[serial nikah]: Walimah pengelak fitnah

[serial nikah]: Walimah pengelak fitnah

Tentu ada hikmah yang penting, hingga Nabi Saw mewajibkan kehadiran ke walimah. Sebab, sifat walimah itu sendiri, terkandung seribu satu makna yang luar biasa.

 

Bukan, bukan untuk bermewah-mewah sambil membazir tujuannya. Atau, mendapatkan “pendapatan tambahan” hingga menjemput hanya sang kaya lalu meminggirkan sang faqir perancangannya. Atau, menjadi tempat di mana “harga” yang tinggi untuk sang pingitan lewat hantarannya itu, dilaburkan sepuas-puasnya. Tidak, tidak!

 

Tetapi, justeru antara sebab yang paling jitu dianjurkan, atau di sunnah muakkadahkan walimah itu –demikian menurut jumhur- sebagai sarana “pengiklanan” kepada umum, akan telah bersatunya dua mempelai. Bertemunya dua jiwa. Bersamanya dua raga. Pungguk tidak lagi perlu merindukan bulan. Laila sudah bisa siuman dari majnunnya yang berpanjangan.

 

Pengiklanan, justeru hal itu sangat perlu. Kerana sifat Islam, sejak awal lagi ialah sadduz zara’i, yakni menutup pintu fitnah. Islam tidak hanya mahu menghukum para pemfitnah dengan dosa yang lebih afdhal dari membunuh, tetapi Islam justeru sangat bersungguh untuk menghalang umatnya daripada memperoleh dosa tersebut. Itulah sebabnya, lorong-lorong yang bisa membawa kepada fitnah sahaja, pun disuruh untuk ditutup.

 

Nah, bagaimana mungkin aktivis dakwah dewasa ini. Merasa dirinya serba serbi sempurna, dan para ibu bapanya seakan terlalu hina. Lalu, memilih perkahwinan rahsia, demi mengelak campur tangan dan halangan daripada keluarga. Ke mana hilangnya syariat walimah? Ke mana perginya pengiklanan pengelak fitnah? Apakah dakwah itu justeru mewajibkan mereka menikah tergesa-tega, lalu menghiris hati ibu bapa untuk selamanya? Sejak bila walimah pula menjadi fitnah, walhal, justeru berahsia itulah penyebab fitnah?

 

Pengiklanan, itulah sarana kita bermasyarakat. Maka, tidakkah dakwah itu juga “ke” masyarakat? Dan pernikahan itu pun, langkah awal untuk kita reach out to masyarakat?

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

4 Responses to [serial nikah]: Walimah pengelak fitnah

  1. adik says:

    ada ke pendakwah yang buat mcm tu…?
    ermm…(wondering)

  2. abu redha says:

    betul ke ada pendakwah sampai tahap macam tu? just nak tahu, untuk ambik ibrah…setakat pengalaman saya yang sederhana, saya berpandangan, kalau ada yang berperwatakan macam tu mungkin jemaah syadid dan sesat..wallahua’lam..tapi kalau ada pendakwah dalam jemaah yang berteraskan ‘tarbiyah’ buat macam tu..ngeri jugak tu..wali’yazubillah..

    Mohon diselamatkan Allah dari fitnah tehadap golongan pendakwah..

  3. Faridul says:

    akhi Abu Redha, jangan disalahkan jemaah. Salahkan individu, sebab terkadang jemaah dia tak mengiktiraf pun percaturan dia. Macam orang kita zaman sekarang yang dok berbalah pasal mazhab, padahal imam mazhab rilek je dan sangat open, bahkan saling menghormati imam mazhab yang lain.

    kebanyakan artikel ana ada semacam “asbabul wurud” atau kes-kes yang mendorong ana menulis. Terutamanya hal-hal bersifat fiqh, sebab blog ana bukan blog yang nak bicara hukum-hakam. tetapi, tu lah, terkadang ada “cerita” yang mendorong ana untuk mengutarakan nasihat di atas kes-kes terbabit.

    Maka, antm akan lebih memahami, kalau saja antm cuba memahami bahawa ada Cerita di balik cerita.

    Sama ada ini kisah benar atau tidak, ana rasa kalau pun ia tak benar, ia tak menghalang kita untuk mengambil ibrah, iaitu kepentingan menghormati ibubapa dalam membuat keputusan, ye kan? Wallahu a’lam…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s