Kita yang terlalu sibuk [2]

Sudah agak lama saya tidak pulang lewat malam lantaran mesyuarat. Terakhir ialah ketika masih berada di K.L, di awal-awal projek, mesyuarat sering melarat hingga ke lewat malam. Selain daripada itu, saya akan pulang lewat malam hanya jika ada kerja-kerja trouble shooting, atau terpaksa stand-by dek kerana Unit Start Up, hingga terkadang melewati lebih 24 jam bekerja. Mendadak arahan datang untuk Stand-by, saya terpaksa tidak mandi, bahkan langsung tidak pulang ke rumah, hanya pada keesokan paginya baru berpeluang untuk pulang, untuk tengah harinya masuk kerja semula.

 

Tetapi semalam, setelah agak lama tidak bermesyuarat hingga larut malam, mesyuarat akhirnya tamat sekitar jam 9.45 malam. Namun ia efektif, kerana memang saya terbabit langsung dengan agenda mesyuarat. Bukan seperti sebahagian mesyuarat lainnya, yang sekadar menjadi pendengar dan pak pacak yang setia.

Menjelang Unit Minor Overhaul hujung Febuari hingga awal April ini, kerja saya pub menjadi berlambak. Sepanjang tempoh itu, waktu kerja di declare sebagai 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Bayangkan! Kami kelak dikerah umpama robot-robot, yang seakan tidak punya keluarga, tidak layak menikmati rehat, tidak harus diberikan cuti. Tapi begitulah dunia! Begitulah alam kerjaya!

Maaf, saya terpaksa coretkan hal ini, supaya anda di luar sana yang “perasan” terlalu sibuk kembali ingat, bahawa bukan hanya anda sorang di dunia ini yang sibuk. Semua orang mengaku sibuk. Baik student, baik ustaz, baik cikgu, baik lecturer, baik engineer, baik doktor, baik manager. Baik pendakwah bebas. Semua! Kerana itulah beban dakwah itu harus senantiasa “diberikan” kepada mereka yang sibuk. kerana mana mungkin mereka yang tidak sibuk -yang lepak di shopping complex mungkin. Yang dok menagih dadah mungkin. dan sebagainya- yang memikul dan menggalas tugas suci ini.

Cukuplah kata-kata “Sang Murabbi” menginsafkan kita yang serba kesibukan ini:

 

“Seonggok kemanusiaan terkapar

siapa yang mengaku bertanggung jawab?

bila semua pihak menghindar

biarlah saya yang menanggungnya

semua

atau sebagiannya”

-KH Rahmat Abdullah

 

Dan jika anda tetap menghindar, tetap kesibukan, biarkan aku yang memikulnya. Semua. atau sebagiannya.

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Kita yang terlalu sibuk [2]

  1. fawzan says:

    mohon dihuraikan sedikit-sebanyak…

  2. fawzan says:

    mohon dihuraikan sedikit-sebanyak i’Allah….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s