[serial nikah]: Malang ibubapa hari ini

[serial nikah]: Malang ibubapa hari ini

Tidakkah kalian kasihan melihat mereka yang menjadi ibubapa hari ini. Serba-serbi salah. Serba-serbi tak betul. Masa tua mereka seakan kelam, dek kerana anak yang diasuh sejak di alam rahim, hingga beransur menginjak dewasa, tidak pandai menghargai diri, usaha dan perasaan insan-insan mulia ini.

Jika dulu, ibubapa mengimpikan anak yang terpelajar. Yang berpendidikan tinggi. Yang, semoga dengan ilmunya, ibu-ayah akan dimuliakan seperti seharusnya. Tetapi, ternyata panas yang diharapkan berkepanjangan, mendung tiba di pertengahan jalan. Fenomena anak kurang ajar, biadap, dan tidak beradab kepada ibubapa justeru tidak hanya dilakukan oleh anak-anak malas dan tidak berpendidikan, bahkan anak-anak terpelajar dan berpangkat tinggi pun bisa memarahi, menengking, dan memperlekehkan ibubapanya. Bahkan, sudah lebih daripada “uffin” yang dilarang oleh al-Quran (surah al-Isra’ [17]:23), menyangkut soal menjawab, memperlekeh sambil meninggikan suara kepada ibu-ayah mereka, hanya lantaran mereka merasa mereka lebih “tinggi”, lebih “mulia” daripada kedua insan yang banyak berjasa itu.

Lalu, trend impian orang tua bertukar kepada kecenderungan anak untuk beragama. Mereka menyangka, apabila anak-anak mereka mendekati agama, sejuk ibu mengandung itu, mudah-mudahan bisa menjadi saham pahala berterusan mereka di perkampungan abadi kelak, tatkala anak soleh mereka dengan jayanya tahu mendoakan kedua ibubapanya secara berpanjangan. Lantas tidak hairanlah sekolah-sekolah agama swasta, pusat-pusat tahfiz, dan yang sewaktu dengannya, menjadi pilihan ibubapa dewasa ini.

Namun, sekali lagi, sejuk ibu mengandung ternyata menjadi panas neraka selepas kira-kira suku abad kemudiannya. Anak-anak yang diharapkan membahagiakan diri dan perasaan ibubapa hasil dari pembentukan di dalam usrah, ceramah, atau sekolah dan pendidikan agama formal lainnya, bahkan berubah menjadi “aba wastakbar” (surah al-Baqarah [2]:34) lantaran merasa lebih mulia daripada mereka. Pada mereka (anak-anak), syeikh atau jemaah mereka adalah segalanya, bahkan melebihi nilai kemuliaan dan pengorbanan para ibubapa.

Tiba-tiba, pengajian mereka yang baru secumit cuma, seakan lebih berjasa berbanding pengabdian selamanya ibubapa untuk mengasuh dan mendidik mereka.

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap kedua ibubapa dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah ; “Wahai Tuhanku, sayangilah/ rahmatilah keduanya seperti mana mereka mentarbiyyah aku sejak aku masih kecil”

(Surah al-Isra’ [17]:24)

Kesedaran shohwah islamiyah (kebangkitan islam) mereka, Alhamdulillah telah menyedarkan mereka kepentingan nikah. Cuma, sayangnya, dalam menyedari kepentingan nikah, mereka seakan terlupa pula kepentingan berkeluarga. Walhal, nikah itu memangnya untuk membentuk keluarga. Dan bagaimana mahu berkeluarga, andai ibubapa anda sudah anda abaikan?

Alasan ibubapa tidak memahami atau menghalang niat suci kalian, atas alasan “tiada fikrah”, justeru tidak menjadi alasan untuk anda mengabaikan atau mengenepikan mereka daripada urusan pernikahan. Bahkan sering terjadi, menghalangnya ibubapa terhadap niat sang aktivis dakwah itu untuk menikah, memang ada asas-asasnya, yang memberikan kesimpulan kepada kita akan betapa concernnya mereka terhadap masa hadapan anaknya. Misalnya sang anak belum habis belajar, sang anak kurang bertanggungjawab, sang anak kelihatannya kurang matang, biarpun ego sang anak sebagai aktivis melihat dirinya itu dari kaca mata sebaliknya.

Oh ibubapa hari ini, malang sungguh nasibmu. Ada anak jahat pun salah. Ada anak soleh pun salah. Bagaimana agaknya nasib aku dan isteri, di kemudian hari?

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

4 Responses to [serial nikah]: Malang ibubapa hari ini

  1. aku says:

    As-salam.
    Ana rasa enta nie kena belajar tafsir ayat Al-Qur’an lagi…asyik tafsir ayat Al-qur’an semberono saja (baik enta sambung sijil pengajian al-Qur’an pulak kt UM). belajarlah dari kesilapan yang dilakukan oleh syed qutb dan insaflah. dalam perkahwinan restu dari pihak keluarga perempuan sahaja diwajibkan dan keluarga lelaki xperlu pun. bahkan jika pihak keluarga perempuan tidak setuju tetapi calon pengantin lelakinya itu baik maka wanita itu layak memohon wali hakim dari pemerintah. dalam hal ini tiada erti biadap pun jika pernikahan tanpa izin keluarga si lelaki. contohnya adakah enta dirasakan biadap jika kahwin lagi satu semasa outsatation tanpa pengetahuan famili enta dan isteri enta& sang isteri??? untuk pengetahuan enta hal itu dibenarkan dan pernikahan itu sah jika cukup syaratnya. Saidina Umar tidak merasakan Ibn Umar biadap bila Ibnu Umar pulang membawa isterinya kerumah untuk ditunjuk kpd saidina umar tetapi saidina umar merasa menantunya itu tidak cocok dgn anaknya lalu diperintahkan untuk diceraikan dan hal ini dipersetujui oleh Rasulullah (ana cadang pi sambung diploma syariah pulak..). Kalo lah ayah kita se’alim Umar maka tiada masalah untuk dia kecewa dan anak itu perlu runsing. Rugi je attend halaqah berhari-hari sampai bengkak mata, anak halaqah beribu-ribu, bagi pengisian berjuta-juta kali tapi xfaham agama.
    “Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan padanya, dia akan difaqihkan (diberi kefahaman) akan agamanya” (Al-Bukhari dalam kitab Al-Ilm, Muslim dalam Kitab Al-Zakat)

    • tono says:

      salam encik aku..

      konteks perbincangan adalah membabitkan mak ayah yg TIDAK sampai tahap tahu/faham akan konsep2 dlm syarak yg anda kemukakan..mereka bukan Umar yg sentiasa merujuk ar-Rasul s.a.w..mungkin bacaan solat pun mereka x faham maksudnya..so bertindaklah secara waqie’ wahai encik aku yg faham..dan fahamilah para ibu bapa seperti ini dgn HATI anda..jgnlah kering dlm menetapkan hukum berdasarkan teks syarak semata2..perasaan, keadaan, waktu, suasana bukankah semuanya perlu diteliti jugak..bukan semata2 haram, harus, halal dan yg sewaktu dgnnya..

  2. ummufarhan says:

    Salam,

    saudara aku, saya tdk bercadang mmbicarakan pasal dalil dan hukum kerana saya tdk pandai dlm soal itu tetapi memetik kata2 anda di atas “dalam perkahwinan restu dari pihak keluarga perempuan sahaja diwajibkan dan keluarga lelaki xperlu pun. ” Walaupun tidak wajib, di manakah akhlak seorang anak jika dalam soal sebesar pernikahan pun mahu membelakangkan ibubapa? Sedangkan non muslim bernikah pun masih sopan memberitahu kepada keluarga. saya bimbang kata2 anda sebegini akan menyebabkan mudi mudi luar sana terpengaruh dan pakat2 menikah tanpa pengetahuan famili, kita bukan bicara mengenai hukum tetapi pasal adab, akhlak dan sikap. Tidak semua perkara boleh diselesaikan dengan dalil. wallahu’alam.

  3. technicboy says:

    salam..
    ..fist time ader yg mgkritik sebegitu emo skali err…
    akhirnya ader yg menjawab…rasa nak tergelak pon ader..hehe…
    bagi ana yg jahil nie… no coment laa…hehe..
    p/s:kpd cik aku (bukan diri sendiri yee).. harap cuba mendlami maksud yg nak disampaikan dgn jelas..jgn main hentam sebarang jerr..erk.. ilmu tanpa penghayatan pon tak berguna juga…
    harap jgn berkecil ati..kerana seorang daie tak leh mudah berkecil ati…(tue yg slalu jd faktor kuar dakwah)..
    p/s:kpd cik tono gan ummu.. trima kasih bg pemahaman lebih jelas..
    p/s:kepada akh faridul.. harap dapat lebih menjelaskan isi yg diberi agr tak timbul fitnah kemudian hari…coz byk gak yg berkias..hehe..
    p/s:…skdar coment jerr
    harap jgn marah…atau memendam rasa.. tak baek marah2 tau..hehe..
    wasalam..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s