KENYATAAN RASMI PENGARAH URUSAN FUTUWWAH ENTERPRISE

KENYATAAN RASMI PENGARAH URUSAN FUTUWWAH ENTERPRISE BERHUBUNG ISU LL4G

 

Sebagai sebuah organisasi yang menyeru manusia untuk kembali kepada nilai-nilai kemanusiaan lewat program-program motivasi, ceramah dan sebagainya, kami di Futuwwah Enterprise mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadab pihak Israel yang menyerang dan membunuh sukarelawan-sukarelawan yang datang untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza.

Seluruh dunia sedia maklum bahawa armada yang diserang Israel itu, tidak lebih daripada membawa bantuan-bantuan kemanusiaan semata-mata seperti bantuan makanan, pakaian dan bahan-bahan untuk membina bangunan. Bagaimana mungkin sekumpulan relawan yang tidak bersenjata, boleh dibantai oleh sekumpulan tentera yang lengkap bersenjata? Apakah ada sebarang tamadun yang menghalalkan pelakuan sedemikian kejam?

Oleh yang demikian, kami menyokong penuh segala usaha yang dilakukan bagi menyedarkan pihak Israel yang biadab ini. Kami juga menyeru rakyat Malaysia untuk turut sama dalam kempen-kempen yang dapat menunjukkan soladariti kita terhadap rakyat Gaza serta para sukarelawan-sukarelawan yang terlibat dalam usaha murni memberikan bantuan kemanusiaan kepada mereka. Inilah pokok pangkal semua motivasi, iaitu mengembalikan manusia kepada nilai-nilai kemanusiaan.

Terima kasih.

Yang Benar,

Ir. Faridul Farhan Abd Wahab

Pengarah Urusan Futuwwah Enterprise.

(www.futuwwah.com)

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s