Bukan Pejuang Bisu

 

Musa. Memang, bukan calang-calang orangnya. Dengan satu kali pukulan, sudah cukup untuk menghapuskan, melayangkan, menamatkan riwayat seorang Qibti. Namun, itu tidak bererti Sang Nabi ahli ulul-azmi ini sempurna. Kesempurnaan bukanlah rahsia tatkala ia menggagahkan diri memenuhi seruan Rabbul Izati mendepani bapa tirinya, sang tirani terkemuka seantero dunia, Fir’aun laknatullah, sambil menjelaskan sebuah dakwah, mengabdikan diri kepada ALLAH. Kesempurnaan bukanlah factor ia mendepani kedegilan Bani Israel dengan sebuah risalah tarbiyyah, apa lagi, untuk menjayakan risalah ini, ia kudus dalam doanya;

“Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadadku.

Dan mudahkanlah untukku urusanku.

Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku.

Supaya mereka mengerti perkataanku.”

(Surah Thoha [20]:25-28)

Nah, kerana ketidak fasihan jugalah, yang mengilhamkan ke jiwanya nan mulia, memohon meminta dalam sebuah doa, agar dakwahnya diperkuatnya oleh saudaranya, Nabi Harun.

“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku takut bahawa mereka mendustakan aku.

Dan (kerananya) sempitlah dadaku dan tidak lancer lidahku, maka utuslah (Jibril) kepada Harun.”

(Surah Syu’ara [26]:12-13)

 

“Dan saudaraku Harun dia lebih fasih lidahnya daripadaku, maka utuslah dia bersamaku sebagai pembantuku untuk membenarkan (perkataan) ku; sesungguhnya aku khawatir mereka akan mendustakanku”.

(Surah al-qoshas [28]:34)

Dan kerana ketidak fasihan inilah, menjadi modal pelekahan oleh seorang Fir’aun terhadap Musa, lantaran sememangnya, Fir’aun mewarisi kehebatan dan ketokohan para pemimpin besar. Kehebatan dan kepetahan yang, mungkin, ia “wariskan” kepada mereka yang sesudahnya. Maka ada yang namanya Hitler. Atau Sukarno. Atau Bush. Dan para mujahidin sejatilah yang tetap terus menjadi “mangsa” kata-kata “keramat” mereka.

“Dan Firaun berseru kepada kaumnya (seraya) berkata: “Hai kaumku, bukankah kerajaan Mesir ini kepunyaanku dan (bukankah) sungai-sungai ini mengalir di bawahku; maka apakah kamu tidak melihat (nya)?

Bukankah aku lebih baik dari orang yang hina ini dan yang hampir tidak dapat menjelaskan (perkataannya)?

Mengapa tidak dipakaikan kepadanya gelang dari emas atau malaikat datang bersama-sama dia untuk mengiringkannya.”

Maka Firaun mempengaruhi kaumnya (dengan perkataan itu) lalu mereka patuh kepadanya. Karena sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik.”

(Surah az-Zukhruf [43]:51-54)

Saudaraku,

Mari kita belajar daripada mereka. Betapa para pejuang Islam, bukanlah mereka yang hebat pidatonya. Atau mkenarik gayanya. Atau berpengaruh kata-katanya. Tetapi para dai’e Islam itu hanya menyimpan satu inspirasi: ALLAH. Bahawa yang mereka sandarkan bukanlah kata-kata mereka, tapi alunan kata-kata ALLAH. Bahawa yang mengukuhkan mereka bukanlah kekuatan mereka, tetapi kekuatan ALLAH. Bahawa yang mereka harapkan bukanlah perhatian dan ganjaran daripada manusia, tetapi balasan dan keredhaan daripada ALLAH. Hingga, diri mereka bisa bersuara menyayingi suara-suara “besar” daripada orang-orang “besar”, dengan keyakinan bahawa ALLAHlah yang tetap paling besar. Kekeluan, kekalutan dan ketidak pandai cakapan bukanlah penghalang untuk mereka tunaikan nazar cinta mereka pada Dia. Pada kekasih-Nya. Pada agama yang diredhai-Nya. Sebaliknya kepalsuan dan  kelesuanlah yang justeru menghalang umat kita pada hari ini, daripada mengucapkan kata-kata yang paling baik: dakwah!

Jika anda menunggu untuk pandai bercakap untuk berbuat, maka ketahuilah bahawa antara para pemimpin pemidato hebat adalah Fir’aun. Namun, jika anda memilih untuk bersandar kepada kekuatan ALLAH, ketahuilah, bahawa kelompok ALLAHlah (hizbullah) yang pasti menang!

Faridul Farhan Abd Wahab  “satu mulut, dua telinga, dua mata, banyak deria. Untuk apa?”

Advertisements

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Bukan Pejuang Bisu

  1. Harith says:

    Assalamualaikum Al-Akh Ustaz Faridul =)
    Kifhal nta dan batalion nta?
    Terkesan dengan artikel kali ini.
    ‘Allaahul ghaniyyu wa antumul fuqaraa’

    Kirim salam pada yg mengenali..

    Salam dari Down Under,
    Harith

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s