Iron Baju

Mengimbau kembali zaman persekolahan –terutama ketika tingkatan 1- seingat saya, kami bukan sahaja dilarang daripada membawa iron atau streka, tetapi bahkan memang tidak ada kemudahan iron yang disediakan, walaupun sepatutnya ada bilik khas untuk kita mengiron baju. Maka, jika ada yang ingin mengiron baju, dia harus ke Koperasi sekolah yan g menyediakan perkhidmatan iron baju, tetapi dengan bayaran 10 atau 20 sen. Atau 50 sen jika inginkan makcik koperasi yang tolong iron kan baju anda itu.

Tapi itu dulu, zaman freshie. Koperasi pun kemudiannya bertukar, tatkala “papa” dan “mama” pemilik kantin, yang terkenal dengan pelbagai jenis burgernya –daripada burger salut kepada bigmac kepada cheese burger- kemudiannya turut menjadi “tokan” (pemilik) koperasi tersebut. Mujur bagi saya, sebagai anak kampung, saya terbiasa memakai pakaian yang murah, dan kelebihan pakaian yang murah ini ialah, ianya tidak perlu di-ironkan.

Berbicara tentang iron baju, kerja-kerja sebeginilah yang biasanya tidak diminati oleh para senior, lantas pelajar-pelajar juniorlah yang terpaksa menjadi “buruh kasar” dengan mengiron pakaian-pakaian mereka. Kerana itu, saya menganggap ini semua sebagai sebahagian ghazwul fikr (perang saraf musuh-musuh Islam). Musuh-musuh Islamlah yang sengaja mencipta dan memasyarakatkan budaya seniorism melalui sekolah-sekolah mereka. Ghazwul Fikr jugalah yang bertanggung jawab menjadikan umat nan mulia, melihat kemuliaan yang mereka miliki itu sebagai hina. Sedangkan, anak-anak mereka (musuh-musuh Islam) mereka wariskan hal-hala demikian, agar anak-anak mereka membesar dengan jiwa kepahlawanan. Kalau dalam Islam, para pejuang kebenaran kita akan gelar sebagai “mujahid”, tetapi Barat menggelar mereka sebagai “terrorist”. Kalau kematian impian setiap muslim adalah kematian sebagai seorang “syahid”, Barat mengecop para syuhada’ kita sebagai “suicide bomber”.  Anak-anak orang Islam dijauhkan daripada berbicara tentang Jihad, konon ia keganasan dan seumpamanya, tetapi anak-anak mereka mendidik anak-anak mereka dengan cereka-cereka kepahlawanan seperti Rambo, the A-Team, Superman dan sebagainya.

Kerana itu, tatkala sebahagian orang Islam yang telah di ghazwul fikr-kan melalui seniority melihat budak-budak yang iron baju sebagai hina, maka Barat mula menjadikan orang yang iron baju ini sebagai hero impian semua. Maka tidak hairanlah anak-anak mereka berebut-rebut untuk menjadi Iron-Man. Hehehe…

Maka marilah kita lawan ghazwul fikr ini dengan tarbiyah. Kita cetuskan kesedaran umat ini akan tipu muslihat mereka, dan kita tajarrud (murnikan) jiwa mereka untuk hidup demi Islam nan mulia. Hingga hidup mereka menjadi sebuah perjuangan, bukan hidup menjadi sebuah keseronokan. Lalu, laksanakanlah mutabaah atau auditing terhadap prestasi ibadah, komitmen dan amal dakwah peserta tarbiyah, kerana itu semua umpama iron yang akan menggosok lalu menghilangkan “kedutan-kedutan” yang bisa menggangu-gugat kelancaran tarbiyah.Kerana “kedutan-kedutan” yang dibiarkan berlegar di dalam tubuh para pejuang Islam, akan menjadi asbab kekalahan kita kepada gerak kerja yang kemas bak baju tergosok oleh musuh-musuh Islam. Persis kata-kata Saydina Ali: “kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun.”

 

Maka janganlah malu meng-iron bajumu wahai saudaraku, kerana anak-anak Barat semuanya kemaruk untuk menjadi Ironman. Iron-man 2 lagi!

 

Ir. Faridul Farhan Abd Wahab  “janganlah condongkan lagi hatiku selepas KAU tunjukinya…”

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Iron Baju

  1. sentrabaju says:

    iron baju, iron model

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s