Indiana Jones and the Miss Qurratu A’yun

“Ya ALLAH… jika aku jatuh cinta

Cintakanlah aku pada seseorang

Yang melabuhkan cintanya pada-Mu

Agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu”

 

Sebahagian kana-kanak –terutamanya yang datang dari keluarga yang “berada”- begitu diberikan pada mereka mainan yang baru, yang lebih canggih, yang lebih cantik daripada mainan lamanya, dengan pantas, cintanya pasti beralih kepada mainan baru tersebut. Sepantas kilat, mainan lamanya kemudian dilupakan, bahkan mainan lamanya dicampakkan. Bukan sekadar dicampak ke lantai, bahkan dicampakkan keluar daripada kehidupannya. Terkadang, untuk selamanya. Masih ingat kartun “Toy Story”?

Nah, begitulah juga dengan orang dewasa. Sebegitu minat pun anda pada nasi briyani masakan mamak Mydin, ketagihan anda itu tidak mungkin menjadikan anda makan sarapan, makan tengah hari dan makan malam setiap hari dengan briyaninya mamak Mydin itu. Kenapa? Kerana kejemuan pasti akan menghinggap selera anda, lalu menjengah ketagihan itu sambil mengevolusikannya menjadi kebosanan.

Begitulah hidup manusia. Baik kanak-kanak, baik orang dewasa. Bayi saja pasti meninggalkan susu ibunya, begitu ia meningkat dewasa. Iya kan?

Nasihat ini buat anda wahai para wanita. Baik yang perasan ia jelita. Baik yang sedang mabuk di dalam alam cinta. Baik yang menghitung hari menjadi isteri. Baik yang senantisa mengharapkan perhatian lelaki.

Atas dasar apa anda dicintai? Kalau saja anda dicintai oleh seseorang lelaki atas para rupa mu yang menawan, sampai bilakah hati si dia akan kekal tertawan? Cinta manusia hari ini mungkin menghasilkan ketagihan, tetapi kelak satu masa ia bisa bertukar menjadi kejemuan. Kalau paras rupa mu yang jelita menyebabkan anda dinikahi, siapa yang bisa jamin hati si dia tidak berubah arah, begitu ada wanita lainj yang lebih jelita dari mu? Siapakah yang bisa jamin si dia kekal setia, tatkala wajahmu sudah mula kehilangan aura jelita?

Kalau pun kecantikanmu bisa dipertahankan, belum tentu ia bisa menghindar perasaan bosan. Seperti briyaninya mamak Mydin tadi. Rasanya tetap enak. Rempahnya kekal mengkagumkan. Resepinya masih menggiurkan. Cuma, menyantap briyani mamak Mydin setiap masa setiap hari, tetap menimbulkan muak dan bosan di hati.

Kerana itu, aku menasihatkan mu wahai wanita, biarlah para pria menikahimu kerana agama. Kerana di sana, tersembunyi kecantikan di dalam diri. Yang makin dikembangkan –dengan tarbiyah, dengan taqarrub kepada Tuhan- kecantikanmu terus tumbuh dan kekal menawan. Di sini, kecantikan itu bisa bertambah sesuai usia, berbanding kejelitaan peribadi yang punah semakin anda di makan usia.

Inilah rahsia cinta sejati. Cinta para ahli arkeologi. Anda dicintai kerana anda merupakan Miss Qurratu a’yun (sejuk mata menandang). Bukankah ini doanya para lelaki sejati? “Tuhan Kami, kurniakanlah untuk kami daripada isteri-isteri dan anak keturunan yang qurratu a’yun (sejuk mata memandang)..” (Surah al-Furqan [25]:74)

 

Suami yang begini adalah ahli arkeologi. Dan cinta begini adalah cinta abadi. Dan anda di sini kekal dengan kejelitaan sejati. Kecintaan yang tumbuh kerana agama yang dimiliki olehmu. Tidakkah anda kepingin cinta kekal selamanya seperti itu?

 

 

“Suami yang paling baik bagi seorang perempuan ialah seorang arkeologi. Makin tua sang perempuan itu, semakin cinta & tergila-gila suaminya itu padanya. Maka disarankan kepada para suami untuk berjiwa seorang arkeologi. Semakin lama usia perkahwinan akan semakin bahagia. Kenapa? Ini kerana suami tersebut memandang isterinya semakin bernilai, semakin mahal, bukankah menurut ahli arkeologi, semakin berusia & semakin tua sesuatu barang itu akan semankin antic & mahal. Demikian juga buat para isteri, disarankan untuk berjiwa ahli arkeologi wanita. Maksudnya semakin tua sang suami akan semakin tergila-gila, bertambah sayang & semakin mencintainya.”

-Habiburrahman El Shirazy, “Ketika Cinta Bertasbih (jilid 2)-

 

Faridul Farhan Abd Wahab  “akulah sang pejuang cinta!!”

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

4 Responses to Indiana Jones and the Miss Qurratu A’yun

  1. Hussaini says:

    Akhi…

    Sangat bersetuju dengan artikel ini.

    Dan lelaki juga jangan lupa, andai dirimu umpama indiana jones, kau juga akan tua sepertinya, kelak kau memerlukan isteri yang juga seorang arkeologi.

  2. fawzan says:

    saya ingin menjadi ‘ahli arkeologi’ itu!!!hahaha😛

  3. kahfi8 says:

    menarik2x..😀

    satu entry yang menarik perhatian..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s