Non-Return Valve (NRV)

Takut gagal adalah gagal sejati.

Takut mati adalah sebelum mati.

Hidup ini adalah gerak, dan gerak itu adalah maju.

Berjuang dan naik, jatuh dan naik lagi.

Kita tak tahu apa yang akan terjadi besok.

Sebab itu kita tidak ada tempoh yang harus terbuang.

–          Pak Hamka –

 

 

Antara nikmat terbesar yang disumbangkan oleh para jurutera mekanikal kepada kita, ialah terciptanya valve yang kita panggil Non-return Vave (NRV). Dengan adanya NRV ini, malapetaka-malapetaka dahsyat dek kerana kejadian back-flow kepada paip dapat dielak, dan dapat di”mustahilkan”. Arah aliran air, atau udar,a atau hydraulic yang kita inginkan hanya pada satu arah, iaitu ke depan, atau maju. Berpatah balik ala-ala “berpatah arang berkerat rotan” kepada sumbernya yang asal itulah yang kita panggil sebagai back-flow, fenome jijik yang senantiasa cuba kita elakkan.

“Wahai orang-orang yang beriman, barang siapa yang murtad ke belakang daripada agamanya, kelak ALLAH akan menggantikan mereka dengan kaum yang lain..”

(Surah al-Ma’idah [5]:54)

 

Begitulah, untuk memahami betapa bahaya dan betapa tak diingininya kejadian back-flow atau berpatah balik ini, maka bayangkan sajalah fitnah dan kemudharatan yang tercetus tatkala ada di kalangan orang-orang Islam yang “back-flow” balik ke agama asalnya. Atau, dalam istilah arabnya, kita panggil fenome riddah, atau murtad.

Erm..anda paham maksud saya? Tidak? Kalau begitu, mari saya gunakan otak engineer saya untuk memahamkan anda konsep NRV di dalam dunia engineering ini. Pertamanya, apakah itu “valve”? Ada pun istilah valve yang digunakan pakai oleh para jurutera di dalam dunia kejuruteraannya, adalah seumpama kepala paip yang dipasangkan pada batang paip. Valve atau kepala paip itulah yang digunakan tatkala anda mahu membuka mahu pun menutup sesuatu aliran air di dalam paip. Atau, jika anda ingin menderaskan lagi aliran air, maka tentunya anda akan membuka kepala paip itu dengan lebih besar, iya kan?

Nah, setelah anda tahu lagi faham apakah itu valve, maka mari fahami pula apa itu Non-return valve (NRV). NRV digunakan tatkala kita beriktikad, bahawa hanya boleh ada satu aliran, dan satu aliran sahaja. Andai aliran air bertukar kepada arah berlawanan, atau back-flow seperti yang kita bincangkan di atas, maka banyaklah masalah dan malapetaka yang akan timbul. Jangankan dunia kejuruteraan, di dalam tubuh badan manusia sahaja pun, ada terdapat apa yang kita panggil non-return valve tadi.

“Kelak akan Kami perlihatkan kepada mereka ayat-ayat/ tanda-tanda (kekuasaan) Kami  di segenap ufuk, dan pada diri mereka sendiri..”

(Surah al-Fushilat [41]:53)

 

Tak percaya? Cuba periksa jantung anda. Bukankah pada jantung sahaja terdapat NRV yang andai sahaja kalau sekadar injap atau valve biasa yang digunakan, tentunya rosaklah system badan manusia dek kerana darah yang mengandungi karbon dioksidalah akan berpatah balik dan masuk ke dalam jantung, bercampur-baur dengan darah yang mengandungi oksigen.

 

Saudaraku,

Kerana itulah, pastikan semangat dan imanmu mempunyai NRV, kerna dengan demikian, gerak langkahmu dan rentak tarinya dalam mempejuangankan Islam nan mulia, tidak akan pernah surut, apa lagi mundur ke belakang. Kalian tidak akan pernah kenal penat di dalam berjuang, kerana hanya ada satu arah tuju: ke depan. Mara, dan mara lagi. Berkembang, dan mengembangkan lagi dakwahmu. Setiap harimu dipenuhi dengan dakwah, setiap denyut jantung dan nadimu untuk umat, dan setiap hembusan nafasmu demi Islam. Kalian menjadi rijal-rijal yang disebutkan di dalam al-Quran “laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan jual-beli mereka daripada mengingati ALLAH” (Surah an-Nur [24]:37) Kerana rehat bagi para pendakwah, adalah suatu jenayah. Tidak memenuhi hari-hari mu dengan dakwah, adalah saat-saat kematian. Saat-saat kehancuran.

Mara dan terus mara. Satu arah, jangan pernah mundur. Kerana satu kali kaki melangkah ke hadapan, pantang mundur surut ke belakang. Kalau malas untuk beramal, jangan mengharap untuk ke Syurga. Beramal selagi mampu, berjihad sekuat tenaga. Futur atau down lalu meninggalkan jejak tarbiyah, adalah back-flow yang sekadar anai-anai yang menghancurkan kerusi kemuliaan umat. Sedikit-sedikit, akhirnya izzah umat tumbang jua akhirnya. Mundur, dan terhina.

 

Mati itu hanya sekali

Maka jadikannya untuk syahid di jalan ALLAH

Muliakan hidup ini dengan jihad dan dakwah

Jangan berundur walau sesaat

Haruman syurga pendorong semangat

Mati syahid jadi matlamat

Buat mujahid di medan jihad.

 

Pasangkanlah non-return valve di dalam hidup dan perjuangan kalian wahai saudaraku, kerna akan selamanya ada satu arah. Maju, berlari ke langit, menggapai cinta Izaatul Rabbi!

-Ir. Faridul Farhan Abd Wahab  “biarkan ku lelah demi menggapai cinta-Mu”

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Non-Return Valve (NRV)

  1. syukran atas entri ini. sedikit memberikan idea untuk saya, dan insya allah akan diaplikasikan. kebetulan sekarang sedang belajar pasal jantung. memang ada penyakit injap (valve) yang injapnya itu bisa mengalami stenosis (penyempitan) dan regurgitasi (pembocoran). kerana kedua sebab inilah darah itu akan terjadi back-flow, yang nantinya jumlah darah yang seharusnya di pump keluar dari jantung ke seluruh tubuh tidak sama dengan jumlah darah yang masuk ke jantung. terjadinya imbalance darah, oksigen akan berkurang sehingga komplikasinya sehingga boleh menyebabkan heart failure.

    syukran sekali lagi ya ustaz kerana mencerahkan minda saya. alhamdulillah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s