Rim Tayar

Encik Wikipedia melaporkan, bahawa kerosakan pada rim kereta, boleh menyebabkan vibration pada sang tayar, selain mengakibatkan tayar gagal untuk mengekalkan pressure dalamannya. Tidak pula diketemukan fungsi rim itu sendiri. Baik oleh Encik Wikipedia, mahupun oleh “define: rim”nya sang Google.

Ertinya, fungsi sesebuah rim, seakan supporting player kepada tayar. Tayarlah heronya. Tayarlah segalanya. Rim hadir hanya untuk itu: membantu. Mendokong. Sebagai supporting actor atau counter part yang menyempurnakan lagi kepentingan sang tayar itu. Seperti Robin kepada Batman. Atau, seperti Odie kepada Garfield. Dan sebagainya.

Kata orang, behind every outstanding man, there is a woman yang mendokong, menginspirasi, dan memperkuatkan dirinya. Tentu, di balik kehebatan seorang tokoh, atau keistiqamahan seorang da’ie, atau ketrampilan seorang pemimpin, sang isteri turut memiliki saham yang besar, dalam mencipta karya-karya agung yang dikarangkan oleh amal-amal mereka.

LIhatlah, ketika Sang Nabi SAW ketakutan begitu ditemui oleh malaikat Jibril, siapakah yang dicarinya? Khadijah! Hingga, kerinduan Sang Nabi pada kekasih hatinya itu, berkelanjutan bahkan bertahun lamanya, bahkan selepas kewafatan Khadijah, hingga bisa menimbulkan kecemburuan terhadap isteri-isterinya yang lain. Bagaimana tidak Sang Nabi menyayangi dan merindui Khadijah? “dia beriman kepadaku, ketika orang lain menolak dakwahku”, begitu, rim memangkul erat tayar kekasih hatinya.

Maka anda para isteri di luar sana, sudikah anda menemani dan mengokohkan perjuangan kami para suamimu?

“Aku ingin mencintaimu
Dengan cara yang sederhana
Kayu kepada api yang menjadikannya abu
Aku ingin mencintaimu
Dengan cara yang sederhana
Awan kepada hujan yang menjadikannya tiada.”

-Sapardi Djoko Damono-



Faridul Farhan Abd Wahab “inspirasi hati, pengubat jiwa”

Advertisements

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Rim Tayar

  1. naim berkata:

    wah, hebat. -:)

  2. nik5564 berkata:

    para suami yg berjuang..
    masanya tidak akan slalu ada utk isterinya..
    oleh itu para isteri pn kena sibuk dgn dakwah jugak 😀
    jzkk akhi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s