Bomba

Hari ini adalah hari yang meletihkan. Gotong-royong yang mendapat kerjasama pihak Bomba, tidak berakhir hingga ke tengah hari, sebaliknya bersambung pulang ke petangnya pula. Gotong-royong kedua dalam tempoh dua bulan.

Berbanding bulan yang lepas, gotong-royong kali ini telah melibatkan pihak bomba lantaran evalusi kami pada bulan yang sebelumnya yang mendapati betapa banyaknya tanah, batu dan simen yang menghalangi pengaliran air longkang, lalu menjadi asbab air longkang bertakung. Dan air yang bertakung –tidak bergerak, tidak berharakah- lazimnya mengundang penyakit. Pembiakan jentek-jentek. Kemudian membesar menjadi nyamuk Aedes. Kemudian me”nakal” dan menyebarkan denggi. Lalu masuklah 2 orang jiran saya ke hospital, dek kerana penyakit denggiyang semakin menular ini. Lantas, cara yang paling mudah untuk mengalirkan tanah, batu-batu dan simen yang menghalangi pengaliran air longkang -dan tertutup oleh macam-macam halangan- adalah dengan menembak semua halangan tadi dengan air yang bertekanan tinggi. Dan di sinilah, bomba memainkan peranan.

Saudaraku,
Apakah kalian masih ingat kata-kata sang pujangga hebat bernama Muhammad Iqbal? Kata Syeikh Iqbal, “jika semangat kamu kuat, batu-batu yang menghalang jejak langkah mu, akan hancur menjadi air.” Nah, semangat nan kuat itulah yang umpama hos bomba yang menembakkan air bertekanan tinggi tadi. Lalu meluluh-lantakkan segala yang menghalang perjalanannya. Maka tidak hairanlah, para daie-daie islam sejati, mereka adalah insan-insan yang setiap detik masanya, tidak dipenuhi melainkan dengan urusan dakwah. Tidak diperguna melainkan untuk melayani umat. Satu hari kalian bisa menjumpai mereka di utara untuk mengisi daurah, untuk ke-esokan harinya menemui mereka di selatan untuk berusrah. Atau, hari ini dia ada di Eropah, untuk esok harinya sudah kau temuinya di Asia, hanya untuk satu urusan nan sama: urusan dakwah! Masakan tidak, bukankah sang daie nan mulia, Muhammad Bin Abdullah S.A.W saja, masih sempat menyisakan detik-detik terakhir kehidupannya dengan bisikan “umatku! Umatku!”, untuk menjadi contoh kepada insan-insan mulia tadi, betapa sakaratul maut sekalipun tidak mampu mematikan semangat jihad mereka.

Wahai para penzalim,
Mungkin dengan kematian, kau bisa menghalang jasad-jasad suci mujahidin dan para du’at daripada mengganggu-gugat kekuasaan mu. Namun,kematian tidak akan pernah me”nisan”kan semangat dan aspirasi suci mereka. Kerana ia umpama air yang memancut keluar daripada hos bomba tadi: tidak akan pernah ada apa yang bisa menghalang rentak tarinya. Lalu Islamlah seluruh penduduk Negara XXX –atau, yang kemudiannya dikenali sebagai Ashabul Ukhdud- biarpun jasad sang Ghulam telah kalian tewaskan. Atau, sebagaimana kematian seorang Hassan al-Banna, justeru mebawa seorang Sayyid Quthub kepada kepasrahannya. Hidayah yang datang ba’da kematian!

Tapi, benarkah semangat sahaja sudah cukup. Jawabnya tidak! Kerna air yang deras pada hos bomba itu, justeru bersumberkan pili bomba. Makanya, semangat dan keazaman para pejuang mukmin sejati, harus senantiasa bermuarakan yang satu ini: cinta! Cintalah yang kelak menggerakkan hati dan menggagahkan nurani para sahabat, untuk nekad memburu kesyahidan mereka. Cinta jugalah yang menggagahkan kaki baginda Rasul, juga para sahabat, untuk tegar menempuhi “huffatul Jannah” lorong-lorong ke Syurga yang penuh dengan “makarah” halangan, dugaan, cubaan, cacian dan rintangan.

Terima kasih abang Bomba, kerana membantu kami sebentar tadi.

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s