Boot Bola

Antara kasut sukan yang memang “tak leh blah” adalah kasut but bola. Saya jamin, seberapa mahal dan secantik mana pun but bola seseorang, anda tak akan menjumpai ia memakai but bolanya itu untuk pergi jalan-jalan, untuk window shopping di shopping complex, atau digunakan untuk pulang ke kampung, dan yang sewaktu dengannya. Kenapa? Kerana di bawah telapak kaki but bola itu, terkandung deduri-deduri yang dipanggil  “stud” yang berfungsi memberikan cengkaman yang lebih baik di atas padang bola.

 

Tapi, bukan itu sahaja fungsi stud pada sesebuah kasut but bola. Seperti biasa, menurut Encik Wikipedia, selain stud berfungsi memberikan cengkaman di atas permukaan, ia juga mengelakkan seseorang pemain bola itu tergelincir, selain membantunya menangani perubahan arah yang sangat kerap.

Saudaraku,

Mari kita buat kesimpulan tentang kisah, paras rupa dan riwayat hidup sesebuah but bola sebegini: anda tidak akan memakainya untuk urusan harian anda, kerana di samping paras rupanya yang pelik, perjalanan anda juga akan terasa lebih pelik. Namun, pada masa yang sama, anda selesa memakainya di atas padang, kerana but bola dan studnya itulah yang menjadikan anda kelihatan seperti Cristiano Ronaldo, atau Wayne Rooney, atau David Beckham, atau Faridul Farhan, kalau pun tidak dari cara anda bermain, setidak-tidaknya dari “gaya” anda sudah ada. Haha…

Itulah sebabnya para ahli bijak pandai menyimpulkan, betapa tiada hal yang sia-sia di dalam kejadian alam semesta ciptaan Yang Maha Esa. Mungkin kita tidak nampak fungsi dan relevannya, tetapi dari sisi pandangan yang lain, ciptaan ALLAH Ta’ala itu bahkan banyak fungsi dan sumbangannya.

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.”

(Surah ali Imran [3]:190-191)

Seperti but bola. Mereka yang kaki bangku dan tidak pernah melihat padang atau sebarang permainan sukan tentunya akan keheranan, apa-apaan dibuat kasut yang mempunyai stud. Tetapi bagi mereka yang mencintai sukan bola ini, mereka bahkan sangat menghargai wujudnya kasut but ke alam maya ini. Oleh yang demikian, yakinlah betapa tiada yang sia-sia pada setiap kejadian dan peristiwa yang diciptakan oleh ALLAH buat kehidupan manusia.

Ingat, yang penting gaya. Main tak bagus tak apa…

-Ir. Faridul Farhan Abd Wahab  “mukmin harus punya qowiyul jism”

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

6 Responses to Boot Bola

  1. Hussaini says:

    Ingat, yang penting gaya

    hehe. Tak boleh blah🙂

  2. fawzan says:

    kalau main tak bagus,camner nak menang????

  3. hartono says:

    nk gelak je..

    hahahhaha..

  4. Anta pakai boot apa akh faridul?

    boleh la lepas ni ana main bola sambil merasakan diri hebat dan bergaya seperti Faridul Farhan =P

  5. zahidzuhri says:

    haha…pasni nak beli but bola ler..nak bergaya..😀 lol

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s