[serial nikah]: Sekilas Pandangan Tokoh Sunnah tempatan

Sudah saya katakan, saya sangat kasihan dengan ibubapa dewasa ini. Seakan kebahagiaan bukan ditakdirkan untuk mereka, lantaran anak yang degil menyakitkan hati, anak yang beragama mengguris hati. Apa pun kondisi, ibubapa jugalah yang sering diletakkan di atas “neraca timbangan”, untuk “diadili” oleh sang anak, yang baru tahu hadith satu-dua.

 

Saya jadi tersenyum sendiri tatkala membaca kembali buku salah seorang tokoh dakwah salafiyyah dan pejuang sunnah tempatan, Kapten Hafiz Firdaus. Berbanding saya yang sekadar menyentuh hukum anak yang kurang ajar, biadap dalam perkataan, dan lebih daripada perkataan “uffin” terhadap kedua ibubapanya (bahkan saya turut menyatakan jangankan wali kepada suami yang tidak pernah saya sebutkan sebagai rukun nikah, bahkan wali kepada isteri pun, dalam kes tertentu, boleh di-take over oleh wali hakim, https://faridul.wordpress.com/2009/11/17/serial-nikah-penghormatan-terhadap-para-wali/), Kapten Hafiz Firdaus di dalam bukunya “Wahai Ibu! Wahai Ayah!” terbitan Jahabersa (boleh juga didownload free di sini: http://hafizfirdaus.com/) bahkan menyatakan betapa ibubapa memiliki hak dalam pemilihan pasangan hidup anak. Baik itu anak lelaki, baik itu anak perempuan. Yang lebih menarik, Kapten Hafiz Firdaus bahkan menggunakan kisah Umar al-Khattab R.A menyuruh anaknya untuk menceraikan isterinya (Shahih Sunan Abu Daud no. 5138, Shahih Sunan at-Tirmizi no. 1900) sebagai dalil tentang perkara ini. Berbeza dengan saya yang tidak menyentuh hokum perkahwinan mempelai yang tidak mendapat keizinan ibubapa (bukankah saya fokuskan kepada akhlak anak kepada ibubapanya? Adakah itu terlalu sukar untuk difahami?), Kapten Hafiz Firdaus bahkan menyatakan “Pada waktu yang sama, pasangan lelaki wajib mendapatkan izin dan redha ibubapanya sendiri.” (ms. 88). Nah, adakah selepas ini, Kapten Hafiz Firdaus pula akan dikatakan sebagai “belajar agama tapi bodoh juga”, dan perlu juga ambil “Sijil Syariah” dan “Sijil al-quran” di UM, dan akan dikeluarkan daripada list tokoh sunnah tempatan? Dan, websitebeliau harus diboikot kerana menyebarkan bid’ah di dalam masyarakat?

 

Bahkan saya semakin tersenyum tatkala mengingati perbualan telefon saya dengan seorang ustaz Institut al-Qayyim (IQ) (http://al-qayyim.net/). Buat pengetahuan, IQ adalah sebuah institute yang memperjuangkan sunnah dan gerakan tajdid di Negara kita. Perbualan telefon saya dengan Ustaz Hisyam IQ nampaknya menatijahkan kesimpulan yang sama. Menurut ustaz Hisyam, dirinya dan Presiden IQ, Ustaz Rasyid tidak pernah mengajar kepada anak-anak muda ini untuk bernikah diam-diam dan mengabaikan mak ayah, bahkan mereka pun turut melihat tindakan sebegini sebagai membawa fitnah, bukan saja kepada anak-anak muda yang “memandai” itu, bahkan kepada IQ sendiri.

 

Yang lebih menarik, pengasas IQ sekaligus tokoh sunnah tempatan serta mantan mufti Perlis, Dr. Mohd Asri (MAZA) mempunyai “pandangan berbeza” dengan sebahagian anak-anak muda yang perasan “terlalu sunnah” terhadap Syed Qutb. Seperti juga Dr. Yusuf Qaradhawi yang ada satu-dua perkara yang tidak sependapat dengan Syed Qutb, namun baik MAZA baik Qaradhawi, tetap meletakkan Syed Qutb pada tempat yang seharusnya.

 

Nampaknya, persoalan sebahagian pengunjung akan “benarkah ada aktivis yang nikah rahsia” sudah pun terjawab. Dan, nampaknya relevannya saya menuliskan “serial nikah” ini memang kena pada masanya, apatah lagi bila anda sendiri boleh melihat orang yang “baling batu sembunyi tangan”, mahu berhujah tapi merahsiakan identity. Deretan bahasa dan pendekatan yang, anda sendiri boleh bayangkan bagaimana perasaan ibubapa apabila anak-anak kesayangan mereka yang kononnya beragama, tergamak meletakkan mereka di “timbangan”, sewenang-wenangnya mendemand ibubapa untuk menjadi seorang Umar, tapi sang anak pula lupa untuk menjadi seorang Ibnu Umar. Apakah mereka sudah lupa tentang hadith Nabi SAW; “Barangsiapa yang menuntut ilmu untuk menyayingi ulamak, berhujah dengan orang yang lemah akalnya, supaya wajah manusia berpaling kepadanya, maka dia masuk ke Neraka.” Tidakkah ilmu itu justeru menjadikan mereka lebih merendah diri dan tahu menghormati ibubapa mereka, seperti hormatnya tokoh-tokoh salaf tempatan di atas terhadap ibubapa mereka? Atau, justeru ilmu itu, seperti saya katakan dulu, justeru menjadikan ibubapa mereka “lebih terhina”, lebih tidak tahu, lebih rendah berbanding mereka? Dan lebih malanya, mereka tidak sedar betapa inilah uffin yang dilarang al-quran terhadap seorang anak kepada kedua ibubapanya?

 

Terima kasih Kapten Hafiz Firdaus, ustaz Hisyam dan MAZA kerana mengerti bagaimana ibubapa seharusnya dihargai. Ingatlah, nikah itu bukan sekadar “mengelak terjerumus ke kancah zina” semata. Jika hanya itulah tujuan anda tanpa langsung ingatan betapa pernikahan itu proses “berkeluarga”, apalah bezanya dengan para pemikir Barat yang melihat pernikahan itu alat pemuas seks semata?

 

 

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

8 Responses to [serial nikah]: Sekilas Pandangan Tokoh Sunnah tempatan

  1. Masri says:

    Assalamualaikum wbt.

    Akhi, apa yang berlaku itu amat dikesali. Tulisan akhi amat sesuai tatkala mana sejarah hitam itu belum berlaku, tetapi, apabila sudah berlaku, kita perlu mengambil jalan lain.

    Umpama kita bercerita jauhi seks bebas kerana antara akibat buruknya mendapat HIV, tetapi sekarang dihadapan kita ialah mereka yang memang sudah mendapat HIV akibat seks bebas. Lalu sudah pasti, bukan itu yang patut diulangkan kepada mereka.

    Akhi, ana takut tulisan-tulisan ini, dan tulisan-tulisan lain yang muncul di blog-blog sahabat-sahabat yang ana kenali, di FB dan lain-lain bisa menghancurkan kehidupan dan masa hadapan sahabat kita yang sudah terlanjur mencipta sejarah hitam di dalam keluarga.

    Akhi, ana rasa masa ini ialah masa untuk kita tunjuk sahabat kita jalan yang betul, bagaimana dia mahu menebus kembali kesilapan yang telah dia lakukan, bagaimana mahu menjalinkan kembali hubungan seorang anak dan ibu bapa yang mungkin renggang akibat sejarah hitam ini.

    Akhi, tatkala sahabat itu menghubungi ana, menceritakan apa yang telah berlaku, ana katakan ana tidak setuju tindakan beliau, tapi benda sudah terjadi. Yang penting gerak ke langkah seterusnya, baiki kembali apa yang telah dirosakkan.

    Ana takut tulisan-tulisan kita berbaur amarah dan kecewa, hanya akan menambahkan parah kepada barah yang sudah ada.

    Ana pasti akhi tahu apa yang ana maksudkan dan apa yang ana ceritakan.

    Wallahua’lam.

    • faridul says:

      wa’alaikumussalam wbt.

      Jazakallah akhi. alhamdulillah, orang-orang seperti antum masih rasional. semoga antm yang juga ana anggap salah seorang “tokoh sunnah in the making” bisa membimbing sahabat-sahabat lain.

      Serial nikah ini bukan ditujukan khas untuk seseorang individu. tetapi umum untuk semua, agar jangan sampai terjadi lagi. Bahkan ana rasa antum pun sedar betapa ada yang menyokong tindakan-tindakan sebegini. Jangan sampai nikah rahsia sambil mengetepikan mak ayah menjadi trend baru dalam masyarakat kita.

      Jika antum sedar, ana justeru seorang yang menggalakkan orang untuk nikah muda. Pernah artikel ana, “mencari keajaiban daripada kesederhanaan” yang ana tulis agar moga kita bisa memberi contoh pada masyarakat, agar nikah itu tidak disulit-sulitkan, bahkan menjadi kontroversi dan dikritik hebat. walhal ana bukan berbicara tentang hukum mempunyai itu dan ini, tetapi, ana justeru mengajak kita semua memberikan model baru kepada masyarakat betapa nak menikah, tak semestinya dah ada sofa, set bilik tidur, ada itu, ada ini.

      Namun, dalam kes nikah awal sambil mengetepikan mak ayah, tidaklah pula ana setujui. Apatah lagi jika mak ayah yang dimaksudkan, justeru kerana “tindakan” dan “cerita” satu orang, pantas sahabat-sahabatnya meletakkan mak ayah itu di “neraca timbangan.” Apatah lagi bila ini membawa kepada fitnah. Apatah lagi bila kelak trend nanti orang akan nikah rahsia. Apatah lagi trend ke depan, anak-anak tidak sedar mereka lebih daripada “uffin” terhadap mak ayah.

      Terhadap insan yang antum maksudkan, bukan di blog ini forum untuk ana nasihatkan. Artikel-artikel ana bersifat umum dan untuk semua. Ana rasa itu lebih bermanfaat berbanding memaparkan dalam blog artikel khusus untuk seseorang. Wallahu a’lam. Moga antum bisa membimbing teman-teman.

  2. Masri says:

    Insya-allah moga Allah pelihara kita dari terjebak menjadi fitnah kepada sunnah Rasulullah SAW.

    Tindakan kita akan mencalar bukan sahaja wajah ibu bapa, bahkan teman-teman seperjuangan, para asatizah, bahkan organisasi dakwah yang kita sertai, dan paling penting mencalar apa yang kita dakwahi.

    Moga Allah lindungi kita semua.

  3. hilmi07 says:

    Bro Faridul,

    kes ni hanya praktikal untuk semua atau bagaimana?

    lihat juga situasi muallaf, yang dah disingkirkan keluarga.. nak tak nak, kawin untuk menjaga keselamatan diri.. bagaimana tu? apakah menurut pendapat anta, haramkah situasi itu?

    ana bercakap dari konteks bukan Melayu yang datang dari famili bercampur bangsa & agama.. dan ini berlaku dalam keluarga besar ana.. banyak ragam, banyak cerita.. itu point ana.. orang bumiputera bukan semenanjung yang Muslim asalnya sejak lahir, namun orang tuaku, my great-great ancestor ada yang bukan Muslim asalnya..

    konteks kajian perlu diluaskan.. sekadar pandangan dari orang industri yang terlibat dalam lapangan..

    • faridul says:

      Bro Hilmi,

      Rasanya sesuatu artikel, biar bersifat umum, tetapi akan berbeza bergantung case by case. Misalannya saya katakan makan babi haram. Secara umum dan asalnya iya, memang haram. tetapi ada kes-kes yang menjadikan memakan babi itu halal. Bila itu? Bila darurat, misalnya.

      Iya, pada saya, pernikahan rahsia memang wajar dalam kes-kes sebegitu. Mereka terpaksa merahsiakan, kerana ini berkaitan dengan akidah. Itu pun, kalau memang didapati tidak memungkin untuk sang pengantin meberitahu ibubapanya, jangankan nak bagi tahu nak kawin, nak bagi tahu dia Islam pun, tak bisa. Macam kes Moorthy misalnya. Saya boleh memahami kenapa dia merahsiakan keIslamannya daripada keluarganya.

      Tapi dalam kes biasa, atas dasar apa sang anak mahu merahsiakan perkahwinan daripada ibubapa? Kalau ia belajar di oversea, itu kes lain lagi. Tapi ni yang belajar local. Pantas saja hukum mak ayah tak memahami mereka, tak Islamik, tak sepert “Umar”, dll. Sedangkan sang anak saja tak memberikan sebab untuk mak ayah tsiqah. Balik jarang-jarang. Pagi membuta, takde nak tolong mak ayah. Duit dok mintak kat mak ayah lagi. Cakap kurang hajar dengan mak ayah. Dengan nada suaranya, dengan mimik mukanya, dengan inti kandungan perkataannya. Maka dalam kes sebegini, tak wajarkah mak ayah melarang anaknya yang masih belajar untuk bernikah?

      Maka sebab itu, pada saya, step pertama untuk nikah awal ialah kematangan. Kemudian lobi mak ayah, yang justeru menjadi dakwah pada mereka. janganlah kawin sekadar “takut terjerumus dalam zina” sahaja. habis, prevention kepada zina dok buat gak. dok sms perempuan. dok chit chat dengan perempuan. Puasa yg juga merupakan alternatif yg nabi bagi, tak terbuat pulak. Sebab itu saya setuju dengan artikel “Cinta anta-anti” ustz Maszlee.

      Insyaallah, saya cuba kupas sat-satu dalam serial nikah ni karang. termasuk step-step nak menikah awal, persiapan-persiapan, dsb. Wallahu a’lam.

  4. hilmi07 says:

    at this juncture, I believe loads of communication breakdown happens..

    thanx for ur kind indulgence

  5. faridul says:

    Kata thtl dlm al-fikrah.net (http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=4017/postdays=0/postorder=asc/start=15.html):

    apa pun kena buat homework cam yg nur_i nyatakan tu…bukan kawin dan kemudian tawakkal, bahawa Allah akan beri aku rezki melalui perkahwinan…itu tak betul…

    sebab Nabi S.A.W kata, wahai pemuda, jika kamu mampu, maka kawinlah (segera)…kalau tak mampu maka berpuasalah (tahan diri)….

    Bukan baca terbalik,

    wahai pemuda jika kamu tak mampu, maka kahwinilah kot kot mana pun kerana Allah jamin rezki kamu….

    ini sengaja cari nahas…success story kat atas tu tak boleh dijadikan sandaran kerana hadith lebih kuat dari pengalaman seseorang….

    faridul:- masih mencari balik jawapan thtl dlm al-ahkam.net.

  6. hilmi07 says:

    kalau ada masa, boleh gak kita jumpa.. boleh berkongsi cara berfikir & faham dalil versi ana..

    gaya berfikir dalam hal ni, ana lebih suka tambah kreativiti.. bila tak mampu tu, maka buatla sampai mampu.. itu namanya mencabar kemampuan diri.. turning coal into diamond.. kaedah ni, dalam barat dipanggil reverse pyschology, dalam kaedah arab, مفهوم مخالفة

    kalau setakat tido tu, memang satu apa tak jadi ler.. tang ni, memang kena orang bagi pressure.. baru jalan & kerja menjadi..

    cheers..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s