Hukum Gerakan Newton ke-3

Encik Newton memberitahu saya (melalui perantaraan Encik Wikipedia) bahawa Hukum Gerakan Newton Ketiga tidaklah berbicara akan soal halal-haram. Jauh sekali sunat-makruh. Tetapi, justeru yang dihukum oleh Newton ialah “tindakan”. Bahawa untuk setiap daya tindakan, akan ada suatu daya tindak balas yang mempunyai magnitud yang sama, tetapi bertindak pada arah yang berlawanan.

Anda faham maksud saya (maksud Newton sebenarnya)? Begini, Encik Wikipedia memberikan contoh seseorang yang berjalan kaki. Demikian ia menolakkan tapak kakinya ke lantai, lantai pula ternyata menolak tapak kaki orang itu ke hadapan. Pada magnitud yang sama, cuma arahnya saja yang berbeza. Atau, ketika sebuah buku diletakkan di atas permukaan meja. Ternyata berat sang buku sedang bertindak ke atas meja itu, sambil sang meja pula sedang melakukan tindak balas dengan daya dan magnitude yang sama, cumanya pada arah ke atas, iaitu arah yang bertentangan dengan arah magnitude sang buku.

Nah, berpandukan Hukum Gerakan Newton ketiga ini, tentunya demikian penguasa yang zalim, thaghut, atau kuasa-kuasa kejahatan melakukan tekanan atau tindakan terhadap para pejuang Islam, harus wujud daya yang justeru sama kuat, pada arah yang bertentangan dengan kuasa kezaliman tersebut. Paksi kejahatan menujahkan tekanan pada arah kebinasaan, tetapi para pejuang Islam pula memberikan “daya” ke arah kebaikan. Dalam erti kata yang lain, tidak ada istilah putus asa, mahu pun mengaku kalah dalam kamus dan diari hidup para pejuang Islam. Masih ingat lagikah kalian dengan hadith tentang kisah Ghulam (ashabul Ukhdud)? Ghulam itu ditekan oleh sang raja. Dihantar ke gunung, juga ke laut, untuk dibunuh. Ternyata, tekanan yang diberikan oleh sang raja, justeru dibalas oleh daya yang sama kuat oleh sang Ghulam, hingga saja Sang Raja terpaksa menuruti setiap arahan sang Ghulam, tatkala sang Raja ingin sangat membunuhnya. Nah, di sini Ghulamlah yang kemudiannya menguasai suasana, bukan membiarkan suasana menguasai dan menentukan hala tuju dakwahnya.

Kerana itu –barangkali- Abu A’la al-Maududi meninggalkan pesannya kepada kita, agar dengan komitmen yang tegar, akan bisa menjadi daya yang justeru sama magnitude dengan tekanan dan kezaliman para pejuang kejahatan, cumanya pada arah yang berlawanan dengan mereka. Kata al-Maududi; ”Bila kalian menyambut tugas dakwah ini tidak sebagaimana sikap kalian terhadap tugas yang menyangkut urusan peribadi kalian maka dakwah ini akan mengalami kekalahan yang nyata. Oleh kerana itu sambutlah tugas ini dengan ghairah.” Kalau saja daya kita dalam bekerja menghasilkan daya berlawanan kepada diri kita, baik yang dinamakan kepuasan, baik yang dinamakan naik pangkat, baik yang namanya bonus dan sebagainya, tentunya kesungguhan dalam dakwah pasti membatalkan seruan-seruan pasukan kebatilan. “Katakanlah yang haq telah datang, dan kebatilan telah lenyap. Sesungguhnya, kebatilan  mempunyai sifat self destruction

Hukum Gerakan Newton Ketiga. Tolong pesan pada Encik Newton wahai Encik Wikipedia, betapa kami adalah pendakwah, bukan penghukum!

-Ir. Faridul Farhan Abd Wahab  “jangan suka menghukum”

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

4 Responses to Hukum Gerakan Newton ke-3

  1. Salam akhi… bagus analaogi newton ketiga ni…. ana nak guna utk budak2 engineering macam kitalah…ssyukran

  2. nurlie says:

    ada taujih ruhiyah ? untuk hati daie2 yang kasar, kering dan mula futur..

    • faridul says:

      Nurlie, terima kasih kerana singgah dan di atas saranannya. InsyaALLAH akan diusahakan. Untuk sementara, dicadangkan untuk membaca buku “al-Raqaiq” atau “Pelembut Hati” Muhammad Ahmad ar-Rasyid. Memang Syeikh ar-Rasyid susun buku-buku dia in a flow, bermula Muntalaq utk initiate orang utk bergerak, bila dah bergerak akan ada banyak halangan, maka dia pun menulis “al-Awaiq”. Bila dah banyak halangan, kita terkadang jadi kasar, maka dia pun menulis “ar-Raqaiq” utk lembutkan balik pendekatan para daie tu…

  3. Pingback: Hukum Gerakan Newton ke-3 « Muntalaq

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s