Di manakah letaknya kekuatan Hang Tuah?

Sahabat

Bumi kita bumi payah

Peluh, air mata dan mungkin juga darah

Ketika ku turunkan tapakku ke pepasir

Kau turutilah belakangku sebagai pejuang

Tika kukatakan padamu “perjuangan itu pahit”

Kau sahutlah panggilanku, “Syurga itu MANIS!”

Mungkin, tidak ada siapa yang akan menyangka, betapa jawapan kepada soalan “di manakah letakkan kekuatan Hang Tuah” justeru terletak pada huruf “ta”, atau, dalam bahasa modennya, huruf “T”. Masakan tidak, tanpa huruf “T” ini, tiadalah seorang Hang Tuah. Bayangkan jika huruf “T” tadi, digantikan pula oleh huruf “B”. Jadilah ia Hang Buah. Anda kenal siapa Hang Buah?

Sahabatku,

Mungkin, jawapan seorang Pak Belalang ini sekadar berseloka. Namun, rahsia kekuatan Hang Tuah yang ia singkap inilah, yang telah menyelamatkan tanah airnya, sekaligus memenangi sebuah negeri lain. Terkadang, jawapan yang kita cari, bukan jawapan yang kita sangka. Think out of the box, begitulah para korporat mengajarkan kita.

Jika kau ditanya di mana letaknya kekuatan seorang da’ie (pendakwah), maka apakah jawapannya? Pada kefasihan lidahnya kah? Pada kemantapan pengisian dan ceramahnya kah? Pada kebijaksanaan strateginya kah? Tidak, kekuatan seorang daie itu, justeru pada sebanyak mana kekuatan dan pertolongan yang turun padanya daripada ALLAH.

Hingga, kita akan menjadi kuat kerana ALLAH, dan tidak akan pernah lemah selamanya, tatkala adanya pertolongan ALLAH. Kita kan kaya kerana ALLAH, dan tidak akan pernah miskin selamanya tatkala adanya khazanah ALLAH. Maju kerana ALLAH, dan tidak akan mundur selamanya tatkala adanya bimbingan daripada ALLAH.

Itulah sebabnya, Nabi SAW diperintahkan oleh DIA, untuk senantiasa membaiki, memperhebatkan dan memperkuatkan tautan hubungannya dengan ALLAH. Lihatlah surah al-Muzzamil. Setelah kau perolehi “qoulan tsaqilan” “perkataan yang berat”, perkataan yang bisa meresap masuk ke relung hati, lalu memberikan kesan pada empunya diri, barulah kau bias bangun menghadapi ummah. “Qum fa andzir”, begitu, perintah yang dating lewat surah al-Muddatsir.

Itulah rahsianya tentera yang sedikit, lapar, dan dahaga, bias tetap tegar mengharungi kepasrahannya, di hadapan bala tentera Jalut nan durjana. “berapa banyak bilangan yang sedikit, dapat mengalahkan bilangan yang banyak, dengan izin ALLAH” (surah al-Baqarah [2]:249) begitu, kekuatan mereka.

Atau, tatkala ahlul Badar berhadapan dengan peperangan pertama mereka, sedang mereka sendiri tidak mengharapkan sebuah peperangan. Namun, tatkala ALLAH memuliakan, tidak akan pernah ada siapa yang bisa menghinakan.

Nah, tunggu apa lagi, raihlah kekuatan dengan berdamping dengan dia, sang Ilahi Rabbi. Bukan mengharap kuasanya Keris Taming Sakti!

-Faridul Farhan Abd Wahab “Tuhan, kepada-Mu ku adukan kelemahanku..”

Advertisements

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s