah wal Jamaah.

 

Di sinilah kita semaikin keliru. Melihatkan gelagat dan peperangan “ahli agama”. Kerana berbeza pendapat, lalu ada usaha haling-menghalang. Cantas-mencantas. Cela-mencela. Walhal kontraktor kuffar berbeza bidang saja, boleh berkerjasama di bawah satu projek besar untuk menjayakan projek tersebut. Tidak pula sang kontraktor bangunan kata “jauhi kontraktor M&E” atau kontraktor jalan mengatakan “kontraktor saliran bertentangan dengan hali kontraktor wal jamaah”. Tetapi, professionalism ahli dunia ini, ternyata tidak bisa disambut oleh “ahli akhirat.” Mengapa?

 

Maka, bagaimana bisa saya jauhi Wahabi, sedang ayah saya kan namanya Abdul Wahab?

Advertisements

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

7 Responses to [mari membela islam]: Jauhi Wahabi?

  1. technicboy says:

    salam…
    artikal psl wahabi yg ana tunggu2 akhirnya kuar jgk..
    brtmbah input yg ana dpt…
    tp leh ana tanya tak..coz yg ana tgk yg byk crita pasal yg tak elok ttg wahabi nie syeikh2 pondok..
    coz member2 ana yg ngaji pondok suka sgt pengaruhi dan crita tak elok ttg wahabi..walaupon ana pon tak tau sgt psl wahabi nie..
    and ikwah2 seangkatan ana plak, takder plak crita benda2 cm tue…tue yg confius byk tue..hmmm…

  2. faridul says:

    Wa’alaikumus salam warahmatuLLAH

    Akhi technciboy,
    1) terima kasih kerana menjadi antara pengomen setia blog ana. Sokongan anta sangat dihargai
    2) Dakwah ni sulit biar pada sapa pun. Maka untuk menghadapi geng-geng pondok yang anti wahabi, jika boleh ana cadangkan, elakkan dulu bincang hal-hal wahabi atau furu’. Tapi kembalikan/ setujukan mereka bahawa nak berbicara tentang Islam, adalah dengan dalil. Bila dah setuju, barulah perlahan-perlahan kita terangkan. Wallahu a’lam.

  3. ii says:

    masih tercari-cari lagi gambar kenangan bersama MAZA 4-5 tahun lepas di KGPA, antm ada simpan x? ingin juga di label MAZANI…walaupun ana Mizani…

  4. ii says:

    masih tercari-cari gambar kenangan bersama MAZA ketika di KGPA 4-5 tahun lepas, anta ada simpan x?
    ingin juga dilabel MAZANI…walaupun saya MIZANI

  5. ikhwanjamal says:

    hehe.. ana suka ayat yg last 2.. ye x ye jugak ye.. susah2..
    : P

  6. jANI says:

    best website ever i like how this blogger susun ayat n cerita!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s