[serial nikah]: Penghormatan terhadap para wali

[serial nikah]: Penghormatan terhadap para wali

 

Lihatlah betapa Islam memartabatkan peranan sang ibu dan sang ayah, hingga meletakkan “wali” sebagai salah satu arkanul nikah (rukun nikah). Bukan berti sang wali memegang hak mutlak dalam penentuan terlaksananya akad nikah, ijab Kabul, berseminya cinta dua jiwa –kerna di sana, masih ada yang namanya wali hakim- tetapi justeru antara justifikasi yang paling paripurna tentang betapa essentialnya wali di sana boleh disumpulkan seperti berikut: penghargaan terhadap ibu dan bapa!

 

Lantas, buat anak-anak muda yang sudah semakin lupa akan segala jasa dan pengorbanan para orang tuanya, lantaran sudah mabuk dilamun “cinta”, Islam ingin menarik kembali mereka kepada suatu hakikat yang sudah semakin dilupakan: bahawa perkahwinan itu bukan hanya melibatkan dua jiwa, bahkan ia turut melibatkan dua keluarga.

 

Hingga, demikian Yusuf Qardhawi menyingkapkan rahsia pernikahan Nabi Saw dengan isteri-isterinya, Fatwa Muasshirah merakamkan betapa antara rahsia pernikahannya itu justeru didorong oleh niat dakwah terhadap keluarga dan kabilah isterinya. Betapa pernikahan, bisa membawa seluruh keluarga sang pengantin untuk tunduk menyungkur di hadapan Tuhan Yang Maha Esa.

 

Bukankah Abu Thalhah menyemai cinta jihadnya dengan Ummu Sulaim, diawalnya berdasarkan cinta manusia, sebelum tersemai lalu bercambah menjadi cinta yang Esa? Hingga, para ahli rijalul hadith menyatakan, Ummu Sulaim justeru meletakkan syarat kepada Abu Thalhah, yang ketika itu masih kafir, untuk menjadikan Syahadahnya sebagai mahar perkahwinan. Apakah yang terjadi kemudian? Abu Thalhal keluar di jalan jihad, untuk pulang mendapatkan anak yang ditinggalkannya dalam keadaan sakit, sudah kembali menuju haribaan Tuhannya. Tidak cukup besarkah jiwa jihad seperti itu? Yang, kemudian didoakan oleh Nabi SAW moga beroleh zuriat para huffaz belaka, demikianlah bab Sabar Riyadhus Shalihin merakamkan.

 

Atau, hikmah hanya lelaki dibenarkan menikahi wanita ahli kitab, berbanding pengharaman untuk wanita melakukan sebaliknya, bukankah untuk sebuah urusan dakwah? Bukankah mengharapkan penikahan itu, justeru membawa sang isteri ke pangkuan Islam?

 

Indahnya pernikahan, kerana membawa sinar Keislaman, sinar persaudaraan, sinar persahabatan kepada dua keluarga. Atau masyarakat sekitarnya. Atau Negara jua. Hanya, ketika hikmah kekeluargaan dihargai dalam pernikahan.

 

Nah, masih mahu mengabaikan para wali, orang tua kalian?

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

5 Responses to [serial nikah]: Penghormatan terhadap para wali

  1. adik says:

    boleh ana request tajuk tentang kelembutan. kelembutan yang syumul.?

    • faridul says:

      adik, maaf, saya kurang faham maksud adik tentang kelembutan yang syumul. Boleh tak adik tolong elaborate sikit, sambil2 bagi input sikit, supaya saya menulis tentang hal tu?

      Saya pun masih belajar lagi sebenarnya. Memang menarik tajuk kelembutan yang syumul yang adik cadangkan tu. Saya jadi berminat pulak…

      Jazakallah khairan

      • adik says:

        contoh dua sahabat : Abu Bakar dan Umar

        Abu Bakar lembut, tapi masa memerangi orang yang tidak mengeluarkan zakat dan murtad.

        umar pula kasar tapi banyak kata-katanya dibenarkan melalui wahyu, contoh tertolaknya pendapat abu bakar dan Rasulullah dalam peristiwa memperlakukan tawanan.

        huh, confuse. apa erti kelembutan yang sebenar. dan berprinsip.

  2. faridul says:

    wah…menarik adik, adik.

    sebenarnya abu bakar pernah menunjukkan ketegasannya ketika Sulhul hudhaibiyah. Ketika dia sound urwah dulu. begitu juga dengan rasulullah, yang pernah bergusti dengan Abu Rukanah dengan syarat, kalau Nabi SAW menang, Abu Rukanah akan peluk Islam.

    Maka jika tanya saya, kelembutan yang diinginkan ialah seperti yang disebut dalam surah 5:54 dan surah 48:29.

    Wallahu a’lam. Mungkin adik sendiri boleh tulis artikel. Nampak berbakat dengan idea yang bernas. Kemudian boleh emailkan ke saya, insyaallah kalau memuaskan, saya boleh publish di sini.

  3. technicboy says:

    salam..
    wah..skrang dah leh request tajuk yaaa…
    nanti leh ana request gak…hehehe…
    p/s:mudah2an leh membantu dlm memberi bahan..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s