[copy&paste]: Susu Ikhlas

Monday, May 3, 2010 (http://labyrinthpious.blogspot.com/2010/05/susu-ikhlas.html)

وَإِنَّ لَكُمْ فِي الْأَنْعَامِ لَعِبْرَةً نُّسْقِيكُم مِّمَّا فِي بُطُونِهِ مِن بَيْنِ فَرْثٍ وَدَمٍ لَّبَنًا خَالِصًا سَائِغًا لِّلشَّارِبِينَ ‌[١٦-٦٦]
Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum dari pada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang murni antara kotoran dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya. (Al-Nahl, 16:66)
 
Ikhlas itu ibarat susu.
Susu yang tidak terpengaruh oleh persekitaran yang kotor dan berdarah.
Warna dan keadaannya tetap suci dan bersih dari campuran kotoran dan darah dari perut binatang.
Sangat indah bukan?
Subhanallah. Sangat-sangat comel Allah ni.
Susu itu benar-benar ikhlas.
Tidak terpengaruh oleh persekitaran.
Tetap kekal imunitinya.
Tetap kekal keputihannya walau bercampur dengan kotoran dan darah.
Sama juga seperti seorang pejuang agama Allah.
Akan tetap berjuang di mana-mana di setiap saat dan nafas.
Walau dicampak di mana-mana tempat,
akan tetap berda’wah menunaikan kewajipan syahadatul haq, penyaksi atas kebenaran.
 
Ikhlasnya seorang pejuang agama Allah,
seperti Khalid Al-Walid,
walau dipecat dari menyertai peperangan,
dia masih mengekalkan prestasinya dalam perjuangan menegakkan agama Allah.
Aku berjihad kerana Allah, bukan kerana Umar”


Refleksi diri.
Sejauh mana tahap ikhlas kita dalam meneruskan usaha menyeru manusia kembali kepada Allah?
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang agung.
Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji (Allah), mengembara (demi ilmu dan agama), yang ruku’, yang sujud, yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu.
(At-Taubah, 9:111-112)
Teruskan usaha mencari redhaNya!
Advertisements

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s