Amal Qowiy, Amal Dhaif

Sejak kecil, kita sudah terlalu sering diperingatkan tentang kepentingan masa. Dan betapa dalam spectrum masa itu, manusia hidup dalam keadaan kerugian. Untuk terselamat daripada kerugian, manusia harus senantiasa memenuhi peredaran masanya dengan empat hal. Hal-hal yang mencambahkan keimanan. Hal-hal yang mendorong pelakuan amal yang saleh. Dan saling nasihat-menasihati manusia dalam hal-hal kebenaran, serta saling nasihat-menasihati dalam hal-hal kesabaran. Di sana, ada indikasi dakwah dan tarbiyah, sepertimana di sana terdapat indikasi akan wujudnya interaksi. Begitulah, surah ke-103 di dalam al-Quran mengajarkan kita.

Seringkali, begitu al-Quran ingin membicarakan tentang amal, Dia menyebut tentang amal yang saleh. Saleh tidak sekadar membawa maksud baik semata-mata. Kerana untuk itu (kebaikan), sudah tersedia istilah-istilah khusus, seperti hasan, khair, ma’ruf, bir dan lain-lain. Ertinya gandingan perkataan amal itu seharusnya dengan perkataan saleh, selain tepat secara bahasa, hendak mengisyaratkan tentang apa yang disebut di dalam alam tarbiyah sebagai amal qowiy. Kerna saleh adalah suatu pengertian tentang harmoni dan tanasuknya (keserasian) suatu amal dengan sasaran, tuntunan, tuntutan dan daya dukung, hinggakan sesuatu amal itu disebut saleh, tatkala pelakunya selalu mengisi ruang dan waktu yang seharusnya diisi.

Nah, di sini tersirat sebuah rahsia dalam beramal. Biar pun suatu amal itu baik secara umumnya, ia mungkin sekadar amal dhaif, kerna keuntungan yang bisa dinikmati oleh umat dan dakwah, terlalu kurang berbanding tenaga yang telah dikerahkan. Tentu, ini bertentangan dengan kaedah fikah yang menetapkan kepentingan umum yang senantiasa mendahului kepentingan perseorangan. Kerananya, sesuatu amal itu mungkin baik, tetapi tidak menetapi amal saleh yang ditetapkan di dalam al-Quran.

Ertinya, begitu al-Quran bercerita tentang amal saleh, bererti ALLAH menginginkan daripada kkita amal-amal yang qowiy. Qowiy kerana ianya menyumbang kepada pembentukan manusia, sekaligus sifatnya lebih efisyen, lebih efektif. Mungkin ianya tidak kelihatan “gah”, tetapi hasilnya menjadikan bangunan dakwah itu “gagah”. Mungkin lama masanya, tetapi mantap hasilnya.

Nah, relatekan kembali ianya dengan masa dan kerugian. Tatkala kita melakukan amal yang tidak efisyen untuk umat dan dakwah, biar pun ianya kebaikan, kita telah merugikan masa dan tenaga untuk melaksanakannya. Kerana itu, amal yang qowiy –dari sudut fiqh awaliyat (fikah memilih yang mana priority)- senantiasa harus diutamakan.

Maka sudahkah amal kita menjadi amal yang saleh?

-Ir. Faridul Farhan Abd Wahab  “amal precision sdn. bhd.”

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

4 Responses to Amal Qowiy, Amal Dhaif

  1. ini post yg qawiy sheikh! ini mmg amal qawiy

    • faridul says:

      walaupun tak bagi tau nama, rasanya cam kenal syeikh tamhidi dhaif ni. Sebenarnya bukan tamhidi dhaf, tapi syeikhul kabeer, yang dulu duduk dekat kelab yang kabeer juga. Betul tak?

  2. daif says:

    masa,,semua orang ada masa..tapi tnya diri ,berapa bnyak masa telah kita infakkan benar2 untuk dakwah.

  3. khairuummah77 says:

    Madrasah Khairu Ummah

    Kami memerlukan sumbanggan anda untuk menjayakan pembenaan pondok ini. #Segala sumbangan hendaklah disalurkan melalui Bank Muamalat Malaysia Berhad No akaun : 0302-0000656-71-8 dan Maybank Islamic Berhad No akaun: 55310 4411 805 di bawah nama:-PERTUBUHAN UMAT CEMERLANG KELANTAN (KHAIRU UMMAH).

    Sila Layarai – http://khairuummah77.wordpress.com/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s