Big Bang: penangan sang atom

Ketika menemani sahabat saya bersarapan pagi tadi, ASTRO melalui saluran HISTORY memaparkan serba-sedikit tentang mata rantai panjang kejadian alam semesta ini. Ia bermula daripada Big Bang. Sebelumnya, hanya ada satu atom sahaja. Proton dan neutron, yang senantiasa dikelilingi dan dilinkari oleh electron. Tapi, terdapat daya “tarik-menarik” dan “tolak-menolak” di antara kedua proton dan neutron itu, hingga akhirnya menghasilkan sebuah letupan yang besar. Dan daripada letupan besar bergelar big bang itu, terciptalah semua yang kita lihat di alam maya ini. Langit. Bumi. Gunung-ganang. Dan kekosongan angkasa yang memenuhi ruang-ruangnya.

 

 

Menarik. Sangat menarik. Rupa-rupanya semua yang memenuhi ala mini –kecuali manusia barangkali, kerana kita asalnya dari Syurga- tercipta dek sebuah atom. Hanya sebuah. Namun, “interaksi” dan “tindak balas” sebuah atom itulah, yang kemudiannya memulakan kehidupan. Dan, sebutir atom itu jugalah yang telah melahirkan kepelbagaian.

Konon, semua yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang itu, terdiri dari himpunan-himpunan zarah atau atom, yang entah berapa juta bilangannya. Jika pemahaman ini benar, maka sudah barang tentu manusia pun terhasil daripada perkumpulan entah berapa juta atom-atom, yang saling mengikat, dan saling menguat. Nah, kalau kiranya sebuah atom sahaja yang memulakan tindak balas boleh menghasilkan ledakan yang sebegitu besar, sehingga memulakan pembentukan alam semesta, bahkan tetap terus mengembang hingga ke hari ini, tentunya kita para manusia, bisa melakukan hal yang sama. Maka sejarah pun mencatatkan bagaimana seorang Muhammad Bin Abdullah –nabi kita SAW- kemudiannya menghasilkan ledakan yang sebegitu dahsyat, hingga menukar tamadun manusia untuk selama-lamanya. Begitulah Islam hadir menjadi “Big Bang” dan memulakan potret kehidupan yang baru dan penuh cahaya kepada sejarah dan tamadun manusia.

Dan meledaklah juga sahabat-sahahabatnya. Mus’ab Bin Umair memfutuhkan Madinah untuk menerima Islam sebagai agama yang memerintah dan mencorak penduduknya. Atau seorang Abu Dzar al-Ghifari yang menjadi bak mentari yang menyinari para samseng kampung Ghifar dengan hidayah yang membawa mereka kepada kepasrahannya. Atau Salahuddin al-Ayyubi yang ledakannya mengembalikan tanah suci Palestin ke genggaman orang-orang mukmin. Atau seorang Hassan al-Banna yang penangannnya dirasai oleh manusia-manusia hingga hari ini. Kehidupan, mereka semua membawa kepada kita kehidupan.

Nah, bagaimana pula dengan atom-atom kita, wahai saudara-saudaraku hari ini?

Ir. Faridul Farhan Abd Wahab  “menggali potensi diri”

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Big Bang: penangan sang atom

  1. Ainol Ismail says:

    salam ziarah,

    izinkan sy copy paste utk sharing dgn y lain ye🙂

    wasalam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s