ciri-ciri dakwah (bhgn. 3)/ rabbaniyatud dakwah (bhgn. 1)

Rabbaniyah ad-Da’wah

 

Kau mencintaiku

Seperti bumi

Mencintai titah Tuhannya

Tak pernah lelah

Menanggung beban derita

Tak pernah lelah

Menghisap luka

 

Kau mencintaiku

Seperti matahari

Mencintai titah Tuhannya

Tak pernah lelah

Membagi cerah cahaya

Tak pernah lelah

Menghangatkan jiwa

 

Seperti bumi yang justeru berputar kerna mentaati titah Tuhannya, atau seperti juga matahari yang tetap terus memancarkan cahayanya dek kerana mentaati titah Tuhannya –seperti indahnya puisi Ayatul Husna di dalam KCB- maka, seperti itu jugalah harusnya dakwah. Dakwah, ketika ia berlaku semata-mata dek kecintaannya pada titah Tuhannya, maka itu ertinya dakwah itu sedang memiliki nuansa “rabbani”. Ia adalah dakwah yang “Rabb orientated”. Ia menjelma kerana cintanya pada Rabbnya. Ia terlaksana demi meninggikan kalimah Rabbnya. Dan ia tidak akan pernah berakhir, selagi pelaku-pelaku “Rabb orientated” yang lain; bumi, matahari, dan yang lain-lainnya, pupus dari persada alam maya, atau tamat sudah rentetan masa dan waktu.

Maka, kerana itu Syaikh Fathi Yakan memilih dalil yang paling tepat ketika menekankan bahawa cirri yang pertama (dan terutama) yang harus dimiliki oleh sebuah gerakan dakwah itu, adalah sifat Rabbani. “Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan mati adalah kerana ALLAH Rabb sekalian alam” (Surah al-An’am [6]:162).

 

Ertinya, dakwah yang kita maksudkan, hanyalah dakwah yang mempunyai sifat-sifat rabbani. Ia Rabb orientated. Ia menitik beratkan tarbiyah. Dan seperti mana setiap manusia mengimani ALLAH pada tauhid rububiyyahnya, maka sebegitulah dakwah juga bisa diterima oleh setiap kalangan manusia. Ia tidak melanggar prinsip-prinsip manusiawi. Namun, ia akan tetap mengorek segala potensi yang ada pada manusia, hingga ia mampu berobah “from zero to hero.”

Lalu mari kita perhatikan apakah dalil-dalil yang di dalamnya ALLAH menyebut tentang “rabbani” ini. Tentang mereka-mereka yang rabbani ini; itulah golongan “rabbaniyyun.”

(Surah Ali Imran [3]:79)

 

(Surah Ali Imran [3]:146)

 

Maka, daripada ayat-ayat di atas, bisa kita menyimpulkan bahawa dakwah yang rabbani, harus memiliki 3 hal;-

a)      Rabbaniyah ar-Risalah (intipati perjuangan itu harus rabbani)

b)      Rabbaniyah ar-Rijal (pada kader dan pemikul panji dakwah ini pun harus Rabbani)

c)       Rabbaniyah al-Jama’ah (perjuangan ini harus secara perkumpulan. Dan kumpulan itu adalah jamaah. Dan bukan sebarang jamaah, tetapi Jamaah yang sifatnya Rabbani).

Ketika dakwah sudah melengkapkan dirinya dengan 3 anasir ini, maka tiadalah yang bisa menghalangnya untuk menyahut janji Tuhannya, betapa bumi akan pasti terwariskan pada mereka-mereka yang soleh. The good guys will succeed in the end (Surah al-Anbiya’ [21]:105). Lalu mengalirlah dakwah ini seperti air, sedang air itu menghidupkan, sedang air itu juga mencintai titah Tuhannya, seperti indahnya puisi si Ayatul Husna (KCB);

Kau mencintaiku

Seperti air

Mencintai titah Tuhannya

Tak pernah lelah

Membersihkan lara

Tak pernah lelah

Menyejukkan dahaga

 

p/s – ingat nak downloadkan rusmul bayannya. Kemudianlah kot….

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to ciri-ciri dakwah (bhgn. 3)/ rabbaniyatud dakwah (bhgn. 1)

  1. Ammar says:

    Assalamualaikum akhi

    Jazakallah for this tazkirah =) Cuma ada typo, kerana karekteristik ke2 rabbaniatud dakwah ialah rabbaniatur rijal..enta tertulis rabbaniatur risalah dua kali.

    Ayuh! Mari kita terus berusaha dan berdoa supaya dakwah kita terus dan terus bernuansakan ketuhanan..atau bak kata enta, “robb-oriented”. Lalu, setiap minit kita perlu dibasahkan dengan zikrullah. Supaya masa tidak kita bazirkan.

    Doakan ana ya akhi. Sangat perlukan doa enta untuk ana yang baru mulakan langkah2 awal atas toriq ini.

    salam ukhuwah dan perkenalan dari bumi Allah southampton

    with love,
    Akhi Ammar
    (adik Dr Harith Roslizar)

    • faridul says:

      wassalamu’alaikum

      Alhamdulillah, akhi Ammar Roslizar pun datang menjengah. Selalu gak baca elbaeraqy antum tu, bahkan sebelum kali pertama jumpa antum tahun lepas pun dah selalu masuk blog kedai mamak tu..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s