Rama-rama

Jadilah kita semua seperti rama-rama

Semua mata yang memandang akan terpikat

Biarpun rama-rama tak pernah mengeluarkan kata-kata

 

Terkadang kita lupa, bahawa keindahan itu bukan sekadar pada kata-kata. Bukan juga pada paras rupa. Tetapi keindahan itu ada pada pelakuan yang muncul dari jiwa. Dan jiwa nan indah, mengolah kecantikannya daripada hatinya. Ya, dari hatinya.

 

Hingga wajar, oleh Nabi SAW digambarkan hatilah yang kelak menyebabkan seluruh tubuh badanmu menjadi soleh. Sebegitu juga, hatimu jugalah yang kalau saja ianya sakit, maka sakitlah seluruh raga dan bahasa jiwamu. Kerananya, bahasa jiwa bangsa, bukankah begitu slogan kemelayuan kita?

Demikian kita sedar akan hal ini, kita harus menjadi bak rama-rama. Keindahan yang diperagakannya semulajdi, bukan sekadar bahasa indah yang memikat telinga. Kerana dakwah yang sekadar indah di mulut, tidak lebih dari sekadar singgah di telinga. Tetapi dakwah yang lahir dari hati, kelak masuk ke relung hati juga. Maka, yang namanya dakwah itu bermula dengan hati. Dan hati kemudian mendakwahi manusia melalui pelakuannya dulu. Pelakuannya yang utama. Hingga seluruh hidupnya, menjadi wayang yang ingin diikuti, bahkan harus diikuti, oleh manusia seluruhnya.

Tentu, sang rama-rama tidak besar diri dengan keindahannya. Kerna ia sedar betapa kerdilnya ia, tatkala masih bergelar seekor beluncas. Maka, kerendahan hati, warak dan tawaduknya, sekadar mengagungkan lagi keindahannya. Lalu terbanglah dikau sang rama-rama, terbang tinggi, menuju keharibaan redha Ilahi.

Ir. Faridul Farhan Abd Wahab  “Tuhan, perindahkan kejadianku, dan perilaku ku..”

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Rama-rama

  1. blue_turtle says:

    byk yg tersembunyi disebalik pnciptaan alam…tadabur alam..besnyer!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s