Identiti Sang Superhero

”Bila kalian menyambut tugas dakwah ini tidak sebagaimana sikap kalian terhadap tugas yang menyangkut urusan peribadi kalian maka dakwah ini akan mengalami kekalahan yang nyata. Oleh kerana itu sambutlah tugas ini dengan ghairah.”

-Syaikh Abu A’la al-Maududi-

Saya yakin, kalau saya tanyakan pada anda siapakah gerangannya Clark Kent, lawyer kah? Doktor kah? Engineer kah? Tentu, ramai –kalau pun tidak semua- di kalangan anda pantas menjawab “Superman!” Begitulah juga halnya andai saya pertanyakan kepada kalian, kenalkah kalian dengan Peter Parker, pantas juga kalian menjawab “Spiderman!” Itulah yang berlegar di dalam benak pemikiran kita tatkala kita berbicara tentang pahlawan. Tentang perajurit-perajurit. Tentang hero-hero yang telah memenuhi hidup kita dengan 1001 kisah kepahlawanan, kisah kesatrian, dan kisah perjuangan.

Kerana yang namanya Clark Kent, senantiasa mendahulukan tugas menyelamatkan umat ketimbang kepentingan peribadi, lantas kita lebih kenal ia sebagai Superman berbanding menyebutnya sebagai wartawan Daily Planet kota Metropolis. Kerana yang namanya Peter Parker senantiasa siap menggalas tanggungjawab memenuhi seruan umat, lalu kita lebih mengenangnya sebagai Spiderman, berbanding memori kita terhadap kesibukannya sebagai mahasiswa serta jurugambar The Daily Bugle.

Begitulah juga halnya tatkala perbicaraan kita berkisar tentang para sahabat R.A. Yang menonjol daripada mereka adalah kisah kepahlawanan mereka, hingga sangat sulit untuk kita kenal pasti karier “cari makan” mereka, lalu kita pun main tembak bahawa konon semua sahabat bekerja sebagai “businessman!”

Para pahlawanan mukmin sejati adalah orang-orang yang telah menulis kisah dakwah dan jihad mereka dengan tinta peluh dan darah. Terkadang air mata. Hidup mereka justeru diinfakkan buat agama mereka. Dalam kamus hidup mereka, mereka adalah duat dan mujahid fi sabilillah. Gelar-gelar lain yang mereka bawa, baik yang namanya engineer sekian-sekian, atau doctor sekian-sekian, atau lecturer sekian-sekian, hanyalah kerja part time mereka. Sungguh, ia tak akan pernah melalaikan mereka daripada mengingati ALLAH. Kerana jiwa dan hati mereka telah totalitas kepada perjuangan yang mereka telah ikrarkan untuk jalan ALLAH.

Nah, bagaimanakah dengan kita wahai saudaraku, adakah kita termasuk geng superhero itu?

-Ir. Faridul Farhan Abd Wahab  “akan ku sambut seruan-Mu…”

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Identiti Sang Superhero

  1. daif says:

    keluang man adlh penyelamat tanah air kita.. tapi kita yang tak hero ni . mcam mana..dlm dakwah bukannya banyak mencari alasan tetapi bgmana untuk mencari jalan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s