[kajian manhaj]: Ciri-ciri dakwah (bhgn. 1)

Berapa ramai yang pada kami

Tetapi dia bukan daripada kami

Dan berapa ramai yang daripada kami

Tetapi dia (sebenarnya) bukan pada kami

 

Tidakkah kau nampak wahana yang harus ditanggung oleh sesebuah gerakan dakwah, begitu tubuhnya semakin membesar, ahlinya semakin bertambah, dan gerak-kerjanya mula menampakkan penghasilan? Serentak dengan tertariknya manusia berbondong kepadanya, maka serentak dengan itulah keaslian gerakan dakwah itu mula terhakis. Para pendokong yang mula bersamanya tidak lagi tertapis. Hingga hal-hal asasi yang dulunya menarik minat sekelian ramai orang, sudah mula pahit dan kehilangan manis.

Hingga, berapa banyak gerakan Islam di Malaysia yang mengaku bahawa merekalah Ikhwan Muslimin cawangan Malaysia, tapi saling bercakaran sesama mereka? Mereka mengambil manhaj dakwah Ikhwan, tetapi tarbiyah yang menjadi “main product” Ikhwan sahaja tidak lagi mereka titik-beratkan?

Atau mereka yang mengaku bermanhaj Salafi, tetapi akhlaq dan pemahaman mereka justeru memalukan sahaja para pengikut dakwah Salafiyah ini. Hingga ke tahap membawa fitnah kepada dakwah Quran dan Sunnah ini.

Begitulah, berapa ramai yang mungkin ia memang sebahagian daripada sesebuah gerakan dakwah, tetapi criteria yang ia miliki tidak selayaknya menghiasi criteria gerakan dakwah yang ia ceburi? Dan, berapa ramai juga yang mungkin ia tidak bersama gerakan dakwah itu secara zahiri, tetapi fikrah dan kesungguhannya menjadikan ia bersatu dengan jemaah dakwah secara fikri dan qalbi.

Lantaran itu, ketika kalian mahu memilih untuk terjun ke dalam dunia dakwah, tentunya bersama sebuah khafilah dakwah, usahlah anda melihat “nama” jemaah dakwah itu, sebaliknya lihatlah karakteristik dakwah, atau khosoisud dakwah yang ingin anda abdikan dirimu terhadapnya. Kerana tiada ertinya anda berada di dalam jemaah dakwah yang betul dan terbaik, dari segi namanya, tetapi gerak kerjanya jauh panggang daripada api daripada induk jemaah dakwah yang sebenarnya. Jika tidak bertentangan dengan kitabullah dan sunnah rasul-Nya.

Melihat kepada khosoisud dakwah (cirri-ciri atau karekteristik dakwah) adalah umpama kita melihat apa yang diperkatakan (ma qouli) oleh seseorang, berbanding melihat orang yang bertutur kata (man qoula) itu. Dengan sebegini, anda bukan sekadar bersama khafilah dakwah ini secara sembrono, tetapi anda justeru memilih bersama dakwah ini di atas dasar cinta. Iya, dasar cinta.

Lalu, apakah cirri-ciri dakwah yang harus lagi wajar kita terjun ke dalamnya? Bersambung di perbahasan yang lain insyaALLAH.

Perkongsian daripada Ir. Faridul Farhan Abd Wahab

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to [kajian manhaj]: Ciri-ciri dakwah (bhgn. 1)

  1. azhar says:

    Ana bersetuju dgn penulisan di atas…
    Namun,ada sebahagian pendapat dari Ulama2 dan Pemimipin Ikhwanul Muslimin (maaf tak ingat buku mana) mengatakan satu negara sepatutnya hanya mempunyai satu jemaah dakwah sahaja kerana hal ini boleh menguatkan lagi struktur pergerakan dan seterusnya mempercepatkan proses islamisasi kerajaan.Ada apa2 pandangan?

  2. kalamkalbu says:

    salam ukhuwah akhi..

    pada pandangan ana, dalam memilih jemaah, ianya tak semudah dengan hanya melihat ciri-ciri dakwah yang ada pada gerakan itu, tapi kita kena melihat juga kenderaan mana yang akan membuahkan hasil dakwah yang paling elok dalam sesebuah negara itu..

    pasal isu nih, ana rasa, kena bincang sehari semalam pun tak selesai..hehe.. paling penting, jom buat kerja dawkah..!!

    jzkk atas penulisan enta, sangat best untuk dibaca..

    salam ukhuwah dari bumi london =)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s