[copy&paste]: 5S

Assalamu’alaikum

Satu “tadabbur” yang menarik daripada seorang engineer yang mempunyai kafaah agama yang luar biasa: hafaz banyak surah-surah dalam al-Quran, penguasaan bahasa arab yang baik, pemahaman Islam yang luar biasa, dsb. Di dalam dirinya terhimpun kedua-dua “hikmatus syuyukh, wa hamasatusy Syabab” akhuna Syaikh imranrazali.blogspot.com. Enjoy, another “tadabbur al-engineer”!

—————————————————————————————————————-

Saya baru diperkenalkan dengan istilah 5S semenjak mula bekerja di UTHM. Seiri (sorting), Seiton (Set In Order), Seiso (systematic cleaning) , Seiketsu (standardizing) , Shitsuke (sustain)… Dalam banyak sektor kerajaan diamalkan amalan ni… maka mari kita muhasabah diri kita.. boleh ke kita amalkan 5S ni dalam jadual harian kita.. apatah lagi dalam amal tarbawi kita?

Segala pekerjaan dalam hidup kita harus kita susun (Seiri) mengikut prioriti (Seiton), maka perlu kita faham fiqh awlawiyat dalam urusan Seiri dan Seiton. Sedar apa fokus kita, apa fokus amal islami kita dan bukan sekadar sedar tapi kena gerakkan. Seiso harus dijalankan secara berkala, maka di sinilah datang usrah mingguan, daurah dan katibah bulanan etc. untuk membersihkan hati, jiwa secara bersistematik dan bermuhasabah, menilai semula serta Seiketsu yakni menyelaraskan. Seiso secara ruhiyah seolah-olah memberi semangat baru umpama enjin kereta yang diisi minyak Shell Helix yang baru menggantikan minyak lama dan ini penting untuk memastikan kereta tarbawi kita tak mati di tengah jalan kehabisan bekalan.

Seiketsu adalah untuk menjadikan amal tarbawi kita lebih tersusun secara amal jamaie.. dan ini juga penting kerana segala kerja yang kita buat perlu disusun dan diselaraskan.. dan dalam Seiketsu ada banyak adab-adab yang perlu dijaga seperti syura, isti’zan, istisyarah dan sebagainya.. dan penyelarasan penting kerana kita seharusnya sedar matlamat kita yang sama yang hendak dicapai itu penting, bukan nama kita yang naik makin popular itu penting.. apabila Seiketsu tidak dapat diamalkan, maka terjadilah pembaziran tenaga, redundancy dan kecelaruan dalam amal tarbawi / amal islami kita.. Malah Imam Hassan Al Banna sendiri menegaskan perkara penting ini dalam perenggan awal dalam risalah Wahai Pemuda di mana kecelaruan dan keperlbagaian gerak kerja di kala umat baru hendak ‘bangun’ adalah suatu yang sangat tidak baik. Quoting from Risalah Wahai Pemuda dari Majmu’aturRosail

“Wahai angkatan pemuda!
Sudut yang paling merbahaya sekali dalam sesuatu umat yang sedang membangun-terutama di ketika masih dalam peringkat permulaan kebangkitan ialah lahirnya berbagai corak fikrah dan pegangan, pelbagai seruan, bermacam-macam program, pelbagai langkah dan cara yang bersimpang siur di samping lahirnya begitu banyak orang-orang yang berlagak penganjur dan pemimpin. Semua itu hanya memecah belahkan tenaga serta mencerai beraikan kekuatan yang sedia ada lalu mengendalakan tercapainya segala matlamat yang dituju.”

 

Last but not least is Shitsuke. Amal tarbawi seharusnya bersifat Robbaniyah… dan ini ditekankan dalam firman Allah: 

 
(3:79)Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah”. Tetapi (sepatutnya ia berkata): “Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala – dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.

Kata kunci dalam firman Allah ini adalah tu’allimuunal kitab dan tadrusun.. di mana kedua-dua perkataan ini melambangkan sifat shitsuke/sustainability.. yakni kedua-dua proses ini yang merupakan elemen penting dalam tarbiyah adalah sentiasa berterusan…

Demikianlah 5S yang patut kita amalkan dalam amal islami/tarbawi kita secara penjelasan yang sangat ringkas. Kalau tulis panjang2 nanti tak jadi blog post, jadi journal plak… Semoga kita sentiasa retrospek diri setiap hari dan masa, moga hari ini lebih baik dari semalam.

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to [copy&paste]: 5S

  1. hartono says:

    salam..

    ini tadabbur at-tutor…bukan al-engineer..

    p/s : doakan ana jd engineer..isnin second intvw..vacuumschmelze..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s