BERDEBAT: HUJAH VS. SERANGAN PERIBADI

BERDEBAT: HUJAH VS. SERANGAN PERIBADI

Benarkah berdebat memang secara totalnya dilarang oleh islam? Memang, di sana ada hadith-hadith oleh baginda Nabi SAW yang menyerukan agar umat ini meninggalkan perdebatan, namun, konteks seruan itu harus diperhatikan, agar ia tidak bertentangan dengan keharusan dan anjuran berdebat seperti yang disebutkan oleh al-Quran;

“Katakanlah: Wahai ahli kitab! Marilah kepada suatu kalimat yang terdapat persamaan antara kami dan kamu…” (Surah ali Imran [3]:64)

“Serulah mereka ke jalan Tuhanmu dengan berhikmah, dan contoh teladan yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik..”  (Surah an-Nahl [16]:125)

Di sini, anjuran meninggalkan debat adalah pada konteks yang tentunya tidak membawa sebarang manafaat kepada umat. Atau bisa membawa kepada pertelingkahan atau perdebatan. Atau, debat yang sekadar untuk meraih kemenangan bukan kebenaran, selain kilauan glamer, seperti hadith masuk nerakanya sang penuntut ilmu yang terpesong niatnya. Ia umpama hadith nabi SAW di dalam arbain an-nawawiyah yang berbunyi “jangan marah!” Tentu, bukan dalam segenap kondisi marah itu dilarang. Ada juga amarah yang langsung dipuji oleh Nabi SAW, seperti kecemburuan yang wajar dimiliki oleh seorang suami tatkala didapati isterinya bersekedudukan. Bahkan, ALLAH SWT turut marah pada sebahagian golongan, seperti yang kit abaca acap kali di dalam al-Fatihah. “ghoyril maghdhubi ‘alaihim…” “bukan golongan yang Engkau marah/ murka kepada mereka…”

Masalah utamanya, ialah pada kaedah dan pendekatan yang diambil tatkala seseorang individu itu turun ke medan perdebatan. Perdebatan hendaknya senantiasa kukuh di atas dasar hujah, barulah masing-masing bisa meraih kebaikan. Seperti berdebatnya dua orang engineer demi mendapatkan penyelesaian kejuruteraan terbaik. Atau, perdebatan para ulama’ fiqh demi mengistinbat hokum serta mentahqiq fatwa yang dikeluarkan. Selagi suasana perdebatan itu dalam nuansa hujah dan mawaddah (kasih sayang), mudah-mudahan kebajikanlah yang akan diraih oleh umat ini.

Itulah sebabnya, ALLAH SWT memberikan formula terbaik demi keluar daripada perselisihan. “..dan jika kamu berselisih pendapat di dalam suatu urusan, maka kembalilah kepada ALLAH (kitabullah) dan Rasul (sunnah Nabi)..” Ertinya, penyelesaian perdebatan itu harus selesai secara hujah. Dan untuk itu berlangsung, factor imanlah yang kelak mendorong para pendebat untuk berhujah demi kebenaran, bukan kemenangan. Maka wajarlah, ayat ke-59 surah an-Nisa’ [4] itu dimulakan dahulu dengan seruan untuk “wahai orang beriman! Ta’atilah ALLAH, dan ta’atilah ar-rasul, serta ulul amri daripada kalangan kamu…”

Adalah satu jenayah, tatkala mereka yang ingin berdebat, melupakan hujah, sebaliknya menyerang peribadi seseorang. Iblis, tatkala membantah perintah untuk sujud pada Adam, ia tidak mengemukakan hujahnya para malaikat betapa manusia itu adalah spesies yang “membuat kerosakan dan menumpahkan darah” (al-Baqarah [2]:30), sebaliknya mengagungkan dirinya selain menyerang peribadi Adam, betapa “aku (iblis) dibuat daripada Api, sedang Adam itu daripada tanah.” Nah, apakah anda mahu meniru cara berhujah Iblis –yakni menyerang peribadi- dalam berdebat?

Marilah kita luruskan kembali niat kita dalam berdebat, yakni untuk mentaati ALLAh dan rasul (an-Nisa’ [4]:59), bukan untuk “menjatuhkan para sufaha’ (orang yang kurang bijak)” (Hadith riwayat at-Tirmidzi), agar kita kekal beroleh kebaikan dengan berhujah, untuk saling jatuh-menjatuhkan, serta serangan peribadi.

cerita berkaitan:

https://faridul.wordpress.com/2009/11/21/serial-nikah-malang-ibubapa-hari-ini/

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20091231171725/Article/index_html

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s