You’ll Never Walk Alone, insyaALLAH…

“Sesungguhnya, seorang muslim itu, apabila berjalan di jalan dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja, bahkan, dibawa bersama hati saudaranya, justeru itu, setiap pahala yang didapati sepanjang perjalanannya, pasti akan terbias untuk saudara seperjuangannya”

-Mustafa Masyhur

 

Mungkin kerana inilah, Hassan al-Banna menggambarkan jemaah Ikhwan yang ia dirikan itu baik lilin, yang sudi membakar dirinya, demi menerangi perjalanan orang lain. Yang terbina di dalam benak pemikiran para Ikhwan, senantiasa berkisar akan persoalan umat. Umat kita, umat kita, umat kita!

Bukankah ar-rasul sendiri, seperti kata-kata indahnya Iqbal, turun kembali dari kenyamanan Syurga, saat berhadapan dengan haribaan ALLAH di Sidratul Muntaha, di saat Israk, semuanya lantaran kita? Kita, kita, kita umatnya!

Lalu, perlu kalian yang berada di dalam ruang lingkup tarbiyah ini menyedari, bahawa kita harus sentiasa rela mengorbankan kepuasan peribadi, demi memenuhi kepuasan umat. Harus menjinakkan segala kesibukan kita, demi melayani umat. Harus menahan air mata kehibaan kita, demi menafikan air mata itu mengalir di batang tubuh umat.

Inilah kader dakwah impian yang ingin kita bina di dalam madrasah tarbiyyah ini. Bahawa saat kita berjalan, kita tidak berjalan sendirian. Kita sentiasa berjalan, hati dan hati, dengan saudara kita. Seiringan. Semantap slogannya Kelab Bolasepak Liverpool, “you’ll never walk alone.” Dan benar wahai umatku, anda tidak akan pernah kami biarkan berjalan sendirian!

-Faridul Farhan Abd Wahab  “let us be united!”

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

5 Responses to You’ll Never Walk Alone, insyaALLAH…

  1. Salam akhi.. bestlah enrty anta ni… memeberikan ana semangat kat Sarawak ni..moga kita terus istiqamah dan tsabat dijalan Dakwah..

  2. tono says:

    salam..

    nk copy…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s