Hukum Gerakan Newton Kedua

Barangkali antara punca orang-orang Barat memandang rendah terhadap orang Melayu -kecuali “sebahagian” orang Melayu sahaja- adalah kerana mereka sudah melahirkan terlalu ramai tokoh-tokoh yang telah memberikan sumbangan yang maha besar terhadap kehidupan manusia sejagat. Salah seorang daripada tokoh tersebut -yang, oleh Michael H. Heart meletakkannya pada ranking kedua dalam ranking manusia paling berpengaruh sepanjang zaman, di atas Jesus, tapi, di bawah Nabi Muhammad SAW- adalah tokoh yang menjumpai teori Graviti, orang English paling berpengaruh, iaitu David Beckham. Ooppss..maaf, Isaac Newton sebenarnya.

Antara lain sumbangan besar si Isaac Newton, adalah hukum-hukum yang dikemukannya. Bukan lagi sekadar hukum halal-haram,sunat-makruh, tetapi, dia mengemukakan hukumnya sendiri (wahabi ke dia ni??) iaitu Hukum Gerakan Newton Pertama, Hukum Gerakan Newton Kedua, dan Hukum Gerakan Newton Ketiga.

Melalui Hukum Gerakan Newton Kedua, Isaac Newton mendeklarasikan bahawa bahawa sesuatu objek akan kekal dalam keadaan asalnya, iaitu dalam keadaan pegun atau dalam keadaan halaju seragam jika tiada daya luar bertindak ke atas objek itu. Ertinya, Sesuatu objek yang bergerak dengan halaju seragam akan tetap bergerak dengan halaju seragam sepanjang garis lurus. Hanya saja andai ingin kita mengubah keadaan itu, daya luar mesti ditindakkan ke atas objek itu. Begitulah, hukum kedua yang Newton kemukakan.

Sahabatku,

Barangkali kerana inilah ulama’ salaf terkemuka, al-imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah bertindak menjadi “daya luar” itu. Agar manusia-manusia yang sedang “pegun” berpangku tubuh, bangkit berjuang demi Islam. Dan agar mereka yang sedang berharakah demi Islam, tidak sampai menjadikan “daya luar” bernama kemewahan dan keindahan dunia, sampai-sampai mempengaruhi perjuangan suci mereka, atau, memfuturkan mereka setelah selama ini selesa dalam sebuah mujahadah. Kata Ibnu Qayyim; “bergeraklah, kerana diam bisa mematikan. Sebesar-besar keuntungan di dunia, adalah menyibukkan dirimu setiap saat pada aktiviti yang memberikan manfaat paling banyak di Akhirat. Menyia-nyiakan waktu, lebih bahaya daripada kematian. Kerana ia memutuskan mu daripada ALLAH dan Akhirat, sedangkan kematian hanya memutuskanmu dari dunia dan penghuninya.”

Lalu, para aktivis dakwah, akan setia pada slogan hidup mereka. Bukan, bukan slogan 1Malaysia poyo itu, tetapi slogan betapa “ar-rahah lirrijal ghaflah” rehat bagi da’i Islam itu adalah bukti kelalainnya! Lalu mana mungkin, para pejuang Islam merugikan diri mereka dan perjuangan mereka, dengan membiasakan diri mereka dengan rehat yang berpanjangan!

Begitulah sumbangan seorang Newton, yang membuatkan Barat begitu kagum padanya. Tapi, golongan Melayu mana yang saya katakan tadi begitu dihormati oleh orang putih. Haha…ketika orang Melayu lain dipandang hina oleh Barat, ternyata orang-orang Grik (Perak) sangat-sangat dihormati oleh orang-orang Barat. Woha!

-Ir. Faridul Farhan Abd Wahab  “syar’ikah waktu-waktu rehat kita?”

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

4 Responses to Hukum Gerakan Newton Kedua

  1. zahidzuhri says:

    salam..dah lama mengikut dengan diam blog enta nih,hehe… nice analogi2 yang sedia ada…especially kalo nak bagi analogi kepada anak buah yang daripada engineering😉 JZKK. Teruskan berjuang! Kenangkan ana dalam doa rabithah enta😉

  2. Salam akhi.. bagus analoginya…. memamb best utk taujih anak halaqah yang engineering..

  3. hafiz says:

    salam tuan, rasa macam newton pertama yg tuan terangkan di atas tu,maaf kalau saya salah.sy suka engineering, harap dapat tempias ilmu dari tuan serba sedikit.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s