Eveready

Entah apa hikmah yang terakam dalam lembaran perencanaan-Nya, di Lauh mahfuz, tatkala taqdir merampas daripada dakwah ini kader-kadernya yang terbaik. Bukan hendak menolak takdir, atau menyanggah sunnah ketetapan, tetapi kita tidak boleh lari daripada menyembunyikan keterujaan untuk berkira-kira apa agaknya masa depan dakwah ini, andai saja mursyid pengasasnya, Hassan al-Banna, disisakan sedikit umurnya untuk terus memimpin dakwah ini menuju kegemilangannya. Memimpin ikhwah-ikhwah di saat-saat getir tribulasi dan era penuh penindasan, memimpin umat ini keluar daripada bayangan kegelapan, menuju keselamatan Islam yang tiada tandingan.

Atau, ketika dakwah Palestin “diragut” sang ikon spiritualnya, Syaikh Ahmad Yassin, sebelum kemudiannya diragut untuk kedua kalinya dengan syahidnya penggantinya, Dr. Aziz rantisi dek penangan bom celaka milik musuh durjana.

Atau, bagaimanakah agaknya Parti Islam Semalaysia, yang “kapal layarnya” sibuk dipukul “ombak badai cobaan perjuangan” dewasa ini, andai saja ia masih dipimpin oleh seorang Ustaz Fadzil Noor.

Mungkin, di sanalah terpendam hikmahnya. Betapa gerakan dakwah harus senantiasa mempersiapkan diri, senantiasa Ever ready berdepan pelbagai kemungkinan, lantaran karut marut long lasting life itu, semuanya palsu belaka. Dan, di pihak mereka yang meninggalkan kita, tentunya dek sayangnya DIA kepada mereka, lalu dijemputnya mereka menemui Diri-Nya, sedang senyuman terukir mekar di bibirnya. Persis kata-kata hikmah Iqbal; “aku khabarkan padamu cirri-ciri seorang mukmin. Apabila maut menjelang, terukir senyum di bibir mereka.”

Atas dasar kasih dan sayangnya Dia pada kader pejuang agama-Nya yang terbaik, maka Dia memilih memanggil awal hamba-hamba-Nya, guna memberikan penghormatan dan kedudukan yang lebih tinggi dan berharga, yang mungkin tak kan pernah bisa diberikan oleh dakwah ini kepada mereka. Apatah lagi seluruh ikhwah menjadi saksi, betapa kader-kader ini sudah siap memberikan seluruh kehidupan mereka, buat meninggikan kalimah agama-Nya.

Buat kita yang masih tersisa umurnya, ingatlah, betapa tiada hidup yang abadi, atau umur yang terjamin berkepanjangan, seperti yang diwawarkan oleh iklan-iklan bateri. Namun, mereka (bateri) benar ketika memawaskan kepada kita supaya sentiasa eveready, baik untuk menghadapi kematian, mahupun berdepan cabaran yang lebih getir, demikian para kadernya dipanggil kembali menemui “kekasihnya.”

Doa kita semoga ALLAH SWT memberikan keampunan dan ganjaran yang terbaik, buat salah seorang kader mukhlis penuh semangat, akhuna Mohd Ariff Ab. Kadir, yang dijemput menemui diri-Nya, sebelum pun sempat ia kota ikrarnya untuk mengemudi bahtera dakwah di nun utara sana.Cukuplah kesaksian para ikhwah, akan keikhlasan, kesolehan dan kesungguhan beliau, sepanjang pengabdiannya kepada khafilah dakwah ini. Amin!

Kesaksian para ikhwah terhadap akhuna Mohd Ariff:

http://logamemas.wordpress.com/2009/12/11/in-memory-of-al-akh-mohd-ariff-ab-kadir1986-2009/

http://almuhandisi.wordpress.com/2009/12/12/%D9%83%D9%8F%D9%84%D9%91%D9%8F-%D9%86%D9%8E%D9%81%D9%92%D8%B3%D9%8D-%D8%B0%D9%8E%D8%A7%D8%A6%D9%90%D9%82%D9%8E%D8%A9%D9%8F-%D8%A7%D9%84%D9%92%D9%85%D9%8E%D9%88%D9%92%D8%AA%D9%90/

http://abujamil.wordpress.com/2009/12/12/allahyarham-akh-ariff/

http://fatehulkashfia.blogspot.com/2009/12/allah-lebih-menyayangimu.html

http://zaffankhalid.iluvislam.com/?p=307

http://aslamarif.blogspot.com/2009/12/perginya-tak-kembali.html

http://saifullah-almaslul.blogspot.com/2009/12/di-waktu-itu-janjinya-buat-mu.html

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s